41.

13.6K 382 6
                                    

SELESAI sahaja membuat air, dia terus bergerak ke bahagian bakeri untuk mengambil strawberry shortcake. Selepas itu, barulah dia mendaki tangga sambil menatang dulang dengan berhati-hati.

"Strawberry shortcake, americano white coffee and green tea" Tania menyebut semula makanan yang dipesan oleh Aiden dan Wardah.

"Yes, thank you" Wardah menjawab dengan mesra. Aiden hanya mengangguk tidak menjawab. Americano white coffee kegemarannya dihirup sedikit.

Namun, diludah semula kelantai apabila tidak menepati citarasanya seperti selalu.

"Kenapa abang?" Wardah bertanya risau.

"Kau panggil girl sekarang" Arah Aiden kepada Tania yang masih berdiri tegak disitu dengan nada yang dingin.

Tania sudah kecut perut mendengar suara Aiden. Dan, hatinya tertanya bagaimana abang handsomenya boleh kenal dengan Girl.

"Coffee ni tak sedap langsung! Haihh macam manalah Girl buat kerja ni?" Wardah menganggukkan kepalanya. Tangan Aiden diusap lembut untuk menenangkan suaminya yang mula menyinga itu.

"Tuan..."

"Hah, macam mana kau buat kerja ni?"

"Maaf Tuan, tapi bukan saya yang buat. Tania yang buat" Tania menyiku perlahan pinggang Girl. Matanya mencerun kearah Girl.

Aiden memandang tajam Tania dengan lama sehingga Tania terpaksa menundukkan kepalanya kerana berasa gerun dengan pandangan Aiden. Bukan itu sahaja, tubir matanya juga sudah berair.

"You're fired!" Terus sahaja Tania mengangkat kepalanya.

"Tuan, tolong...tolong jangan buang saya...saya perlukan kerja Tuan...puan..."

Wardah juga berasa kasihan dengan Tania. "Abang, jangan macam tu...kesian dia"

Wardah cuba mencapai tangan Aiden namun Aiden lekas-lekas berlalu ke tandas kerana bimbang dia akan hilang kawalan nanti.

"Tania, Girl kenapa ni?" Soal Aunty Sally yang baru saja tiba disitu bersama dulang yang berisi nasi lemak sambal sotong dan macaroni cheese.

Dia melihat wajah Tania yang sudah lencun dengan air mata kemudian melihat wajah Girl yang beriak serba salah itu.

"A-aunty, t-tolong. Tania tak nak kena buang kerja Aunty" tersedu sedan dia menuturkan bicaranya.

"Cuba cerita apa yang sebenarnya terjadi ni?"

"Macam ni Aunty, Tania ni salah buat coffee yang biasanya Girl buat tu untuk suami saya. Jadi suami saya ni nak pecat dia" Jelas Wardah.

"Puan...tolong maafkan Tania, Puan...dia tak sengaja" Wardah hanya mengangguk.

"Girl, awak tolong buatkan semula coffee suami saya ya?" Girl akur dan terus meminta diri untuk ke dapur.

"Aunty Sally terima kasih untuk nasi lemak sambal sotong ni. Tania, lain kali be profesional lepas ni ya? Tak apa, jangan risau saya akan pujuk suami saya. InsyaAllah lembutlah nanti hati dia" Sambil berkata, sambil itu Wardah mengusap belakang tubuh Tania bagi menenangkan gadis itu.

"S-saya mintak maaf, Puan..." Tania mencapai tangan Wardah lalu diletakkan didahinya.

"Iya, saya maafkan...dah awak pergi sambung kerja..." Tania mengesat air matanya. Dia senyum dan terus berlalu pergi.

Ada juga wanita yang baik seperti majikannya itu. Sebelum ini dia langsung tidak pernah bertemu dengan wanita yang sebaik itu. Kebanyakkannya 'propa' je lebih.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now