15.

26.2K 673 6
                                    

"MAAFKAN kami Tengku. Disebabkan kandungan isteri Tengku masih awal, bayi didalam kandungan isteri Tengku tidak dapat diselamatkan..." Tubuhnya terasa dihempap dengan batu yang besar.

Ayat seterusnya yang keluar dari mulut Doktor itu menyebabkan lututnya jatuh menyembah lantai.

"...Isteri Tengku disahkan koma ataupun mungkin dia tidak boleh mengandung lagi akibat hentakan yang kuat dirahimnya. Saya harap, Tengku sabar ya" Doktor tersebut menunduk sedikit untuk menepuk bahu Aiden dengan lembut.

Manik-manik jernih mengalir dipipinya dengan deras.

"Aiden.." Aiden mengangkat wajahnya memandang suara lirih seorang wanita yang memanggilnya tadi.

Tengku Suraya.

Ya, selepas sahaja Wardah dimasukkan ke dalam bilik pembedahan malam tadi, dia sempat call Tengku Suraya untuk memberitahu tentang keadaan Wardah.

"Macam mana keadaan adik aku?" Pandangan Aiden beralih pula kearah seorang lelaki yang berada disebelah maksu.

Uwais.

"Koma" Dia mengawal air mata daripada tumpah lagi.

Sungguh! hatinya tidak kuat untuk menerima berita ini. Kalau dia tidak membiarkan Wardah melintas seorang diri tadi, tidak mungkin kemalangan ini akan berlaku. Ini semua salah dia.

"Tak cukup lagi ke apa yang kau dah buat dekat dia dulu? Aku merayu sangat, tolong jangan sakiti hati dia lagi" Uwais bersuara perlahan. Bahu Aiden disentuh.

"Uwais, doh lah tu" Tegur Tengku Suraya. Dia rasa tidak sesuai untuk bercakap tentang hal itu diwaktu-waktu begini.

"Aku...aku minta maaf" Itu sahaja yang Aiden mampu ungkapkan diwaktu sebegini. Sejujurnya otak dia tengah kosong.

"Kandunge Wardah gano loni?" Hanya gelengan menjadi jawapan.

Fahamlah Tengku Suraya bahawa kandungan Wardah tidak dapat diselamatkan.

"Sabar Aiden, sumo hok jadi ni ado hikmahnya. Aiden gi balik rumoh dulu. Maksu nge Uwais buleh jago Wardah sini" Tengku Suraya cuba memujuk Aiden.

Kasihan pula dia melihat keadaan Aiden yang serabut itu. Lingkaran hitam bawah mata Aiden menunjukkan yang dia langsung tidak tidur. Semalaman lelaki itu menjaga isterinya.

Memandangkan dia sudah tiba disini bersama Uwais, Hasya dan Raul, Tengku Suraya menawarkan dirinya untuk menjaga Wardah pula.

"Tak apalah maksu, Aiden nak jaga Wardah sampai dia sedar. Nanti mesti dia sedih kalau dia buka je mata tengok Aiden tak ada kat sebelah dia" Aiden tersenyum.

Tawar.

"Wardah koho sedih tengok Aiden gini pah dia bangun nanti. Gi lah balik dulu" Maksu terus terusan memujuk Aiden.

"Aiden, kau pergilah rehat dulu ke apa. Kalau kau sakit nanti siapa nak jaga Wardah?" Dia sebagai abang kepada Wardah pun tak sanggup tengok keadaan adik dia macamtu dengan kepala berbalut, tangan bersimen, wajahnya terdapat sedikit kesan calar akibat terseret.

"Tapi nanti.."

"Takdok tapi, tapi Aiden" Tengku Suraya bersuara dengan tegas.

Aiden terpaksa akur akan arahan maksu sedangkan hatinya terlalu berat untuk meninggalkan Wardah walau sesaat pun. Rasa bersalah itu membuatkan dadanya sebak. Kalau bukan disebabkan dia, Wardah sihat je macam biasa.

Dia gagal lagi untuk menjadi suami yang baik bagi Wardah. Dulu pun dia bertindak kejam dengan Wardah hanya disebabkan kehilangan kakaknya. Semuanya disebabkan ego dan dendamnya.

Kau memang teruk, Aiden!

Kau yang patut berada dekat tempat Wardah sekarang ini!

"GOODJOB, Alice. Jangan risau, payment kau nanti aku up kan lagi 2 kali ganda kalau betina tu mampus" Perempuan tersebut mengusap perlahan bahu Alice yang terdedah itu.

"Sekarang ni aku tak nak buang masa, aku nak payment" Ujarnya dengan gelisah. Tajam matanya memanah wajah Ilya.

Dia diugut untuk kepentingan perempuan itu sendiri. Alice sanggup lakukan demi nyawa suaminya. Jika tidak, jangan harap dia mahu mengotorkan tangannya.

Disebabkan perempuan ini juga, dia terpaksa menolak untuk menghadiri majlis hari jadi adik kandungnya sendiri.

Maafkan kakak, Eric.

Maafkan I, Aiden.

"Chill lah dear, jangan terburu-buru"

"Eh, aku dah buat apa yang kau nak kan? Aku tahu esok pagi kau bagi aku duit tu then aku nak bebas! jangan ganggu hidup aku lagi Ilya. Bagilah aku hidup bahagia dengan abang kau" Alice melurut rambutnya dengan kasar. Sebal tengok muka betina depan dia ni.

"Hell no! Aku ada banyak lagi job nak bagi dekat kau,"

"Or kau nak suami kau..." Rambut Alice dipintal-pintal dengan senyuman sinis.

"Jadi bangkai depan mata kau" Sinis sungguh ugutan dia itu.

Dasar betina psiko! Sanggup bunuh abang kandung sendiri demi lelaki yang tiada pertalian darah pun dalam hidup dia.

"Sanggup kau nak bunuh abang sendiri Ilya?" Alice bersuara perlahan. Tangisan dia hampir pecah.

Dia menepis kasar tangan Ilya yang gatal sangat pergi pintal-pintal rambut dia. Dah ada rambut sendiri tapi sibuk nak pintal rambut orang.

"Ya, aku sanggup buat apa sahaja untuk hancurkan hidup Aiden termasuk membunuh abang aku sendiri" Alice terkedu. Dia pandang anak mata Ilya sedalam-dalam yang mungkin. Anak mata Ilya penuh dengan kejahatan dan kekejaman.

Dia berbelah bahagi sama ada mahu bekerjasama dengan Ilya untuk menghancurkan rumah tangga adik sepupunya sendiri atau suami dia mati ditangan betina psiko ni.

"So?" Ilya mengangkat sebelah keningnya.

"Aku ada pilihan lain ke?" Nadanya kedengaran keras. Apakan daya, dah nasib badannya dapat adik ipar psiko macam ni.

"Good, macam nilah kakak ipar aku" Ilya menyandarkan belakang badanya dikerusi tersebut sambil memeluk tubuh dan tidak lupa juga senyuman kemenangannya.

Bodoh! kakak ipar dengan abang sama je bodoh. Memang dia sengaja gunakan kakak ipar dia untuk cover semua kesalahan dia.

Tak apa Aiden. Just wait and see, who's the winner.

Sinis dia berkata dalam hati.





Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now