18.

22.1K 616 5
                                    

UWAIS berdiri tegak dihadapan papan tanda yang bertulis nama pemilik rumah kampung yang separuh moden dan separuh tradisional dihadapannya itu. Sehelai kertas yang sudah berubah warna kekuningan coklat itu dipandang bergilir-gilir dengan papan tanda tersebut.

Rasanya alamat ni dah betul.

Haji Mohd Hanafiah Bin Sudin.

Hajah Rushdiah Binti Badrulhisyam.

Tengok saja nama, Uwais menghela nafas lega. Sudah masuk hari kedua dia menjejakkan kaki di Negeri Sembilan ini namun baru hari ini dia menemukan kampung dimana rumah Ustaz Hanafiah terletak.

Tanpa membuang masa, beg sandangnya dibetulkan lalu dia melangkah ke rumah Ustaz Hanafiah.

"Assalamualaikum.." Uwais menegur lelaki tua yang sedang membaca surat khabar sambil bersila diatas pangkin.

"Waalaikumussalam. Nak cari siapa?" Lelaki tua tersebut memandang Uwais. Cermin matanya yang melorot dibatang hidungnya dibetulkan supaya dapat mengecam wajah Uwais dengan jelas.

Kacak. Satu perkataan yang lelaki tua itu boleh huraikan buat Uwais.

"Saya nak cari Ustaz Hanafiah" Uwais mengukirkan senyuman nipis melihat dahi lelaki dihadapannya ini berkerut-kerut. Dia sendiri pun ingat-ingat lupa wajah milik Ustaz Hanafiah.

Tetapi firasatnya kuat mengatakan bahawa lelaki tua yang berdiri dihadapannya ini merupakan Ustaz Hanafiah.

"Ye, Ustaz lah yang bernama Hanafiah. Nak ni siapa?"

"Uwais"

"Uwais mana ya? Maaflah Ustaz ni dah tua, ingat-ingat lupa"

"Anak arwah Kamil" Muncul sahaja tiga perkataan itu dari mulut Uwais, automatik lelaki tua tersebut senyum lebar.

"Lailahailallah, Naufal rupanya. Ingatkan anak mat saleh mana tadi datang" Uwais membalas pelukan Ustaz Hanafiah sambil tersenyum lega.

"Lama dah Naufal tak jenguk abah dekat sini. Dah besar dah kamu ya. Makin kacak pulak tu. Ni Ina tak ikut sekali ke?" Ustaz Hanafiah menepuk bahu Uwais lalu menjemputnya masuk kedalam rumah.

Uwais tertawa kecil. Ada-ada je Ustaz Hanafiah ni. Ina yang dimaksudkan Ustaz Hanafiah tadi merujuk kepada Wardah.

"Tak. Ina ada dekat rumah" Jawab Uwais dengan ringkas.

"Jemput duduk.."

"Yah! Buat air, ni ada tetamu datang!" Laung Ustaz Hanafiah kepada isterinya yang berada didapur.

"Mak kamu mesti gembira tengok kamu datang ni" Uwais hanya ketawa kecil.

"Ni kenapa tiba-tiba tergerak hati nak datang sini ni?"

"Naufal nak minta tolong abah sikit" Ustaz Hanafiah mengangguk.

"Abang, siapa ni?"

"Cuba tengok betul-betul" Isteri Ustaz Hanafiah menghentikan perbuatannya yang sedang menuang teh didalam cawan kemudian dia menilik wajah Uwais dengan teliti. Macam pernah nampak?

Wardah Arinna ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang