23.

19.3K 573 3
                                    

"APA korang buat ni?! Aku bayar gaji korang untuk jaga bini aku! Semalam pun korang tak amik dia kan?!" Zul dan Yusuf sudah gerun melihat Aiden yang menyinga.

Dia bermundar-mandir dihadapan bilik operation tersebut sambil matanya tak lepas memandang pengawal peribadi yang diupah untuk mengawasi isterinya.

Hampir gugur jantung dia dibuatnya semasa diberitahu oleh Yusuf bahawa isterinya cedera. Meeting yang sedang berjalan pun terpaksa ditinggalkan oleh kerana kerisauan yang melanda dirinya.

Dush!

"Satu sebab semalam!"

Dush!

"Satu lagi sebab hari ini" 

Yusuf dan Zul menekup pipi mereka sambil mendesis kesakitan. Sungguh padu tumbukan yang diberikan oleh majikan mereka.

Zul bersuara menjelaskan tentang perkara semalam. "Semalam Boy ajak kami minum dekat restoran berdekatan kafe Puan dengan Tuan. Kami pun on lah sementara nak tunggu Puan..." Dia berhenti seketika kemudian memandang Yusuf disebelah.

"Tapi tak sangka pula dia letak ubat tidur dalam minuman kami" Aiden merengus kasar. Tidak lain tidak bukan Boy ingin membalas dendam terhadapnya.

"Yang korang bodoh pergi ikut cakap dia buat apa?! Dia tu banduan kau tahu tak?!" Tengking Aiden sekali lagi. Meniskus terus mereka dibuatnya.

Rambutnya diraup kasar kebelakang. "Lepas ini aku nak korang jaga bini aku betul-betul. Jangan sesekali terlepas dari pandangan korang"

"Lekat dalam kepala otak korang yang lembab ni! If this shit happen again, ada yang makan peluru nanti"

Tiada lagi tengkingan, hanya nada sinis yang dilontarkan oleh Aiden. Dia tidak main-main dalam hal yang melibatkan nyawa isteri dia.

Dua jam kemudian baru doktor keluar dari bilik pembedahan tersebut. Dia menepuk bahu Aiden lalu tersenyum lega.

Legalah dapat selamatkan nyawa orang.

"Everything's gonna be alright, don't worry. Thank God, peluru tak tembus sampai ketulang bahu. Keadaan puan Wardah dah stabil. Tapi masih belum sedar. Maybe dia terkejut sangat kut. Teruskan bagi sokongan untuk dia"

Panjang lebar doktor itu jelaskan tentang keadaan Wardah. Aiden pula hanya mengangguk kemudian dia pun tersenyum nipis. Senang hatinya mendengar khabar baik itu.

Syukur, Alhamdulillah.

Dia tahu Wardah kuat. Isterinya itu pasti survive.

"INI baru sikit Aiden. Selagi kau hidup bahagia dengan dia, selagi tu aku akan cuba hancurkan satu persatu kebahagiaan tu" Telefonnya dicapai lalu nombor Aiden didail.

"Hello sayang, macam mana bini you? Dah mampus ke belum?" Selamba dia menyoalkan soalan itu tanpa menghiraukan perasaan orang lain.

Hal ajal maut ni bukan boleh dibuat main.

"Takkan baru sikit je pun dah mampus kan?" Sengaja dia menghamburkan tawa sinis untuk memarakkan lagi api kemarahan Aiden.

"Such an asshole! Kau memang betina tak guna!"

Ilya tersengih. Dia langsung tidak peduli jika Aiden mahu memakinya. Segala makian Aiden yang masuk ditelinga kanannya keluar semula mengikut telinga kirinya.

"Kalau I tak guna, bini you tu pun sama. Sanggup jual badan dekat you—" Bicaranya dipotong oleh Aiden.

"Watch your words, bitch" Bibirnya membentuk senyuman puas hati.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now