Bab 5

25.1K 1.3K 50
                                    

Ayna, Wani, Qila, Afi, Aril, Nasrul, Dany, dan Iyan dah berada di tempat biasa pada waktu rehat.

"apahal yang nak berkumpul ni?" Tanya Afi.

"ada misi petang ni." jawab Nasrul.

"Aduhhh, baru ingat petang ni nak lepak." jawab Dany.

"kau ni takde kerja lain ke?" tanya Wani sinis.

"papa bagitau apa dekat kau pagi tadi?" tanya Nasrul kepada Ayna

Mereka berlapan dah biasa ber'kau' 'aku' walaupun umur mereka beza 2 tahun.

"polis bagitau papa yang penculik tu dah beri keterangan. Orang yang upah penculik tu, Dato Firman. Papa nak kita siasat siapa Dato Firman ni, cari alamat rumah dia, dan siasat apa plan dia lepas ni. So petang ni semua datang bilik operasi. Naik superbike. Lepas dapat maklumat, kita terus pergi rumah dia." terang Ayna.

"ok." jawab mereka serentak.

Tiba2, Sofea dan Alya berjalan di kawasan tersebut, dan memerhati mereka. Dany yang ternampak mereka berdua, terus memberi tahu Ayna, Qila dan Wani

"korang." panggil Dany

"asal?" tanya mereka bertiga.

Dany memberi isyarat supaya melihat ke sebelah kiri. Mereka bertiga toleh ke kiri, dan ternampak Sofea dan Alya sedang memerhati mereka dengan muka tidak puas hati.

"nak cari gaduh la tu." kata Wani sinis.

"korang boleh tahan eh diorang dok kutuk, keji korang. Dah la kutuk benda2 yang salah." tanya Iyan.

"tak lama dah tu. Kadang2 penat juga asyik membohong je." balas Ayna.

"apa kata korang bagitau je. Penat la kitorang tengok." kata Aril

"Ada terfikir juga nak bagitau. Tengah tunggu masa yang sesuai." kata Qila.

"si Syafiq tu ada cari pasal dengan korang lagi ke?" tanya Afi

"ada je. Tapi, hari ni dia tak cari gaduh la pula." kata Ayna. Eh jap. Baru teringat harini dia tak cari gaduh langsung.

"aku rasa, dia takut nak cari pasal. First, dia takut makan penumbuk lagi. Second, dia takut terkena tangan Ayna." kata Wani

"korang dah pernah tumbuk dia ke?" tanya Nasrul dengan terkejut.

"akak kau tu la. Bagi penumbuk sekali. Sampai nak terjatuh si Syafiq tu." kata Wani.

"kau tau tak dia kutuk mama dengan papa. Memang nak mati la." ujar Ayna dengan nada marah

"dia kata apa?" tanya Nasrul dengan muka ingin tahu.

"dia kata, kitorang busuk. Yang tu aku tak kesah. Yang pasal aku bagi penumbuk tu, dia kata mesti mama dengan papa busuk sekali. Sebab tu aku busuk. Tu pasal dapat makan penumbuk." terang Ayna.

"dia memang nak mati." kata Aril.

"eh jap, Syafiq yang korang cakap ni, bukan anak sulung Tengku Aiman ke?" potong Afi.

"dia ke?"tanya Iyan.

"hmm. Masa aku bagi penumbuk tu, pagi sebelum keterangan. So mana la aku tau dia yang kita kena protect." ujar Ayna.

"memang patut pun kau bagi dia makan penumbuk. Jenis orang tak sayang mulut." ujar Dany.

"tu baru sikit, kemarin dia buat kes. Dia cengkam tangan Ayna sampai menitik darah kat lantai." kata Qila

"dekat tangan kena tembak haritu ke?" tanya Afi.

"ye, tepat2 dekat luka tu. Tak pasal2 aku kena marah dengan doktor." ujar Ayna tidak puas hati.

Kring..

Tiba2, loceng berbunyi menandakan tamat waktu rehat. Mereka bersurai dan masuk kedalam kelas masing2.

Apabila Ayna, Qila dan Wani masuk ke dalam kelas, terdapat dua orang manusia berhati busuk sedang menunggu kedatangan mereka. Siapa lagi kalau bukan Sofea dan Alya.

"eh, korang buruk2 pun ada kawan lelaki juga. Dah la hensem, kaya pula tu. Tak kena la dengan korang. Korang tu buruk, miskin. Tak layak nak kawan dengan diorang." kata Sofea dengan nada yang tinggi.

