34

17.5K 477 14
                                    

TEMPOH hari, Aiden sudah berjanji dengan Wardah yang dia akan meminta maaf kepada Aideena. Namun dirinya sendiri belum bersedia sepenuhnya untuk berhadapan dengan Aideena. Bertahun lamanya dia hidup sendirian, kemungkinan besar rasa kekok itu akan muncul.

"Abang ke tak ni?" Aiden hanya mengangguk acuh tidak acuh sahaja.

"Abang jangan macam ni, itu kan kakak abang. Darah daging abang sendiri" Pujuk Wardah. Dia rasa sudah sampai masanya Aiden bersemuka dengan kakaknya semula.

Dia faham perasaan Aiden yang terlalu rindu akan kakak kesayangannya itu. Aideena itulah sahaja darah daging suaminya.

Sejauh mana pun rasa benci Aiden terhadap Aideena, ego suaminya tetap akan runtuh juga bila terlalu merindui kakaknya sendiri. Kejadian yang lalu mula menerjah kedalam kotak fikirannya.

"Abang..." Wardah mencari kelibat suaminya yang tiba-tiba sahaja menghilangkan diri selepas solat isyak tadi.

Apabila dia tengok diluar, kereta Aiden masih elok terparkir digaraj kereta. Namun kelibatnya tiada didalam rumah. Wardah menggaru kepalanya sambil berjalan ditingkat dua.

"Abang..." Serunya sekali lagi.

Bilik yang terang dengan cahaya lampu itu menarik perhatiannya. Diamati betul-betul bilik yang berada dihujung tingkat itu sambil kakinya melangkah kearah bilik itu.

Dia berdiri dihadapan pintu bilik yang terbuka sedikit lalu melekapkan telinganya dipintu itu. Kedengaran esakan seorang lelaki bergema. Pintu itu ditolak lagi sehingga memuatkan tubuhnya untuk masuk kedalam.

"Abang...kenapa nangis ni?" Dilabuhkan punggung disebelah suaminya yang sedang memegang satu frame gambar sambil menangis itu. Bahu suaminya disentuh lembut.

Pandangannya diliarkan keseluruh bilik itu. Luasnya sama seperti luas bilik mereka, siap dengan satu lagi bilik selain bilik air iaitu walk in closet. Dinding dicat berwarna coklat terang dan katil sejenis queen yang tersarung cadar berwarna coklat dan emas itu jelas menunjukkan penghuni bilik ini dahulunya gemar akan warna coklat.

Aiden yang masih tersedu-sedan itu terus memeluk isterinya apabila merasakan kehadiran isterinya didalam bilik itu. Keadaan didalam bilik itu hanya penuh dengan esak tangis seorang lelaki.

Apabila Aiden mula bertenang sedikit, Wardah terus meleraikan pelukan mereka. Sisa air mata si suami diseka menggunakan jari-jemarinya.

"Wanna share?" Jari Aiden disilangkan dengan jarinya. Bibirnya mengukirkan senyum kecil.

Aiden hanya berdiam diri. Tidak lama kemudian, dia menunjukkan gambar seorang lelaki dan seorang perempuan sedang berpelukan.

Ni mesti Kak Dee dengan laki aku ni. Tekanya didalam hati.

"Abang rindu arwah Kak Dee?" Aiden mengangguk lemah.

"Abang rindu sangat-sangat dekat arwah sampai abang tak boleh nak maafkan pembunuh dia" Riak wajah Wardah berubah mendung, seakan terasa dengan kata-kata suaminya.

"I'm sorry sayang, tapi ini betul. Abang masih tak boleh terima apa yang Uwais buat..." Luahan Aiden kali ini betul-betul membuatkan Wardah terasa.

"Abang ingatkan lepas polis dah tangkap Uwais, bolehlah abang rasa lega tapi..."

Jeda sebentar.

"It's okay abang, Wardah faham. Take your time. Abang kena ingat, memaafkan orang itu seperti membebaskan orang dari penjara" Biarpun hatinya sedikit terguris namun tugasnya sebagai isteri tidak pernah sekali pun diabaikan.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now