Bab 50

19.2K 882 28
                                    

Ayna memperbetulkan baju sekolahnya di hadapan cermin. Sikat rambut yang berada di meja cermin itu diambil lalu rambutnya disisip rapi.

Disebabkan rambut dia panjang, so lambat sikit nak kering and nak sikat. Rambut Ayna tak boleh guna hairdryer sebab rambut dia akan gugur. So kena tunggu je la..

"sayang!" kedengaran jeritan dari bilik closet. Ayna melepaskan nafas. Haih, dia ni mesti ada benda yang nak menyusahkan aku. Hehh..

"apa?" balas Ayna dengan nada malas sambil melihat bilik closet itu. Syafiq terus keluar dari bilik closet itu sambil wajahnya berkerut.

"baju abang mana?" soalnya sambil mengangkat sebelah kening. Syafiq keluar dengan memakai seluar sekolah tanpa seurat benang di badannya.

Walaupun Ayna selalu mengalami situasi 'Syafiq tak berbaju' tapi kali ni lain sikit. Dengan badan Syafiq yang masih basah dan rambutnya turut basah terjuntai di dahi membuatkan Syafiq kelihatan berlainan. Ayna terus memandang ke arah lain. Dia ni terlupa nak lap badan ke macam mana?

Syafiq tersenyum nakal. Dia tahu yang Ayna malu sekarang ini. Haih..Ayna2. Dengan aku pun kau nak malu. Syafiq berjalan mendekatkan dirinya dengan Ayna.

"sayang, dekat 9 bulan kahwin dengan abang, takkan malu lagi kot" ujar Syafiq lalu memeluk bahu Ayna. Satu kucupan dihadiahkan di pipi Ayna. Ayna hanya kaku. Dia cuma fikirkan cara untuk melarikan diri.

"mana ada saya malu. Dah la, saya nak ambil baju awak" kata Ayna lalu meleraikan pelukan lalu ingin berlalu ke bilik seterika, namun tangannya ditarik oleh Syafiq. Ayna terus dimasukkan ke dalam pelukan Syafiq. Dah la Syafiq tak berbaju! Sengaja nak kenakan Ayna.

"Syafiq!" marah Ayna. Syaiton betul. Aku punya la nak lari, dia pergi peluk aku pulak. Mati jugak kang mamat ni aku kerjakan.

"shutt..jap je. 5 minit." ujar Syafiq lalu mengetatkan pelukan. Ayna hanya membiarkan, kalau lawan sekalipun, bukannya aku boleh terlepas. Lagipun sekali sekala gembirakan hati suami.

Syafiq melepaskan pelukan selepas 5 minit berlalu. Bahu Ayna dipegang lalu matanya ditatap dengan penuh kasih sayang. Ayna hanya membalas tatapan mata Syafiq.

"sayang, abang nak berterima kasih sangat sebab muncul dalam hidup abang. I'm sorry if I not be a good husband to you" kata Syafiq bersungguh-sungguh. Ayna mengerutkan dahinya. Asal pulak ni. Sedih benor ayat.

"kenapa pula abang ni? Ni last chapter ke?" soal Ayna hairan. Syafiq tergelak kecil.

"tak lah, ada beberapa chapter lagi sebelum our story end. Walaupun nanti story ni akan berakhir, tapi cinta abang pada sayang takkan pernah berakhir walau sedikit pun. Ingat tu" ujar Syafiq lalu memicit perlahan hidup Ayna. Ayna tersenyum manis.

"saya tahu la. Dah2, saya nak pergi ambil baju abang. Karang lambat tak pasal2" balas Ayna lalu terus keluar dari bilik itu.

___________________________

Ayna mengikat rambutnya, manakala Syafiq pula sedang memperkemaskan bajunya. Walaupun tak dimasukkan ke dalam seluar. Syafiq memegang tali leher.

Syafiq memandang Ayna yang sedang mengemaskan rambutnya itu. Tiba2, dia mendapat idea. Lama aku tak kenakan dia. Rindu pula.

"sayang, tolong pakaikan" ujar Syafiq. Ayna menghela nafas lalu memandang Syafiq. Dia ni laa!! Tak boleh tengok aku senang kejap lah.

"pakai la sendiri. Macam la tak reti pakai" balas Ayna malas. Pakai tie pun nak suruh orang. Haih la dia nih. Syafiq memincingkan matanya memandang Ayna. Eh eh..melawan nampak.

"alaa..tolong la kejap. Permintaan suami ni" ok..nampaknya kuasa veto Syafiq dah keluar. Ayna mengetap bibir. Mula la tu nak guna kuasa dia. Haih..sabar je la.

Jodoh Aku Ke? √Where stories live. Discover now