43

13.4K 391 0
                                    

"Ria!" Wardah melaung nama sahabatnya yang baru sahaja melepasi pintu masuk cafe ini. Pada awalnya, dia mahu mengajak Riana berbual di tingkat dua tetapi kata Hannah tingkat dua ada pelanggan sudah tempah.

"Kau dah lama sampai ke babe?" Soal Riana sebaik sahaja dia melabuhkan punggung dihadapan Wardah.

"Aku pun baru je sampai"

"Order?" Wardah melemparkan senyuman kepada Wiaam, pekerja shift petang di cafe ini.

"Give me short macchiato and donut caramel"

"Ada apa yang special dekat sini selain awak?" Wardah menahan gelaknya.

Allah, tak berkelip langsung si Riana ni merenung si Wiaam tu sampai Wiaam dah naik segan.

"Errr...we have americano white coffee, Creamy mocha with chocolate topping and hazelnut latte. For dessert, we have roselle cake, strawberry shortcake and tiramisu" Pipi Wiaam yang pada asalnya berwarna putih sudah bertukar warna merah kerana malu.

"Bagi saya americano white coffee yang manis macam awak dan Tiramisu" Riana mengelipkan sebelah matanya kearah Wiaam yang kelihatan malu-malu itu.

Boss! Kenapa kau campak aku dalam cafe ni boss?!. Jeritnya didalam hati.

Jantung yang berdegup kencang tidak dipedulikan olehnya. Kakinya terus melangkah menuju kedalam dapur. Dadanya terasa sesak kerana jantungnya mengepam darah dengan laju.

Apa maksud disebalik semua ini?

Perempuan tadi tu, jodoh dia ke?

Kepala digeleng laju. No, no, kau tak boleh kahwin selagi kau masih anak buah Aiden. Pesan itu dihadam sedalam mungkin dimindanya.

Manakala Wardah dan Riana sudah tergelak besar sehingga terkeluar air mata. "Amboi kau, menggeletis eh?"

"Saja je nak usik dia. Tak sangka pulak pemalu"

"Kau dari dulu tak berubah eh? Usik orang je kerjanya" Wardah menekan perutnya yang terasa senak kerana terlalu banyak ketawa.

"Dah lah, jangan ketawa lagi. Nanti orang ingat kita gila" Kata Ria, masih dengan sisa tawanya.

"Ni kau nampak berseri-seri. Ada apa-apa ke?" Cepat sahaja sahabatnya ini meneka.

"Aku pregnant"

"Tahniahlah...aku ni je tak ada siapa nak lagi" Wardah menjungkit keningnya.

"Laaa...bukan sepatutnya kau dah kahwin dengan Dennis ke?" Seingatnya, tamat sahaja zaman persekolahan mereka, mama Riana terus sahaja menerima pinangan daripada anak kawannya dan hari terakhir Wardah berjumpa dengan Riana, dia masih tunangan Dennis.

Riana geleng. "Taklah. Seminggu sebelum aku bernikah, arwah mama tinggalkan aku. Then, anak kawan mama aku tu terus minta putus entah sebab apa. Tapi baguslah, aku pun bukan ada rasa cinta dekat dia. Lepas tu aku terus fly pergi Perth and sambung belajar dekat situ. Ni aku balik sebab nak uruskan syarikat arwah papa aku. Kebetulan pulak jumpa kau"

"Innalillahiwainnalillahirajiun. Tak tahu pula aku Aunty Raisa dah meninggal. Eh tapi haritu kau kata mak kau suruh balik cepat, mak kau yang mana pulak ni?" Teringat dia dulu, Aunty Raisalah yang menjadi ibu keduanya selepas mama meninggal dunia.

"Nenek aku lah, kau dah lupa ke aku panggil dia mak?" Mereka berhenti berbual sebentar apabila Tania datang bersama dulang ditangannya.

"Selamat petang, Puan. Jemput makan dan minum" Tania melemparkan senyuman kepada Wardah dan juga Riana.

"Selamat petang Tania. Panggil saya, Kak Wardah je. Tak perlu berpuan-puan" Tania mengangguk.

Sewaktu Wiaam tiba diruangan dapur, dia terus menerpa ke arah Wiaam untuk bertanya sama ada Wiaam okay ataupun tidak kerana dia melihat pipi Wiaam berwarna merah. Tidak alih-alih, dia kena maki oleh Wiaam kerana menganggunya.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now