14.

27.4K 722 7
                                    

"ASSALAMUALAIKUM Uncle, Aunty" Sebaik sahaja tiba di hadapan rumah Uncle Stefan, Aiden terus memberi salam.

"Waalaikumussalam Aiden, Wardah. Jemputlah masuk" Seorang wanita yang ayu memakai tudung tampil menjemput mereka berdua masuk. Wardah dan Aiden menyalam tangan wanita tua tersebut dengan sopan.

"Mana yang lain Aunty Anis? Senyap je ruang tamu ni?" Aiden meliarkan pandangannya kesekeliling ruang tamu rumah.

"Dia orang semua ada game dekat swimming pool sana, kalau nak tengok pergilah sana. Tapi game budak-budak yang sebaya Eric lah" Aiden mengangguk.

Wardah pula dari tadi hanya membisu. Dia janggal.

"Wardah sihat? Macam mana rasa nak jadi ibu ni?" Soal Aunty Anis dengan ramah. Ini kali kedua dia bertentang mata dengan Wardah.

Dia mengerti jika Wardah berasa janggal.

"Alhamdulillah, excited sikit" Ringkas sahaja jawapan yang diberikan kepada Aunty Anis.

Dia cuba menyesuaikan diri dalam suasana yang penuh kejanggalan ini.

"Aiden, Wardah. Makanlah dulu sementara tunggu Irene ambil kek" Pelawa Aunty Anis dengan senyuman yang sentiasa menghiasi bibir merahnya.

"Kau pergi dulu, aku ada hal sikit" Bisiknya perlahan pada Wardah yang berdiri disisinya.

"Tapi saya segan" Bisik Wardah pula.

"Jangan mengada, ni rumah keluarga kau jugak" Nadanya berubah keras. Matanya membuat isyarat supaya Wardah pergi.

Ni rumah keluarga kau jugak.

Ni rumah keluarga aku?

Lega sikit hatinya mendengarkan itu cuma dia masih segan. Faham dengan isyarat mata yang diberikan oleh Aiden, dia terus berlalu.

Langkahnya diatur kearah meja panjang yang menghidangkan berberapa barisan makanan ringan dan berat. Makanan barat seperti pasta dan makanan Malaysia seperti nasi briyani kelihatan menaikkan nafsu makannya.

Perutnya disentuh perlahan.

Jom kita melantak puas-puas, sayang.

-

"SERONOK tengok Aiden dengan Wardah bahagia" Belakang lehernya digosok perlahan. Sebaik sahaja Wardah berlalu ke ruang yang menempatkan makanan, dia terus kembali kepada niat asalnya.

Iaitu ingin meluahkan dan meminta sedikit nasihat daripada Aunty Anis. Wanita tua itu sudah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri.

"I have no idea why im being like this. It's sucks" Luahnya dengan nada kesal.

"Tuhan dah buka hati Aiden untuk terima dia kot?" Aiden memandang Aunty Anis.

"Tapi Aunty, Wardah tak cintakan Aiden!"

"You dah tanya dia ke?"

"Aiden dah buat macam-macam, Aunty. Aiden seksa jiwa dan raga dia"

"Impossible dia nak cintakan lelaki kejam macam Aiden ni" Wajahnya diraup.

"Aunty dah pesan banyak kali, hati-hati. Sekelip mata je Allah boleh bolak-balikkan hati kita ni. Apa yang Aunty boleh cakap, you bincang elok-elok dengan dia. Jangan memaksa"

"Kalau dia tak cintakan Aiden macam mana?" Aunty Anis mengusap lembut bahu anak saudaranya. "Cuba dan cuba lagi. Buat dia jatuh cinta dengan Aiden. Jangan putus asa, minta bantuan Allah"

Wardah Arinna ✓حيث تعيش القصص. اكتشف الآن