22.

18.6K 551 3
                                    

"LAMBAT balik. Why you're not answer my call?" Sebaik sahaja Wardah mengunci pintu rumah, Aiden yang sedang duduk diatas sofa ruang tamu sambil matanya tidak lepas dari memandang tv terus menegur Wardah yang baru pulang itu.

"Sorry bang, tadi Yusuf dengan Zul lambat ambil Wardah. Bateri pula dah habis" Aiden mengepal penumbuknya.

Makan gaji buta ke apa dorang ni?

Aiden cuba mengawal kemarahannya agar tidak meletus pada Wardah.

"Nak kena Zul dengan Yusuf ni" Ujar Aiden dengan nada yang tertahan-tahan.

"Tak ada apalah bang, tadi Balqish dah tumpangkan saya. Mungkin tadi dorang ada hal lah tu" Pujuk Wardah lembut sambil menjelaskan semuanya.

"Ha yelah, dah pergi mandi lepastu makan"

"Abang dah makan ke?" Wardah melabuhkan punggungnya disebelah Aiden. Tangan Aiden terus diambil lalu digenggam. Dia rasa bersalah sebab balik lambat harini.

"Abang dah makan, jangan risau. Dah sayang pergilah mandi. Jangan lupa malam ni" Apa? dia ingat lagi okay. Bab tu memang selalu diingatan dia.

"Ieee abang ni kan!" Pinggang Aiden menjadi mangsa cubitan Wardah. Terjerit Aiden dibuatnya.

"Sayang! sakit tau! Baru abang ingat nak buat 2 round je.Tapi sayang dah cubit abang ni so 5 round terus lah. Get ready tau sayang"

Aiden sudah menarik senyuman nakalnya. Sengaja dia mahu mengusik Wardah sedangkan dia faham Wardah tengah letih.

Sekali lagi pinggang Aiden menjadi mangsa cubitan tangan ketam Wardah. Lepas je cubit Aiden, Wardah terus berlari anak meninggalkan Aiden diruang tamu sendirian.

Dia nak mandi dulu lepastu makan. Baru ingat nak rehatkan badan, tapi Aiden mintak dia jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri pula. Nak tak nak kenalah patuh kalau tidak mahu dilabel isteri derhaka.

Tudung yang tersarung dari tengah hari tadi terus dibuka lalu dia membuka kesemua pakaian sehingga tiada secebis kain pun yang menutupi tubuhnya. Tuala dicapai dan seraya itu dia melangkah masuk kedalam bilik air.

Tab mandi dipenuhkan dengan air panas dahulu sebelum aroma ros memenuhi ruang rongga hidungnya. Dari kecil dia suka wangian ros.

Tuala disangkut ditempat yang sudah disediakan. Tanpa membuang masa dan perut dia pun sudah berbunyi, terus dia merendamkan diri didalam air panas dengan wangian ros tersebut.

Rasa tenang sahaja. Semua masalah yang singgah difikirannya tiba-tiba terus menghilang buat sementara waktu.

Selepas setengah jam berendam baru dia bilas badan dengan air sederhana suam. Tak lupa juga berus gigi dan mencuci rambut dan mukanya.

Keluar sahaja dari bilik air, kelihatan Aiden sedang bersantai diatas katil sambil matanya tak lepas pandang tubuh Wardah yang hanya berlilit tuala dari paras dada sehingga paras atas lututnya. Seksi, mengancam, menggoda semua ada.

"Abang tidur dulu. Sorry tak dapat nak teman Wardah makan" Wardah hanya senyum kemudian dia menganggukkan kepala.

Masuk je dalam bilik yang dikhaskan untuk pakaian, desahan nafas yang lega dilepaskan.

Baju tidur lengan panjang berwarna pink lembut berkain satin disarungkan terus ditubuhnya. Rambut dikeringkan lalu bedak disapu kemukanya.

Dibawah, lampu yang berada dibahagian meja makan dihidupkan. Tudung saji dialihkan ketepi lalu lauk-pauk yang mengiurkan menjamu matanya.

Kerang masak sambal merah.

Sayur sawi goreng.

Ikan siakap 3 rasa.

Memang meleleh habis air liur dia. Dia segera melangkah kedapur untuk mengambil pinggan. Fresh orange yang berada didalam peti ais juga dituang kedalam cawan.

Sambil dia makan, sambil dia berfikir masa depan dia dengan Aiden kelak.

Boleh ke mereka bahagia tanpa anak?

"DIA dah on the way"

"Ha, kau shoot je terus"

"Kau gila ke?" Alice memberhentikan keretanya dibelakang kereta pengawal peribadi Wardah apabila lampu isyarat bertukar warna merah.

"Aku tak gila lagi. Stick to the plan Alice"

Alice mematikan talian lalu dia menghentak stereng keretanya dengan kasar.

Sial punya betina. Kau tak nak kotorkan tangan kau lepastu suruh aku yang cover semua kerja kotor kau.

Pistol yang berada ditempat sebelah pemandu dipandang tajam. Nasib baik dia ada masuk kelas menembak 5 tahun lepas. Jadi adalah skill untuk menembak tu sikit-sikit.

Dia hanya mengekori kereta pengawal peribadj Wardah dengan hati-hati. Bimbang mereka dapat menangkap dirinya.

Sebaik sahaja mereka tiba dikafe, Alice menarik nafas dan dihembuskan semula.

Pistol itu dicapai dan picunya ditarik.

"YUSUF, Zul jangan lupa ambil saya petang ni pukul 5" Dia dah fikir semalam, pergi cafe pukul 8 pagi lepastu pukul 5 gerak balik rumah. Dia tidak mahu hal macam semalam berlaku lagi.

"Baik Puan. Hati-hati" Perbuatannya yang baru sahaja mahu membuka pintu kereta itu tiba-tiba terhenti sendiri.

Jantung dia berdegup dengan kencang. Rasa tidak enak mula bertandang dihatinya. Macam ada benda buruk nak berlaku.

"Puan, puan okay ke? Kalau tak sihat jomlah saya hantar Puan balik" Zul memalingkan wajahnya kebelakang.

"Tak. Saya okay je" Segera dia menepis perasaan itu lalu pintu kereta dibuka. Dengan langkah berhati-hati dia keluar.

Tidak lama kemudian sebuah kereta laju membelah jalan raya dihadapannya.

Bang!

Bunyi sedas tembakan mengejutkan Zul dan Yusuf yang sedang berbual didalam kereta. Mereka berdua terus keluar dari kereta.

Mata mereka dijamah dengan keadaan Wardah yang terkulai lemah dijalan raya sambil memegang bahunya yang berdarah.

"Puan?!" Wardah memegang bahunya yang terasa sakit akibat terkena tembakan tadi.

Patutlah rasa tak sedap hati tadi rupa-rupanya ini yang berlaku.

"Puan, don't close your eyes!" Yusuf menepuk pipi Wardah dengan perlahan.

Wardah tidak dapat menahan kesakitan lagi.

Dada dia semakin sesak. Mata dia semakin layu. Denyutan nadi dia juga semakin lemah.

Adakah ini pengakhiran hidupnya?










Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now