27.

17.3K 528 5
                                    

WARDAH menggerakkan bahu belah kanannya perlahan-lahan. Menurut doktor, dia perlu sentiasa membuat exercise supaya bahunya cepat sembuh. Aiden yang ingin membantunya terus dihalang. Dia mahu mencuba sendiri hari ini tanpa bantuan sesiapa.

Sudah seminggu dia pulang kerumah kerana tidak mahu menyusahkan Aiden untuk menjaganya di hospital lagi.

"It's okay, abang pergi je office. Wardah boleh buat sendiri. Lunch nanti balik"

"Iyelah sayang, anything for you. Be careful" Pipi, dahi serta bibir Wardah dikucup sekilas sebelum dia berlalu pergi dari taman bunga dibelakang rumahnya.

Setelah letih melakukan senaman tangan, Wardah terduduk diatas rumput hijau. Tubuhnya sudah melekit akibat berpeluh. Biasalah bahang matahari pagi. Peluh yang mengalir didahinya terus dilap menggunakan kain yang tersangkut dilehernya.

Belum sempat dia mahu mencapai botol air diatas meja batu yang disediakan oleh Aiden ditaman bunga ini, Mak Timah sudah melaung namanya dari dalam.

"Ya! Apa dia Mak Timah?!"

"Ni ada orang nak jumpa!" Keningnya bertaut rapat selepas mendengar jawapan Mak Timah.

Siapa pula yang ingin berjumpa dengannya diwaktu pagi ini?

"Suruh dia pergi taman bunga belakang rumah!" Akibat malas mahu berjalan, Wardah terpaksa menyuruh orang yang ingin berjumpa dengannya pergi ketaman bunga ini.

Tubuhnya digagahkan juga untuk berdiri kemudian duduk disalah sebuah kerusi batu. Air yang berada didalam genggamannya terus diteguk rakus. Huh! lega tekak.

"Wardah?"

"Akak!" Wardah segera menerpa kearah Aideena kemudian mencium tangan wanita itu.

"Akhirnya akak datang lagi. Wardah dah tak sabar nak dengar semuanya" Kata Wardah sambil mengajak Aideena duduk dikerusi batu.

"Akak tak tahu nak mula dari mana.."

"Mula dari Abang Uwais dituduh bunuh akak" Wajah Aideena serba salah apabila nama Uwais disebut.

"Jemput minum Wardah, Puan.." Dua gelas jus oren yang dibawa oleh Mak Timah tadi diletakkan ditengah-tengah meja batu itu.

Sambil membasahkan tekak dengan jus oren, Aideena menjelaskan semua yang berlaku dan Wardah hanya tekun mendengar. Sekali-sekala dia mengerutkan dahinya kemudian tersenyum pula.

"Jadi, abang dengan akak dah ada anak lah ni?" Aideena menganggukkan kepalanya.

"Dua orang, yang sulung dah 5 tahun dan yang bongsu baru setahun 6 bulan" Tersengih-sengih Wardah apabila membayangkan rupa anak buahnya. Mesti comel kan?

"Wardah bila lagi?" Soalan yang dilontarkan oleh Aideena mematikan terus sengihannya.

"Belum ada rezeki kak.."

--

SEBAIK sahaja menghantar kakak iparnya yang mahu pulang kerumah, Wardah meluru kebiliknya kemudian membuka pakaiannya. Pintu bilik air ditutup lalu dikunci. Tab mandi dipenuhkan dengan air wangian bunga ros.

Dia merendamkan badan didalam tab mandi itu bertemankan air mata yang mengalir. Bunyi esakan bergema di satu ruangan bilik air itu.

Kebelakangan ini dia jadi sensitif apabila isu zuriat ini dibangkitkan. Seronok hatinya melihat kakak iparnya bercerita tentang anak-anaknya sedangkan dia?

Dia tidak mampu memberikan zuriat untuk Aiden.

"Helena, ibu sedih sebab tak mampu nak bagi babah anak lagi..." Rintihnya lagi.

"Ibu isteri yang terukkan?"

Entah sejak bila dia terlelap dibilik air, inipun dia tersedar kerana Aiden mengetuk pintu bilik air dengan kasar. "Sayang, jangan buat abang risau please. Keluar lah"

"Ya, ya. Give me 10 minutes" Suaranya agak bergetar kerana menggigil kesejukan.

--

"SAYANG buat apa je lama-lama dalam tu? Tengok dah biru bibir tu" Wardah hanya diam sambil membuka mulutnya apabila Aiden hendak menyuap bubur.

"Wardah tertidur je tadi.." Dia menjawab dengan lemah.

"Tertidur sampai mata sembap macamni, kenapa?" Wardah mengeluh seketika kemudian dia menolak lembut tangan Aiden yang hendak menyuapnya bubur.

"Sikit je lagi sayang, tak baik membazir" Nak tak nak terpaksa juga Wardah buka mulut kerana Aiden mula menegurnya.

Tak baik ingkar arahan suami.

"Abang tak makan ke? Ni tak masuk office balik ke?" Kesian pula tengok suami dia susah payah suapkan bubur untuk dia. Sepatutnya dia yang suapkan suami dia sekarang ni.

"Abang makan kejap lagi. Tak, abang tak masuk office balik nanti abang tak boleh fokus buat kerja sebab risaukan sayang"

Wajah isterinya yang kelihatan tidak bermaya amat menyentuh hatinya. Dia tidak mahu memaksa Wardah memberitahunya tentang mengapa isterinya itu kelihatan sedih.

"Mana boleh macam tu, abang ni. Jangan risau sangat lah, bukannya Wardah demam pun" Walaupun masih lemah, senyuman manisnya tetap terukir untuk Aiden.

"Taknak, abang nak jaga sayang juga"

"Haishh yelah, nasib baik lah tu syarikat abang" Aiden tertawa kecil.

"Lepas asar kita lawat kubur arwah mama, papa, mummy, daddy dengan Helena boleh?" Ya, dia sudah lama tidak melawat kubur insan-insan kesayangan dia dan suaminya.

Aiden terus memandang Wardah dengan keningnya bertaut rapat.

Kenapa macam kurang seorang?

"Kubur arwah kakak?"

"Ha y-ye kubur arwah k-kakak sekali" Wardah melarikan pandangannya kearah lain.

"Ingat Wardah, rahsiakan perjumpaan kita. Bila akak dah sedia baru akak bersemuka dengan Aiden"

Hampir dia kantoikan dirinya tadi. Pesanan Aideena disematkan dalam mindanya.

"Sayang..."

"Y-ye" Tergagap-gagap Wardah menyahut. Nampak sangat ke yang dia tengah menipu Aiden?

Jika insan yang bernama Aiden, cepat sahaja dia menghidu sesuatu yang tidak kena.

"Sayang ada sorokkan sesuatu dari abang ke..?"








Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now