44

13.9K 393 2
                                    

"Assalamualaikum! Mak! Abah! Abang!" Laung Wardah dari luar rumah Hajah Rushdiah dan Haji Hanafiah. Setelah beberapa jam berada diatas jalan raya dengan Wardah yang sekejap-sekejap muntah kerana terkena alahan mengandung, akhirnya mereka tiba jua di Negeri Sembilan.

"Assalamualaikum!!"

"Sayang, abang rasa dia orang tak ada kat rumah lah. Apa kata sayang call je Uwais?" Konon, isterinya mahu membuat surprise dengan membuat keputusan untuk tidak memberitahu Uwais dahulu tentang kedatangan mereka kesini. Tidak sangka pula mereka berdua yang dikejutkan dengan ketiadaan orang dirumah.

"Kejap, kejap" Wardah terus mengeluarkan telefonnya. Nombor Uwais didail..

"Assalamualaikum, adik. Nak apa call abang ni?"

"Waalaikumussalam, abang. Err sebenarnya..."

Wardah menggigit bibir bawahnya kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Aiden.

"Sebenarnya apa dik? Adik okay?"

Nada suara Uwais seperti dalam kerisauan.

"Eh okay je. Abang dekat mana?"

"Abang bawak Mak dengan Abah beli barang dapur ni, kenapa? Kejap lagi on the way balik lah"

"Ooo, adik sebenarnya..."

Aiden menepuk dahinya lantas menggelengkan kepalanya. Telefon Wardah terus dirampas dan dilekapkan ditelinganya.

"Hello bro, aku dengan adik kau ni dah ada dekat depan rumah Hajah Rushdiah and Haji Hanafiah ni" Jelas Aiden berterus terang.

"Seriouslah? Asal tak bagitahu awal-awal nak datang?"

"Adik kau ni ha sibuk nak buat surprise. Konon" Aiden menjulingkan matanya keatas.

"Okaylah, kau orang tunggu sekejap. Kita orang dah on the way balik ni"

"Okay, drive safely"

Telefon Wardah terus diserahkan semula kepada wanita itu. "Sorrylah abang. Mana nak tahu abang dengan mak abah tak ada kat rumah" Sengihan tidak bersalah ditayangkan buat Aiden.

"Abang...Wardah nampak kan tadi, dalam kereta abang ada pisau..." Wardah nampak wajah Aiden berubah resah. Namun dia tidak hiraukannya dan terus menyatakan hasratnya.

"Abang tolong ambilkan pelam tu boleh? Lepastu Wardah nak makan sekarang jugak! Abang potong...please?" Kedua tapak tangannya dirapatkan kemudian diletakkan dibawah dagu.

Aiden pantas mengangguk dan berlalu ke dalam kereta untuk mengambil pisaunya. Setahunya, dia sudah menyuruh anak buahnya menyelitkan pisau rambonya itu ditempat yang tersorok. Ini mesti salah letak lah ni. Nasib baik Wardah tak syak apa-apa.

Pisau rambo buat potong pelam? Dia tidak kisah. Asalkan hati isteri dia senang, dia pun senang.

Pisau rambo itu dibasuh dahulu dengan air mineral yang memang sudah tersedia didalam keretanya dahulu sebelum dia mula mengupas buah pelam itu.

Habis sahaja dua biji pelam dimakan oleh isterinya dengan berselera diatas pangkin dibawah pokok mempelam ini barulah kelihatan kereta Toyota Vios memasuki perkarangan rumah Hajah Rushdiah dan Haji Hanafiah.

"Abang!" Wardah menyarung sandalnya dan berlari anak ke arah abangnya yang baru sahaja keluar dari perut kereta.

"Eh budak bertuah ni! Abang dia jugak yang dicarinya dulu!" Usik Hajah Rushdiah.

"Ketat sangat adik peluk abang ni. Tak boleh bernafas abang tahu tak?" Wardah meleraikan pelukan lalu terus berpeluk tubuh dengan bibir yang memuncung ke hadapan.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now