Bab 11

23.4K 1.1K 11
                                    

Ayna berada di ruang tamu. Ketika dia sedang menonton drama kegemarannya, ada satu suara menegurnya.

"kak, mama nak tanya, boleh?" tegur Tengku Shahira. Ayna yang tadinya fokus menonton drama, memalingkan wajah ke mamanya yang berada bertentangan dengannya.

"boleh, apa?" tanya Ayna sambil tersenyum ikhlas.

"pasal permintaan nenda tu, Ayna setuju tak?" soal Tengku Shahira.

"sebenarnya, kak tak setuju nak kahwin, tapi niat kak sekarang ni cuma nak tolong keluarga Syafiq je." terang Ayna. Tengku Shahira tersenyum mendengar jawapan anak sulungnya itu.

"tapi ma, kenapa nenda nak akak kahwin dengan Syafiq?" tanya Ayna. Soalan itu sentiasa bermain-main dalam fikirannya.

"Sebenarnya, arwah nenek Syafiq kawan baik nenda. Memang dari dulu lagi diorang dah bersetuju nak satukan cucu diorang." terang Tengku Shahira.

"tapi kenapa akak ma?" soal Ayna kembali.

"Ayna sorang je cucu perempuan nenda. Yang lain semua lelaki. Nenda nak ada orang yang boleh jaga Ayna macam mana nenda jaga Ayna dulu." ujar Tengku Shahira.

"ok." kata Ayna pasrah. Ayna hanya menyerahkan segalanya kepada Allah S.W.T. Jika betul Syafiq ialah jodohnya, dia redha.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Majlis pertunangan Ayna dan Syafiq berjalan dengan lancar. Tarikh perkahwinan mereka hanyalah sebulan dari tarikh pertunangan. Ayna tidak seperti bakal pengantin yang lain, yang gembira menanti hari bahagia. Bagi Ayna, hari perkahwinannya hanyalah sebagai hari yang dapat dia menolong keluarga Syafiq dari jatuh miskin.

Pada malam majlis pertunangan itu, Ayna berada di dalam biliknya. Dia mengelamun di dinding biliknya sambil bermain-main dengan cincin tunang di jari manisnya. Nasrul yang ternampak kakaknya sedang mengelamun, dia berasa simpati. Nasrul masuk ke dalam bilik Ayna tanpa Ayna sedari. Nasrul duduk di sebelah Ayna, lalu menegur Ayna.

"kau pahal kak? Orang lain kalau bertunang, bukan main gembira. Tapi kau, macam sedih je." ujar Nasrul. Haih, kesian kau kak. Muda2 dah kena kahwin.

"diorang tu, tunang dengan orang yang diorang sayang. Aku? Kena kahwin dengan orang selalu cari gaduh dengan aku." kata Ayna lalu meraup perlahan wajahnya.

"sabar lah kak. Dah jodoh kau dengan dia. Nak buat macam mana." ujar Nasrul.

"aku takut Nas. Aku tak suka dia. Aku tak nak kahwin dengan orang yang aku tak suka. Tapi, aku kesiankan nenda. Dia tu baran kau tahu tak. Semua benda nak mengamuk, nak marah. Aku tak sedia lagi nak kahwin." kata Ayna, lalu meletakkan kepalanya di bahu adik tunggalnya.

"tak kan kau nak takut. Kau pandai silat, taekwondo. Kau ada pistol. Semua kau ada. Dan kau jangan lupa, yang aku dengan yang lain akan ada dengan walau apa pun yang jadi." pujuk Nasrul. Kalau si Syafiq tu buat apa2 dekat kau, tau la apa aku nak buat.

"thank you Nas." kata Ayna. Tengku Azrul berjalan di hadapan bilik Ayna, dan ternampak dua orang anaknya berada di dalam bilik. Tengku Azrul tersenyum lalu memasuki bilik Ayna.

"macam ni la anak2 papa. Kan bagus kalau dua2 baik macam ni dari dulu lagi. Takde la rumah ni bergegar dengar suara korang bergaduh." kata Tengku Azrul. Ayna dan Nasrul hanya tersenyum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ayna pergi ke sekolah seperti biasa. Disebabkan semalam dia tak dapat tidur, dia pergi ke sekolah dengan keadaan mengantuk.

