SCWA-58

15.2K 401 3
                                    

"Twins of Aiden Wardah"

"Ingat suara sayang tu sedaplah? Nyanyi dah lah tak sedap" Selamba sahaja Aiden mengutuk Wardah yang sedang menggosok baju kemejanya sambil menyanyi kecil.

"Sedaplah. Eleh abang je tak nak mengaku ada isteri suara merdu" Aiden tersengih mengejek.

"Noah, tengok mama tu kalau tak perasan tak sah agaknya" Noah hanya ketawa seperti faham dengan apa yang dibicarakan oleh babahnya.

"See? Anak kita pun gelakkan sayang" Wardah mencebik.

"Sengaja nak cari pasal kan abang ni?" Baju yang sudah selesai diseterika itu diserah kepada Aiden.

"Bekal untuk seminggu abang kat Terengganu nanti, so tak rindu sangat nanti"

"Rindu nak usik saya adalah!" Wardah menjeling Aiden yang tergelak besar sebelum dia mendukung Noah yang merengek minta didukung. Dah pandai berjalan sedikit cuma bila datang perangai mengada dia, beginilah jadinya.

"Sayang!" Terhinjut bahu Wardah apabila Aiden tiba-tiba memanggilnya.

Aiden terus mengambil Noah dari dukungan Wardah. "Kan abang kata jangan dukung Noah. Perut awak tu dah lapan bulan, dah sarat dah pun"

"Sorry abang, lupa" Aiden menggelengkan kepalanya.

"Abang, kalau abang tak pergi tak boleh ke? Jauh lah" Soal Wardah semasa mereka bertiga sedang turun dari tangga.

Seperti kandungannya yang sebelum ini, Wardah lebih suka menggunakan tangga sebagai exercise sebelum beranak daripada menggunakan lift.

Kesian pula tengok Aiden dengan tangan kanan dukung Noah, manakala tangan kanannya membawa bagasi.

"Seminggu je sayang, lepas itu abang janji abang apply cuti jaga sayang sampai sayang bersalin okay?"

Aiden pun tidak sedap hati sebenarnya nak tinggalkan Wardah untuk seminggu ni.

"Janganlah risau sangat okay sayang? Fikir yang baik-baik je"

Fikir yang baik-baik je, Aiden.

"Eh tak nak breakfast dulu ke?" Wardah terpinga-pinga melihat Aiden terus menuju ke pintu utama.

"No need lah, abang breakfast dengan Hariz dekat mamak je" Wardah mengangguk.

"Abang pergi dulu. Sayang ingat tau semua pesan abang. Take care. Nanti tiap malam kita skype, abang baca surah Yusuf dengan Maryam macam biasa" Pesan Aiden sebelum meletakkan Noah dilantai.

Sebelum sempat Noah melarikan diri kedalam, Aiden mencium kedua pipi Noah dahulu. Selepas itu barulah dia menyarungkan kasut dikaki.

"Bye, Assalamualaikum" Wardah mencium belakang tapak tangan Aiden kemudian pantas dia mendakap tubuh suaminya sebentar.

Kedua pipinya dikucup diikuti dahi dan bibirnya. Aiden memandang lama wajah isterinya sebelum bergerak masuk kedalam kereta.

Rasa berat hati pula bila lihat wajah sayu isterinya namun dia tabahkan jua hatinya.

"I love you sayang! I will miss you!" Laung Aiden sebelum mula memandu keretanya.

Wardah tersenyum kecil. I love you and I will miss you too.

Langkah dibawa masuk semula kedalam rumah. Mak Timah yang sedang menikmati sarapan pagi di meja makan dihampirinya.

"Sedapnya Mak Timah masak harini. Favourite Wardah pula tu" Nasi lemak sambal sotong yang terhidang didepan matanya dipandang penuh selera.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now