49

13.2K 323 0
                                    

"ABANG!" Wardah melambaikan tangannya ke udara apabila ternampak susuk tubuh Uwais yang seperti tercari-cari sesuatu.

Dengar sahaja suara lembut adiknya, Uwais terus melangkah dengan laju. Tiba disitu, tubuh Wardah yang berisi dipeluk penuh kasih sayang.

"So how are you?" Uwais melabuhkan punggung dihadapan Wardah.

"Alhamdulillah, sihat je. Abang dengan company arwah papa macam mana?" Senyuman manis tidak lekang dibibir Wardah. Seronok betul hati dia dapat jumpa Uwais.

"Abang pun sihat je. Company pun okay je, makin ramai nak berkerjasama dengan company arwah papa. Oh ya, Aiden mana?"

Perbualan mereka terbantut seketika apabila Tania datang untuk mengambil order. "Minum Puan?"

Pelbagai persoalan yang terlintas diminda Tania apabila terlihat Wardah sungguh mesra dengan lelaki dihadapannya. Namun, dia takut untuk bertanya. Bimbang dirinya akan dipecat sekali lagi.

"Green tea"

"Kat sini air apa yang best?" Uwais menyoal Tania namun matanya tidak lepas memandang menu yang disediakan.

"Milky macha tea, this is our new flavour" Wardah mengangguk, lepas ni dia nak try yang baru tu pulak. Dengar macam sedap.

"It's okay, just give me apple juice" Tania mencatat dan bertanya semula.

"Makan?"

"Nasi lemak sambal sotong" Tania tersengih.

"Puan ni, dari haritu nasi lemak sambal sotong. Tak bosan ke?" Wardah hanya tergelak kecil sebelum menjawab.

"Ni anak saya yang nak makan. Bukan saya" Tania hanya membalas dengan sengihan sahaja. Kemudian, pandangannya beralih kepada Uwais pula.

Apabila Uwais mengangkat sahaja mukanya, Tania seperti terpaku dengan mata hazel milik Uwais.

"Maccaroni sambal tumis" Uwais mengerutkan keningnya apabila mata Tania yang memandangnya tidak berkelip langsung.

Petikan jari dihadapan wajahnya berjaya menyedarkan dia dari lamunan. "Ah, yes sir?"

"Maccaroni sambal tumis" Laju Tania mencatat kemudian berlalu ke dapur.

"Unik lah cafe ni kan? Tak pernah abang dengar maccaroni sambal tumis" Wardah mengangkat bahunya. Zaman sekarang macam-macam jenis makanan ada. Nasi goreng strawberry lah apalah.

"Entah Abang Aiden tu. Dia memang sukakan keunikan" Tanpa Wardah sedar, dia telahpun terlepas cakap.

"Apa kena mengena dengan Aiden?" Uwais mendekatkan wajahnya sambil menjongket sebelah keningnya kepada Wardah.

Bila diteliti wajah adiknya, sedikit sebanyak Uwais dapat melihat perubahan yang ada diwajah adiknya dengan lebih dekat. Semakin jelita, malah semakin dewasa.

"Abang Aiden tak ada bagitahu apa-apa eh?" Uwais menggeleng

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Abang Aiden tak ada bagitahu apa-apa eh?" Uwais menggeleng. Asal bertemu empat mata dengan Aiden, hanya perihal adiknya dan syarikat sahaja yang mereka bualkan. Yang lain-lain, Uwais malas mahu masuk campur.

"Ni cafe dia-" Kata-kata Wardah dipotong laju oleh Uwais.

"Tapi kenapa sweet roses western cafe?"

"Dia kata tu sempena nama Wardah yang membawa maksud mawar merah" Terangguk-angguk kepala Uwais. Patutlah pekerja tadi macam dah lama kenal dengan Wardah.

Mereka berdua berbual kosong sehingga salah seorang pekerja di cafe itu menghantar pesanan di meja mereka.

"Enjoy your meal Puan, Tuan" Dulang diletakkan didada kemudian dia menundukkan badan sedikit kepada mereka berdua. Budaya baru yang diajar oleh Aiden melalui group didalam whatsapp.

"Abang, adik nak pergi-Allah!" Wardah melekapkan kelima jarinya didadanya. Serta-merta wajah suami kesayangannya terbayang diminda.

"Adik? Adik okay tak?" Uwais memanggil pekerja di kaunter untuk membersihkan air yang tertumpah kelantai akibat tidak sengaja ditepis oleh Wardah sewaktu wanita itu mahu berdiri.

"Ha? Adik o-okay" Dia duduk semula diatas kerusi, tidak jadi mahu ketandas kerana bimbang akan suaminya.

Lantas itu dia mencapai telefon lalu mendail nombor suaminya. Tetapi panggilannya tidak terjawab. Kali kedua pun sama.

"Adik call siapa? Cemas semacam je?"

"Abang Aiden. Wardah rasa tak sedap hati lah" Telefon diletakkan diatas meja semula. Riak wajah kerisauan ditayangkan dihadapan Uwais.

"Adik ni, jangan fikir bukan-bukan. Tak elok untuk baby. Jangan risaulah, dia dah besar tahulah dia nak jaga diri sendiri" Tenang Uwais memujuk Wardah.

"Tapi-"

"Wardah Arinna, dah lah tu. Makan cepat nanti boleh balik cepat" Wardah akur.

--

"MENGALAH jelah Ilya, dia dah bahagia"

Ilya memicit kuat kepalanya yang berdenyut-denyut. Giginya diketap kuat. Matanya merah berair.

"Tak! Aku takkan mengalah!" Kakinya menendang selimut diatas katil.

"Kau dah kalah dah pun"

"No! Aku belum kalah! Aku takkan kalah!" Dia menekup kedua belah telinganya pula sambil melawan bisikan suara entah dari mana pun dia tidak tahu.

Tiba-tiba matanya terpandang cermin meja soleknya. Ilya menyengetkan kepalanya sambil merenung wanita bertudung labuh didalam cermin itu. Rupa wanita itu mirip dengannya. Cuma wanita itu kelihatan lebih suci darinya.

"Kakak, adik datang..."

Ilya terus bergerak ke arah cermin itu sambil matanya tidak lepas merenung wajah suci itu. Berdiri sahaja dihadapan cermin itu, mata Ilya terus berkaca semula.

"Adik..." Wanita suci itu tersenyum manis sambil melekapkan jarinya kecermin kaca itu. Begitu juga Ilya.

"Adik rindu kakak..."

"Kakak pun rindu adik"

"Kakak jangan jadi macam ni. Allah murka, kakak"

Mata Ilya terus mencerlung tajam wajah adiknya. "Diam! Aku tak percaya Dia lepas Dia rampas kau dari aku!"

Selepas adik kembarnya, Tengku Irha Qasrina maut kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya, dia terus berubah secara mendadak. Malah, Tuhan yang wajib disembah pun dia langsung tidak mempercayaiNya. Dia tidak dapat menerima takdir bahawa adik kembar kesayangannya sudah tiada.

"Astaghfirullahalazim, kakak. Bertaubatlah kak selagi masih ada kesempatan. Adik sayang kakak"

"Kau jangan nak ajar aku! Aku tak akan bertaubat selagi dendam aku tidak terbalas! Aku nak Aiden mati! Mati!" Barang yang ada diatas meja solek itu terus ditepis lalu jatuh berselerak di lantai.

Pasu bunga yang diperbuat daripada tembikar itu dicapai kemudian dilempar ke arah cermin sekaligus menghilangkan bayangan adik kembarnya.

"Arghhhh!!" Dan dia terduduk dilantai sambil melayan perasaan.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now