37

15.3K 433 6
                                    

"ABANG! Bangun cepat! Pulau Mabul dah tunggu kita tu!" Aiden masih diam tidak berkutik. Dengkuran halus membuktikan bahawa dia langsung tidak terganggu dengan Wardah yang sudah melompat-lompat diatas katil.

Wardah berhenti seketika. Mengah juga terlompat-lompat macam orang gila tadi. Excited yang teramat.

Aiden yang masih dengan lenanya dipandang penuh geram. Jam tangan berjenama Daniel Willington yang baru dibeli oleh Aiden pagi tadi dilihat sebentar.

3.01 pagi.

Satu jam lagi sebelum flight mereka berlepas. Wardah menggigit telinga Aiden kerana geram. Terus mata Aiden tercelik. Wardah melepaskan telinga Aiden apabila suaminya sudah bangun. Kena gigit dulu baru nak bangun gamaknya.

"Sayang, tadi abang mimpi ada dugong gigit telinga abang" Gumam Aiden perlahan dengan suara serak basahnya sambil matanya dipejam semula.

Tubuh Wardah ditarik masuk kedalam pelukannya. Terjerit-jerit Wardah dibuatnya. 

"Abang! Habislah tudung Wardah renyuk!" Aiden tidak mempedulikan jeritan isterinya itu. Tidak lama kemudian, terdengar dengkuran halus terbit dibibir Aiden.

"Abang!" Tubuh Aiden digoncang kasar.

"Bangunlah!"

"Yes Amy? I will do it later..." Wardah tersentak.

Perempuan mana pula yang bernama Amy ni? Ni nak kena ni.

"Wardah kira sampai 5, abang tak bangun lagi, siap abang!" Dalam kepala otaknya sudah banyak rancangan jahat.

"Wardah kira ni..."

"Satu..."

Wardah melangkah kedalam walk in closet mereka dan memanaskan iron.

Bukan dia mahu membalas dendam kerana dahulu Aiden pernah tekap lengan dia dengan iron, cuma mahu mencuba tahap kekebalan kulit suaminya itu sedikit sahaja.

"Dua!" Laungnya dari dalam.

"Tiga!" Iron yang masih belum panas itu dibiarkan dan dia menuju ke katil semula.

Sakit pula hati dia, bila Aiden masih terlena dengan dengkuran tu. Jam ditangannya dikerling sekali lagi.

3.15 pagi.

"Empat!" Aiden masih melayan lenanya.

Wardah mengetap bibirnya. "Lima!"

Laju dia berlari kedalam walk in closet kemudian mencapai iron yang sudah panas. Dalam diam bibirnya tersengih jahat sebelum keluar dari walk in closet dan berjalan ke katil semula. Ibu kaki Aiden menjadi tempat sasarannya.

Rasakan!

Aiden terus tersedar dari lenanya. Terkeluar jeritan jantannya. Dahinya berkerut-kerut menahan kesakitan. Dari baring, terus terduduk dia jadinya.

"Sayang! Sampai hati buat abang macam ni!" Ibu jari kakinya yang sudah melecur sedikit dicapai dan diusap perlahan.

Wardah menjungkit bahunya selamba. Iron tersebut diletakkan ditempat asalnya semula.

"Siapa Amy?" Pinggangnya dicekak, wajah digarangkan dan mata dijengilkan dihadapan Aiden.

"Amy mana pulak ni?" Soalan dibalas soalan. Baguslah!

"Sepatutnya saya yang tanya abang macam tu! Who is she!?" Tangannya disilang kedada pula.

"Yes Amy? I will do it later..." Ajuk Wardah semula dengan muka toyanya.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now