52

15.2K 344 4
                                    

WARDAH memusingkan badannya menghadap Aiden apabila Noah mula merengek selepas diusik Aiden. Noah kini sudah berusia 1 tahun setengah. Sekejap sahaja anak mereka sudah lanjut usianya.

"Abang ni! Tak ada kerja eh?! Tengok tu dah menangis dia!" Tegur Wardah bersama tamparan dilengan Aiden. Noah yang sedang menangis itu didukung lalu diletakkan diatas ribanya. Bajunya diselak sedikit keatas untuk menyusukan Noah. Selepas itu barulah keadaan bertukar aman sikit kerana Noah mula lena diatas riba ibunya.

"Sayang, you know what...abang kena pergi Johor dalam seminggu untuk settlekan projek dekat sana"

"Jadi?" Balas Wardah dengan selamba, rambut tebal anaknya digentel-gentel lembut.

"Of course lah abang rasa berat nak tinggalkan Wardah dengan anak kita!" Tertawa kecil Wardah dibuatnya.

"Apa abang ni! Abang pergi sana nak buat kerja kan? Seminggu tu sekejap je pun"

"Tapi abang tetap akan rindukan sayang and our son.." Wardah menggelengkan kepalanya. Pelik betul dengan perangai suaminya yang tiba-tiba mengada semacam.

"Ha! Apa kata kita pergi sana bertiga? Untung-untung dapat juga kita pergi Desaru!" Cadang Aiden. Wardah berfikir sebentar sebelum menganggukkan kepalanya.

"Wardah ikut abang jelah" Dia pun bosan duduk dirumah, mahu ke cafe Aiden melarang kerana Noah masih kecil dan memerlukan perhatian ibunya. Jadi dia hanya setuju dengan tawaran Aiden.

"Abang..sejak dua menjak ni kan, Wardah rasa tak sedap hati la.." Rungut Wardah dengan cebikan di bibirnya. Noah diletakkan didalam baby cot kemudian dia duduk bersila disebelah Aiden.

"Sayang jangan fikir bukan-bukan boleh tak? Banyakkan berselawat biar hati tu tenang"

"Okaylah..tapikan bang, kalau saya dah tak ada nanti..abang nak kahwin lain tak?" Entah kenapa, soalan itu tiba-tiba terkeluar dari mulutnya. Tapi bagus juga dia tanya awal-awal. Mana tahu ajal dia lebih awal.

"Eh mestilah! Lelaki mana yang taknak! Rugi betul kalau dorang menolak!" Wardah menggulingkan matanya keatas. Urghh! Men!

Aiden tergelak besar melihat wajah cemberut isterinya. Ha itulah tanya lagi soalan macamtu! Sindirnya didalam hati.

"Abang ni! Betul-betul lah!"

"Betul-betul lah tu" Kata Aiden dengan niat ingin mengusik isterinya. Pipi Wardah dicubit sebelum kedua belah pipi itu ditekup lembut. Mata Wardah ditenung sedalam mungkin.

"Abang, Wardah tak kisah kalau abang nak kahwin lain..Wardah faham, abang perlukan seseorang disisi abang untuk uruskan Noah dan makan, pakai minum abang..Wardah izinkan demi Noah tapi! Perempuan tu mesti terima abang dengan Attar bukan sebab duit! Wardah taknak Noah terabai!"

"Sayang, listen here..tak ada siapa yang dapat gantikan tempat Wardah dalam hati abang. Biarlah beribu perempuan yang baik datang dekat abang, abang takkan jatuh hati dengan dorang. Now, jangan fikir pasal tu lagi. Abang tak sedia nak kehilangan sayang lagi. Abang belum habis nak tebus semua kesalahan abang pada Wardah. Okay?" Aiden mencium bibir Wardah sekilas.

"Tapikan sayang.." Wardah mengangkat kening sebelah kanannya.

"Kalau sayang dah bagi lampu hijau, apa salahnya!" Aiden tergelak besar sekali lagi. Pipi Wardah dicubit geram.

——

BAGASI yang tersusun ditepi pintu itu diangkat kemudian diletakkan didalam bonet kereta. Seperti rasa diperhati, Aiden menghalakan pandangannya kesekeliling kawasan rumah agamnya dan matanya tertancap kearah kereta volkswagen beetle berwarna merah disebelah pokok mangga.

Baru sahaja kakinya mahu melangkah ke arah volkswagen merah itu, isterinya sudah melaung namanya dari dalam rumah. Rasa curiga itu juga segera ditepis dari benaknya.

"Kenapa ni?"

"Jom sarapan dulu, lepastu baru kita gerak" Ajakan Wardah dibalas dengan anggukan sahaja.

Selesai bersarapan, mereka bertiga terus bertolak ke Johor. Semasa dalam perjalanan, Noah tidak membuat perangai. Anak kecil itu hanya senyap sambil menghisap putingnya. Aiden hanya tenang memandu tetapi mindanya tidak berhenti berfikir tentang kereta volkswagen beetle berwarna merah yang sedang mengikuti keretanya dibelakang. Sesekali matanya memerhati kereta itu melalui cermin disisi keretanya. Dia tidak mahu Wardah risau tentang hal ini.

"Abang, nanti berhenti dekat RNR kejap tau. Wardah nak terkucil ni"

Berhenti sahaja di RNR, terkocoh-kocoh Wardah keluar dari kereta dan berlalu ketandas. Noah yang sudah terlentok didadanya diserahkan kepada Aiden. Tergeleng kepala Aiden melihat isterinya yang kelam kabut itu. Tanpa membuang masa, Aiden terus mencapai telefonnya untuk membuat panggilan.

"Hello Boss! Wassup!? Ada job ke?"

"Aku tengah on the way ke Johor ni and ada kereta volkswagen beetle warna merah follow. Aku nak kau siasat siapa yang drive kereta tu lepastu apa yang dia nak" Arah Aiden sambil matanya memerhati kereta volkswagen merah yang terparkir jauh sedikit dari keretanya.

"Nombor plat kereta ?"

"WI 1608 Q"

"Okay boss, saya akan siasat secepat mungkin. Boss relaks je dekat sana"

"Pastikan A.S.A.P eh, upah nanti aku bagi macam biasa. Geraklu" Talian diputuskan oleh Aiden.

"Bodoh. Tak pandai buat kerja" Gumamnya perlahan. Sindiran itu ditujukan khas buat pemandu volkswagen itu . Senyum sinis diukirkan.

Kebetulan Wardah sudah selesai menguruskan halnya, jadi Aiden memandu semula keretanya ke Johor.

Tiba sahaja dihotel yang dibooking awal-awal melalui Trivago, Aiden segera mengejut isterinya yang sudah terlena. Mereka bertiga terus menapak ke bilik untuk merehatkan badan. Lengan dan kaki Aiden juga sudah lenguh kerana memandu terlalu lama.

Sementara itu,

Seorang perempuan memandang tajam kereta Aiden yang terparkir di carpark kawasan hotel itu. Setelah menjumpai parkir yang terdekat, dia terus check in hotel yang sama dengan Aiden dan Wardah.

Masuk sahaja kedalam biliknya, dia menghempaskan tubuhnya keatas tilam lalu tersenyum penuh makna.

"Soon Aiden, soon..aku tak akan pernah mengalah untuk membalas dendam" Handbagnya dicapai lalu pil yang menjadi penemannya ditelan tanpa meneguk sedikitpun air.

Matanya dipejam kerana letih memandu. Esok dia akan menjalankan misi membalas dendamnya.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now