SCWA-57

16K 364 13
                                    

“Kehilangan Ilya”
&
“Penjelasan Alice”

          "Kau siapa?! Aiden mana Aiden?!" Ilya menggenggam kasar collar kemeja Hariz sambil bertanya tentang keberadaan Aiden. Matanya mencerlung tajam ke arah Hariz.

"Aiden mana?!" Hariz hanya memandang sayu ke arah Ilya yang ditahan di ward pesakit mental.

"Aiden, dah mati kan dengan perempuan tak guna tu?" Soal Ilya kepada Hariz lagi.

"Ilya, please. Calm down" Hariz melingkarkan tangannya ke bahu Ilya kemudian dia membawa Ilya duduk di atas katil.

"No matter what happen, I always love you.." Ucapan yang penuh ikhlas daripada Hariz langsung tidak dilayan malah dia sedang asyik didalam dunianya sendiri.

Rambut Ilya dibelai penuh kelembutan. "And I akan jaga you dan our baby" Disentuh perut Ilya yang masih kempis.

"Apa ni sentuh-sentuh?! Bodoh ke ha?!" Hariz menggigit bibir bawahnya. Sebak dia melihat keadaan isterinya.

Dia gagal menjadi suami yang baik, suami yang mampu membimbing Ilya ke arah yang lebih baik.

Maafkan I, Ilya.

——

          "Aiden, I'm really sorry. Please, I taknak meringkuk dalam ni. Please ikat jamin I" Aiden hanya memandang Alice dengan hati yang berbelah bahagi.

Selepas Ilya ditangkap oleh pihak polis dan ditahan di ward pesakit mental, Alice pula ditangkap oleh pihak polis. Aiden mengetahui perkara ini sudah lama dan dia hanya mendiamkan diri.

"Aiden, please..."

"Yes, I admit I pernah bersubahat dengan Ilya untuk bunuh wife you but sumpah! I terpaksa! She's insane! Perempuan tu sanggup ugut I untuk bunuh husband I, abang kandung dia sendiri semata-mata nak suruh I bersubahat dengan dia..."

"I tahu dia nak cover diri dia sendiri je, sebab tu dia gunakan I. I terpaksa Aiden, I banyak dosa dengan family you..." Alice menunduk. Pipinya sudah basah dengan air mata.

Dia tidak mampu untuk memandang Aiden kerana rasa serba salahnya semakin menebal. Lidah Aiden terkelu apabila mendengar penjelasan daripada Alice.

Dia berdehem kecil sebelum bersuara. "Baiklah. I akan ikat jamin you. But, make sure lepas ini you berubah. Minta maaf dengan wife I dan I nak you cerita semuanya dekat Uncle and Aunty termasuk Your mother and father in law. Boleh?"

"Yeah, sure. I'm sorry again" Aiden mengangguk.

"You tak ada salah apa pun dekat I. Alice, you kakak sepupu I. I pun tak sanggup nak tengok you meringkuk dalam ni. Nasib baik you jujur dengan I apa yang dah berlaku"

"Thank you, Aiden. Thank you very much" Alice bersyukur kerana hatinya tergerak untuk memberitahu cerita sebenar. Wajah Aiden dipandang dengan senyuman.

Akhirnya, dia boleh hidup bahagia seperti sebelum ini bersama suaminya. Biarpun mereka sudah berkahwin hampir 5 tahun dan tidak dikurniakan anak, datang pula masalah yang hampir sahaja merosakkan rumahtangga mereka, cinta mereka tetap tersemat didalam hati sampai bila-bila.

Tiba-tiba telefon Aiden berbunyi nyaring tanda ada satu panggilan masuk. "What's up, dude?"

"Isteri aku, bro. Isteri aku..." Aiden mengerutkan keningnya kerana suara Hariz seperti dalam tangisan.

"Kenapa dengan Ilya?"

"She's gone" Sekali lagi lidah Aiden terkelu. Ganggang telefon yang menghubungkan dia dan Alice segera diambil dan diletakkan ditelinga sebelah kanannya.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now