29.

16.1K 493 5
                                    

WARDAH mengiringkan tubuhnya kekiri dan kekanan kerana perutnya berkeroncong hebat.

Menyesal?

Mestilah, menyesal.

Menyesal sebab tak dengar cakap syurga dia tadi.

Itulah kau Wardah, merajuk tak kena masa. Kan dah mendapat.

Terbit keluhan dibibirnya.

Akhirnya dia baring mengiring kekiri menghadap Aiden yang sedang nyenyak tidur. Mentang-mentang perut dah kenyang, hati senang, tidur pun berdengkur. Tenang sahaja wajahnya, langsung tidak terganggu dengan pergerakan Wardah yang tidak reti duduk diam itu.

"Abang..." Jari jemari runcingnya naik menyentuh lembut rahang Aiden yang sudah mula ditumbuhi bulu-bulu halus. Sengaja nak kacau Aiden yang kelihatan agak lena dengan tidurnya.

"Abang!" Dengan sekali jeritan nyaring betul-betul ditelinga, Aiden terus bangun secara mengejut.

"Kenapa ni?! Sayang okay tak?! Nak pergi hospital?!"

Muka dah risau habis, tangan dah berkeliaran ditubuh Wardah. Tubuh Wardah ditilik dengan cemas dari atas kebawah. Kemudian kedua tangannya naik menyentuh kedua pipi Wardah.

"Sayang okay ke tak ni?" Soalnya perlahan. Wardah hanya terkebil-kebil memandang wajah Aiden yang kelihatan sungguh risau. Rasa bersalah itu ada tapi rasa nak gelak pun ada jugak.

"Okay je.."

"Dahtu kenapa terjerit-jerit tengah malam ni?" Tangan yang berada dipipi Wardah tadi terus dialihkan keribanya pula. Suaranya perlahan namun terselit nada dingin disitu. Dia punyalah risau pasal Wardah tapi Wardah boleh pulak bagi jawapan 'okay je'.

"Lapar" Terhasil rengekan kecil dari bibir Wardah. Bibir dimuncungkan dan matanya dibulatkan. Fikir comel lah?

"So?" Aiden menyilangkan tangannya kedada bidangnya sambil matanya tidak lepas memandang Wardah dengan muka sengaja diketatkan macam orang tiada perasaan. Tadi orang ni suruh makan mengada nak merajuk, sekarang sibuk cari orang ni sebab lapar.

"Jom teman Wardah makan" Dengan itu Wardah terus berdiri lalu lengan Aiden dicapai dan ditarik supaya Aiden bangun. Tapi apa yang Aiden buat hanyalah mengeraskan badannya.

"Abang, jomlah"

"Abang cakap apa tadi? Jangan cari abang kan? Dah abang nak tidur" Dia meleraikan pautan tangan Wardah, selimut ditarik hingga keparas dada kemudian dia terus memejamkan mata.

Dia langsung tidak mempedulikan pandangan isterinya yang bermaksud sampai-hati-abang. Apa dia ingat hati kita ni ada kaki ke nak sampai-sampai ni? Tapi dia buat semua ni bukan sebab tak sayang. Sebab dia sayanglah dia buat macam ni.

Air mata mula bertakung ditubir mata Wardah. Aihh! entah kenapa sejak dua menjak ni mood dia tidak menentu, sekejap rasa nak marah sekejap rasa sedih.

Lihatlah semasa mereka makan malam tadi, Wardah langsung tidak takut dengan Aiden versi lama malah siap melawan lagi. Tetapi tengah malam ni mulalah cari Aiden bila lapar. Dan bila Aiden buat tak endah, dia terus rasa sebak macam nak menangis.

Manik-manik jernih yang mengalir tanpa dia sedar, diseka perlahan dengan menggunakan belakang tapak tangannya. Dia cuba untuk berhenti menangis tetapi setiap kali dia mencuba, perasaan sebak itu semakin bertambah. Belakang tubuh Aiden dipandang sayu sebelum menapak keluar dari bilik mereka.

Buat apa nak tunggu lagi ? Perut dia sudah buat konsert black metal.

Ruangan dapur ditujunya. Almari dapur yang menempatkan makanan ringan seperti biskut, maggie dan ramen dibuka. Pipinya digaru perlahan.

Biskut dah habis dia bedal hari itu, maggie pun sama dan sekarang ni yang tinggal hanyalah ramen cheese. Sudah tiada pilihan lain, melainkan dia sanggup berlapar hingga ke siang. Nak masak makanan berat, malas pula. Jadi nak tak nak terpaksalah dia telan ramen dua bungkus.

Selesai sahaja sesi memasak ramen, dia menunggu ramen itu sejuk dahulu sambil itu kek coklat dan cheese yang dibeli di Secret Recipe dua hari yang lalu dijamahnya.

Fikirannya menerawang memikirkan tentang kejadian kes langgar lari dan juga kes tembakan itu. Dia berasa kedua-dua kes itu seperti ada kaitan. Tidak mungkin semua itu berlaku secara kebetulan.

Kereta yang melanggarnya dua bulan lepas dan kereta yang dipandu oleh orang yang menembaknya kelihatan serupa.

Puas dia cuba mengingati siapa yang tidak puas hati dengannya tetapi gagal. Tetapi ada kemungkinan juga, ianya ada kaitan dengan suaminya? Dan dia hanyalah mangsa keadaan.

Ilya. Nama itu tiba-tiba terlintas difikirannya. Sewaktu dia terlibat dalam kemalangan hari itu, Ilya ada disitu. Tetapi dia tidak mahu menuduh secara melulu tanpa sebarang bukti.

Wanita itu pun sudah lama tidak munculkan diri dihadapannya. Mungkin juga dia sudah boleh terima takdir bahawa jodohnya bukan dengan Aiden, tetapi dengan lelaki lain.

Sedang asyik dia termenung sambil tangan tak berhenti menyuap kek kedalam mulutnya, tiba-tiba ada satu tangan melingkar dipinggangnya dari belakang. Terkejut itu tidak usah dikata. Jantungnya yang tenang sebentar tadi mula berubah rentak menjadi laju.

"Sayang.." Wardah tidak menyahut malah langsung tidak berpaling kebelakang memandang gerangan yang memanggilnya sayang tadi.

Merajuk!

Ramen yang kelihatan sudah sesuai untuk dijamu terus dimasukkan kedalam mulut. Aiden yang berada dibelakang Wardah hanya mampu melopongkan mulutnya.

"Banyaknya sayang makan!" Kini kedudukannya sudah berubah. Aiden menarik kerusi lalu melabuhkan punggung dihadapan Wardah. Dia memerhati Wardah makan. Amboi, macam tak makan sebulan je gamaknya.

"Ni betul ke isteri abang? Ke saka dia?" Wardah menghempas kasar sudunya diatas pinggan. Matanya tajam menikam wajah Aiden yang sudah tersengih-sengih seperti tiada apa yang berlaku. Geram je tengok wajah Aiden yang selamba itu, langsung tiada rasa bersalah.

"Diam boleh tak? Orang nak makan pun tak senang. Pergilah tidur sana! Tadi kata nak tidur sangat!" Gelas yang berisi jus oren itu dicapai kemudian diteguk kasar. Hilang terus selera dia bila tengah syok rasa nikmat makan ramen ni diganggu dengan kehadiran Aiden.

"Garangnya.." Wardah menjeling Aiden tajam.

"Tak adalah, abang rindu je kat sayang" Tersengih-sengih dia pandang Wardah. Tak sampai hati pula tengok air mata isteri dia yang mengalir tadi.

"Heh, tadi kata jangan cari abang lah apalah. Sekarang siapa yang cari siapa?" Sindiran Wardah berjaya membuatkan dia tersentap sendiri. Tapi segera dia kawal dengan sengihan.

Takkan nak mengalah dengan Wardah? Oh no, dia ni lelaki kut. Ego kena pelihara.

"Eleh, tadi orang tu yang cari kita dulu"

"Mana ada!" Wardah menafikan sekeras-kerasnya tetapi itulah hakikatnya.

"Elelele, taknak ngaku pulak" Memang sengaja Aiden mengusik Wardah. Bibirnya mengukirkan senyum nakal.

"Diamlah! Abang habiskan ramen ni sorang-sorang! Wardah nak tidur!"

Malas dia nak layan Aiden.Padan muka dia kena habiskan ramen Wardah. Tu pun nasib baik tinggal sikit kalau banyak lagi?

Hm membazir, membazir.

Tak berkelip Aiden pandang belakang tubuh Wardah yang semakin lama semakin menjauh. Setelah Wardah hilang dari pandangannya, rambutnya diserabaikan.

"Haihh, nasib kau lah Aiden. Gatal sangat nak usik bini kau" Monolognya sendiri. Saki baki ramen yang tinggal sedikit isinya ditenung sebentar kemudian keluhan kecil terlepas dari mulutnya.

"Pandai-pandailah kau nak pujuk bini kau macam mana nanti, Aiden.."

Ramen itu terus dijamah dengan hati yang tidak rela. Sayang punya pasal...








Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now