"ada kitorang kacau kau ke?" tanya Qila. Wow..siap mengutuk lagi. Macam la kau tu cantik sangat.

"ada. Sebab kau dah menjatuhkan martabat diorang. Korang ni mana layak nak kawan dengan diorang, lelaki2 paling hot dalam sekolah ni." kata Alya. Tak sedar diri. Dah buruk tu, buruk la. Ada hati nak kawan dengan diorang. Kalau aku dengan Sofea takpe lah.

"kalau kita kawan dengan dengan diorang pun, takde kena-mengena dengan korang." kata Wani. Hish..sabar je lah.

"Ada kena-mengena. Macam la aku tak tau yang korang nak menjatuhkan martabat diorang. Korang kan buruk. Orang pun tak suka. So, korang nak buat bagi martabat diorang sama macam korang." kata Sofea. Mohon sedar diri la woi. Korang tu miskin.

"kau jangan nak tuduh benda2 yang tak logik. Ke kau ada hati dekat salah seorang daripada diorang?" tanya Ayna.

"memang ada pun. Aku suka dekat Tengku Nasrul Syafieq. Ada masalah?" tanya Sofea. Ayna, Qila dan Wani saling berpandangan dan ketawa kecil.

"so, kau suka dekat Nas?" tanya Ayna lalu ketawa.

"excuse me. Nas? Lawak apa kau buat ni? Kau tu tak layak nak panggil Tengku Nasrul, Nas. Dia tu Tengku. Hormat sikit." kata Sofea. Ketika ini, Syafiq berada di pintu hadapan kelas, dan terdengar perbualan mereka.

"Apa masalah kau? Selama ni aku panggil dia Nas, dia tak bising pun. Kau yang over lebih apahal? Tau la yang kau tak dapat nak rapat dengan anak2 jutawan idaman kau tu." kata Ayna. Ayna, Qila dan Wani meninggal tempat itu dengan perasaan Sofea yang sedang membara.

Syafiq berjalan dan duduk di tempatnya. Hairul dan Alid ternampak Syafiq, terus mengejutkan Syafiq dari belakang.

"woi!" jerit Hairul.

Syafiq sebelumnya berada di alam sendiri, terus kembali ke alam nyata.

"amboi bro. Jauh termenung. Teringat sape tu?" tanya Alif dalam masa yang sama memerli.

"banyak la kau." jawab Syafiq pendek.

"jap bro, harini kau tak kacau si kambing 3 ekor tu lagi kan?" tanya Hairul.

"ye tak ye juga. Harini kau macam badmood je. Asal?" tanya Alif pula.

"takde apa la. Aku malas nak gaduh harini." ujar Syafiq.

"ye ke? Ke kau rasa bersalah dekat Ayna pasal ke semalam?" kata Alif sambil tersenyum seperti kambing. Kata dekat orang kambing, kau sendiri yang senyum macam kambing.

"aku? Rasa bersalah? Memang tak la. Ni Tengku Syafiq la. Takde istilah rasa bersalah dalam hidup aku." kata Syafiq acah2 tenang.

"cakap pasal Ayna, tangan dia yang kanan tu luka pasal apa? " tanya Hairul.

"semalam, Wani cakap tangan dia kena tembak. Entah ye ke tidak." kata Alif.

Syafiq memandang ke arah Alif. Jap.. Tembak? Haritu Asya cakap perempuan yang selamatkan dia tu, tangan belah kanan dia kena tembak dengan penculik. Takkan Ayna kot.

Tiba2, Alya dan Sofea datang mendekati Syafiq, Alif dan Hairul.

"korang, tadi masa kitorang on the way masuk kelas, kitorang nampak 3 ekor kambing tu, lepak dengan budak2 hot form 3 dekat belakang bangunan."kata Alya.

"budak2 hot? Siapa pula ni?" tanya Hairul sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"alahh, yang 5 orang anak jutawan tu. Diorang tu pandai taekwondo dengan silat. Handal main pistol pula tu. Yang special, diaorang berlima masing2 dah ada lesen kereta dengan motor. Bukan setakat lesen, masing2 ada kereta sport dengan superbike sekali." puji Sofea.

SECOND STORY:
HELLO MISS NOVELIST

Jodoh Aku Ke? √Where stories live. Discover now