Pagi itu, perhimpunan dibatalkan akibat hujan. Angin yang sejuk menyebabkan mata Ayna berat untuk dibuka. Sementara menunggu cikgu masuk ke dalam kelas, Ayna tidur dengan sangat nyenyak. Damia yang duduk di sebelah Ayna tak nak menganggu Ayna. Cikgu sejarag masuk ke dalam kelas. Damia kejutkan Ayna untuk bangun. Ayna terjaga dengan muka yang sangat penat.

"assalamualaikum cikgu." kata kesemua murid kelas 5 Alpha serentak.

"waalaikumussalam. Duduk." kata Cikgu Amin. Kesemua pelajar menurut kata guru mereka. Mata Cikgu Amin ligat memerhati gelagat anak2 muridnya. Matanya tertumpu kepada Ayna yang kelihatan sangat letih. Qila dan Wani mula risau apabila ternampak cikgu mereka sedang memerhati Ayna.

"Ayna, kenapa muka kamu letih sangat? Kamu buat apa semalam?" soal Cikgu Amin prihatin. Ayna yang tunduk, terus mengangkat kepalanya memandang cikgu.

"saya tak boleh tidur semalam cikgu." jawab Ayna jujur.

"kenapa? Kamu ada masalah ke?" soal Cikgu Amin lagi. Ayna hanya menggelengkan kepala. Syafiq memandang Ayna. Dia tahu yang Ayna tidak dapat tidur disebabkan majlis pertunangan mereka kemarin.

"kamu pergi cuci muka." arah Cikgu Amin. Ayna bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke tandas. Cikgu Amin yang memerhati Ayna dalam keadaan letih, memanggil Qila.

"Qila, kamu pergi teman Ayna." arahnya.

"ok cikgu." jawab Qila dan terus mengikut Ayna.

Apabila Qila sampai di tandas, kelihatan Ayna sedang menutup wajahnya dengan tangan sambil air paip mengalir. Qila menutup paip itu, lalu menengur Ayna.

"kau kenapa Ayna?" tanya Qila. Pagi2 dah mengantuk. Ada masalah ke dia ni?

"aq ok je. Aku just penat pasal pertunangan kemarin." jawab Ayna dalam keadaan mengantuk. Ya Allah, mengantuknya. Ni semua pasal si syaitan ni la!

"kau basuh muka. Nanti apa pulak cikgu cakap kalau kita lama sangat toilet ni." ujar Qila. Ayna mengangguk dan membasuh mukanya berkali-kali untuk menghilangkan mengantuk.

..........................................

Selepas waktu sejarah, ialah waktu rehat. Apabila Cikgu Amin keluar dari kelas, Syafiq, Hairul dan Alif mengambil peluang untuk menganggu Ayna. Syafiq, Alif dan Hairul pergi ke meja Ayna. Ketika itu, Ayna baru sahaja selesai mengemas barang2 nya.

"eh, kau saja kan nak tarik simpati cikgu. Cikgu..saya tak cukup tidur.." ejek Syafiq. Menyampah aku. Macam la kau bermaraton semalam sampai tak boleh tidur. Aku tidur sedap je. Siap extra jatuh katil lagi. Elok je datang sekolah mata terbuka.

"kesiannya tuan puteri kita ni. Mengantuk dalam kelas." ujar Hairul pula sambil membuat muka kesian.

"eh korang, jangan la cakap macam tu. Kesian dekat dia.." kata Alif konon2 membela Ayna.
Ayna hanya membiarkan mereka dan bangun untuk keluar rehat bersama Qila dan Wani. Qila dan Wani sudah menunggu Ayna di hadapan kelas. Tiba2, Syafiq memegang tangan Ayna.

"kau pekak eh? Ke kau jatuh terguling sampai bisu?" ujar Syafiq. Ayna melepaskan tangan Syafiq dari tangannya.

"kau pahal? Aku dah tolong kau, tak reti nak berterima kasih?" kata Ayna lalu keluar ke kelas untuk ke kantin bersama Qila dan Wani.

"terima kasih Tengku Alisya." jerit Syafiq. Hairul memerhati di dalam kelas, kelas mereka telah kosong.

"wei Syafiq, kau dah tunang ke dengan Ayna?" soal Hairul perlahan.

"ye tak ye juga. Hari tu kau cakap hujung minggu nak tunang. Maknanya, dia dah jadi tunang kau la kan?" soal Alif pula.

"ye la. Tu yang mengantuk je kawan korang tu. Acah2 penat lepas majlis kemarin." balas Syafiq.

969 words...

SECOND STORY:
HELLO MISS NOVELIST

Jodoh Aku Ke? √Where stories live. Discover now