54

15.3K 357 8
                                    

"Sayang, aaaa...buka mulut cepat" Sesudu nasi goreng seafood disuakan dihadapan mulut Wardah. Wardah menelan dahulu makanan yang dimakannya tadi sebelum membuka mulut untuk menerima suapan Aiden.

"Nah, your turn. Aaaa..." Giliran Wardah pula menyuap Aiden.

"Best pula rasa kena suap dengan bini. Suap abang hari-hari boleh?" Dah keluar dah usik-mengusik dia tu.

"Boleh. Tapi tunggu Wardah patahkan tangan abang dulu" Jawab Wardah selamba.

"Abang sanggup. Asalkan sayang yang suap" Kakinya menyepak sedikit kaki Wardah dibawah meja.

"Orang tua ni cari pasal betul lah" Gumam Wardah dengan perlahan.

"Eh sayang, abang muda bergetah lagi tau" Aiden tersengih geli hati melihat riak menyampah Wardah.

"Bukti?"

Aiden memuncungkan bibirnya kearah Noah. "Tu, lepasni satu lagi menyusul. Maybe bukan satu tapi dua sekaligus"

Hampir tercekik Wardah mendengar kata-kata suaminya. "Jangan merepek lah abang! Noah kecil lagi!"

"Ada abang kisah? Lagipun Noah dah cukup besar lah tu nak tambah satu lagi. Eh dua"

Wardah merengus geram. Cakap dengan Aiden, semua benda dia nak menang. Baik dia diam dan menikmati sarapan pagi yang sungguh menyelerakan itu.

Aiden hanya tergelak kecil. Marah-marah pun comel! Geram pula hati cik abang ni.

Sepasang mata yang melihat adengan suami isteri itu mengetap giginya disebalik purdah. Kedudukannya hanyalah dibelakang mereka dan bertentangan dengan Aiden.

"Berbahagialah dulu sebelum matahari terbenam. After that, i will get what's mine"

Matanya dilarikan dari memandang ke arah mereka berdua kerana mata Aiden tertancap ke arahnya.

Laju Aiden mengecilkan matanya apabila dia seperti kenal dengan mata perempuan berpurdah itu. Sesuatu perkara mula bermain di mindanya.

"Lepas breakfast ni nak pergi mana?" Soal Wardah sambil-sambil matanya memandang sekilas ke arah Noah yang sedang menonton kartun kegemarannya didalam stroller bayi.

"Abang nak bawa sayang pergi satu tempat" Wardah mengerutkan keningnya.

"Pergi mana?" Aiden tersenyum penuh makna sebelum dijeling tajam oleh Wardah.

"Jangan macam-macam eh. Nampak garfu ni?" Garfu yang berada didalam genggaman tangan kirinya ditayangkan dihadapan Aiden.

"Wardah korek biji mata abang pakai ni lepas itu tonyoh muka abang yang perasan handsome tu dekat jalan tar. Nak?" Aiden hanya tersengih. Dia dapat teka apa yang didalam fikiran Wardah sekarang ini.

"Abang belum cakap apa lagi, sayang dah dapat teka. Ni yang abang makin sayang ni" Wardah sudah bengang. Daging  yang berada didalam pinggan itu dicucuk kasar menggunakan garfu sambil matanya menikam tajam wajah Aiden. Cari pasal betul suami dia ni.

"Ha nak jadi Alif Aziz kedua ke?" Mati terus sengihan nakal Aiden apabila dia disamakan dengan Alif Aziz. Tak sama langsung okay! Jauh beza! After all, dia lagi handsome!

"No and never. Abang lagi hot stuff dari dia cheap stuff" Wardah mengangkat kedua bahunya. Geram juga dia bila baca berita tentang kecurangan Alif Aziz yang dikongsi oleh Riana.

"Dahtu? Nak pergi mana?"

"Adalah. Nanti sayang tahu juga kan?" Wardah mengalah. Suapannya diteruskan dengan matanya sekejap-sekejap beralih ke arah Noah.

——

"Kau dah jumpa ke belum apa yang aku nak tahu tu?"

"Dah boss, saya dah tanya dia face to face lepas boss blah dari restoran tu. Dia ada dekat situ boss"

Aiden mengurut dagunya. Matanya asyik memandang kereta berjenama volkswagen berwarna merah berhampiran keretanya.

"Siapa dan nak apa?"

"Ilya. Dia cakap dia nak balas dendam je dan dia pesan jaga bini dengan anak boss baik-baik"

Sebaris nama yang membuat Aiden tergamam. "Ilya Qismina? Wife Hariz?"

Dendam?

Rasanya Aiden tiada salah dengannya. Seingat Aiden, dia sudahpun memohon maaf dari Ilya. Datang dari mana dendam tu?

"Yes boss"

"Okay, anything nanti aku call kau lagi"

Selepas talian dimatikan, Aiden terus mencari nama Hariz didalam contactnya. Dia teragak-agak mahu memberitahu Hariz tentang Ilya.

Tetingkap whatsapp dibuka kemudian dia menaip sesuatu kepada Hariz. Selesai semuanya barulah dia menapak ke arah Wardah yang sedang mengagah Noah.

"Sorry, client call"

"It's okay. Abang datang sini pun nak settlekan projek kan?" Aiden mengangguk.

"Tenang kan dekat sini?"

"Haah, sebab bukan school holiday. Cuba kalau school holiday? Tu dalam laut tu penuh dengan homosapiens"

"Sayang nak tahu something?" Wardah mengangguk tanpa memandang Aiden. Dia sibuk bermain dengan Noah.

Aktif pula anaknya selepas setengah jam tidur di tempat istimewa yang dibawa oleh Aiden setelah selesai bersarapan pagi.

"Sebelum jumpa dekat sekolah menengah, kita pernah jumpa dekat sini dulu" Terus Wardah menatap wajah Aiden. Noah yang menepuk pipinya terus tidak dihiraukan.

"White t-shirt with rainbow legging girl" Bicara Aiden tanpa memandang wajah Wardah. Memori zaman kecilnya bermain diminda dimana dia menyelamatkan seorang budak perempuan dan berharap budak perempuan itu akan menjadi miliknya satu hari nanti.

"Abang ke hero yang selamat Wardah dari lemas tu?" Melihat anggukan dari Aiden, Wardah terus mengetap bibirnya perlahan. Dia speechless.

"Terima kasih abang, for everything. Wardah sayang abang, sampai bila-bila"

"Janji dengan Wardah yang abang takkan tinggalkan Wardah?"

"Abang janji, sayang. Selagi abang masih bernafas, selagi tu lah abang akan lindungi sayang dan anak kita" Jawapan Aiden ikhlas dari hati.

Andai kata dia gagal melindungi Wardah sekali lagi, dia tidak akan sesekali memaafkan dirinya sendiri. Kemungkinan besar dia akan rasa bersalah seumur hidup.

"Wardah harap jodoh kita bukan terhenti disini saja. Biarlah jodoh kita berkekalan sampai Syurga"

"Sayang, kuat juga kan jodoh kita?" Wardah tersenyum. Tangan Aiden naik memeluk bahu Wardah.

Bersama mereka menyaksikan matahari terbenam di tepi pantai dengan hati yang berbunga-bunga.









Maaf, tadi tertekan publish hehe. Okay ni yang betul.















Wardah Arinna ✓Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon