Bab 29

19.9K 1K 5
                                    

Ayna dan Syafiq pergi melawat Sufian di hospital. Sepatutnya Ayna pergi dengan Qila dan Wani, tapi Qila kena jaga butik Tengku Azira, umi dia. Wani pula kena jaga adik dia dekat rumah. So Ayna ajak Syafiq teman. Tu pun bukan main susah nak pujuk. Siap ada syarat bagai. Kalau Ayna nak Syafiq ikut dia, Ayna kena panggil Syafiq abang. Abang kot. Geli dengar..tu pun diorang sempat gaduh sebelum pergi...

Flashback..

"Boleh kalau awak nak saya ikut..tapi, ada syarat."ujar Syafiq lalu mengangkat kening berkali-kali.

"syarat pebende pula. Apadia?" soal Ayna dengan nada malas. Bersyarat-syarat bagai. Aku ajak teman je kot.

"sayang kena panggil saya, abang." kata Syafiq lalu membuat muka bangga. Ayna mengerut dahi, lalu berpura-pura muntah. Abang? Eee, gelinya aku.

"abang? Eee, tak nak lahh. Tak kuasa nak panggil abang. Kita ni, sama umur tau. Dua2 17 tahun. Jangan nak perasan tua sangat." kata Ayna lalu menjeling Syafiq.

"sayang lahir bulan berapa?" soal Syafiq. Mohon jangan muntah Syafiq panggil Ayna sayang. Perangai miang dah datang. Acah2 sweet pulak dekat sini.

"bulan 4" balas Ayna. Tarikh lahir bini sendiri pun tak tahu. Konon2 sweet pulak.

"abang bulan 2. So abang lagi tua 2 bulan." ujar Syafiq lalu mengangkat kening berkali-kali. Ayna mencebik. Tangan di bahu. Mata diatas.

"2 bulan pun nak berkira ke?" soal Ayna lalu mengerut dahi. 2 bulan je kot..bukannye 3 tahun. Aril and the geng pun tak panggil aku kak. Dia ni nak aku panggil dia abang..ptuih

"nak suruh abang teman ke tak ni?" tanya Syafiq lalu memeluk tubuh. Ayna merengus kasar. Syafiq tersenyum. Hahaha. Best apa panggil abang. Nampak romantik sikit. Susah 'benor' nak dengar cakap orang.

"ok fine!" putus Ayna sedikit marah.

End flashback..

Pintu wad dibuka. Kelihatan Sufian sedang sedap melantak makanan. Macam orang sihat je.

"yo Ayna." sapa Sufian separuh jerit sambil mengangkat sebelah tangan. Nampak kasar, tapi sebenarnya mesra. Geng2 spy diorang, kalau jumpa je, akan angkat tangan. Benda wajib buat tu..

Ayna mengangkat sebelah tangannya. Syafiq hanya mengikut jejak Ayna.

"woo, bawak laki nampak..tau la dah kahwin. Tak payah la nak menunjuk-nunjuk laki kau" kata Sufian lalu mencebik.

"hek eleh. Tak kuasa aku nak menunjuk dekat kau. Dari aku menunjuk dekat kau, baik kau bagitau je media. Senang. Viral satu Malaysia." kata Ayna. Nampak, tak nak kalah.

"tau la famous pun.." balas Sufian lalu membuat muka.

"besa la, kita" kata Ayna bangga. Dah kembang tu. Syafiq menendang perlahan kaki Ayna. Ayna memandang Syafiq dengan muka 'kenapa'. Syafiq hanya menunjuk ke arah dirinya yang seperti tidak wujud. Ayna meng-o-kan mulutnya. Hahahah, lupa.

"kau la ni Sufi. Ni laki aku, Syafiq." kata Ayna memperkenalkan Syafiq yang seperti tidak wujud tadi.

"aku tau lah" balas Sufian.

"what ever. Syafiq, ni Sufian, kawan satu unit saya. Dia ni mereng sikit. Waktu dia kecil otak masuk air. Sebab tu jadi macam ni." kata Ayna lalu ketawa.

"amboi kau. Sedap mengutuk aku." marah Sufian. Syafiq berjabat tangan dengan Sufian.

"Syafiq"

"Sufi"

Ayna tersenyum.

"wei Ayna. Sorry ah pasal kereta kau" kata Ayna tiba2. Syafiq mengerut dahi. Kereta? Bila masa pula dia pinjam kereta Ayna?

"takpelah. Kereta boleh beli. Nyawa manusia tak boleh beli. Kau tu, bawak kereta bukan main laju. Bawak macam jalan tu bapak kau punya." marah Ayna.

"laa, dah tu. Kau nak suruh aku bawak slow? Kalau jadi apa2 dekat Dato Azman tu, kau nak tanggung? Aku yang kena. Bukan kau. Kau takpe lah, anak pemilik unit tu" ujar Sufian. Buat kesekian kalinya. Syafiq seperti tidak wujud. Dia hanya menjadi pendengar dan pemerhati sahaja

"hoi. Kau jangan ingat papa aku pemilik unit tu, aku tak kena marah. Kau lupa ke aku pernah terlepas pandang Tan Sri Hamdan dulu? Dah la aku kena marah dengan papa, yang korang bukan main sedap maki hamun aku. Aku tadah muka je dulu." ujar Ayna geram. Sufian ketawa terbahak-bahak. Lawak gila siot dia buat muka kena tadah maki hamun dulu. Ayna membuat muka menyampah. Tangan Syafiq dipegang lalu digoyang-goyang. Syafiq hanya membiarkan.

"wei, bagi la laki kau duduk. Kesian aku tengok berdiri dari tadi." cadang Sufian. Ayna menyuruh Syafiq duduk. Syafiq hanya menurut.

"wei, kereta aku teruk ke kereta aku?" sola Ayna tiba2. Sufian mencebik.

"tadi kata takpe..kereta boleh beli." perli Sufian. Ayna tersengih.

"kereta aku tu. Papa hadiahkan kot." kata Ayna. Sayang siot kereta tu.

"kereta kau tak rosak teruk pun. Sikit je. Nanti aku bayar." kata Sufian.

"tak payah la. Nanti pandai2 la aku bodek papa." kata Ayna lalu ketawa.

.__.__.__.__.__.__.__.__.__.__.__.__.

Ayna mengajak Syafiq makan di sebuah restoran. Syafiq hanya menurut. Ayna memesan makanan favouritenya, iaitu spagetti manakala Syafiq memesan chicken chop.

"Syafiq." panggil Ayna.

"abang!"balas Syafiq. Ayna membuat muka.

"ye lah..abang. Asal diam tadi?" tanya Ayna. Syafiq mengangkat sebelah keningnya. Kau tanya aku asal? kau yang rancak bersembang macam aku ni tak wujud.

"amboi2. Asal eh. Tah lah..ada orang tu, dia ajak abang teman dia. Tapi abang ni macam tak wujud. Dah la bukan main mesra lagi bersembang. Macam dia tu single." perli Syafiq. Ayna ketawa. Syafiq hanya menjeling Ayna lalu sambung makan.

"dengan Sufi pun nak jeles ke?" kata Ayna dengan sisa tawa.

"bukan main mesra sayang dengan dia." balas Syafiq.

"Sufi memang macam tu. Dah lama saya kenal dia. Dengan orang lain pun dia macam tu la. Abang jangan la nak jeles sangat." kata Ayna. Syafiq membuat muka seposen. Lantak lah.

Syafiq mengambil sedikit spagetti Ayna, lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"hoi!" marah Ayna.

"alahh, takkan dengan suami sendiri pun nak berkira." kata Syafiq. Ayna menjeling Syafiq.

"apa jeling2. Makanan tu saya yang bayar tau." kata Syafiq. Ayna mencebik. Macam la aku takde duit nak bayar.

"kedekutnya. Ingat saya takde duit ke nak bayar?" kata Ayna.

"abang tak cakap apa pun. Takde la. Abang gurau je." kata Syafiq. Ayna hanya buat pekak. Malas nak layan.

"sayang." panggil Syafiq.

"hmm" jawab Ayna malas.

"woi." panggil Syafiq separuh jerit. Ayna memandang Syafiq dengan muka marah.

"apa?!" tanya Ayna marah. Aku dah jawab kot.

"Sufi kata, dia pinjam kereta sayang. Berapa banyak kereta sayang ada?" tanya Syafiq selepas selesai makan. Begitu juga Ayna. Sebelah kening Syafiq diangkat.

"err..dua. Satu kereta yang saya beli hasil titik peluh saya sendiri, kereta hitam tu. Lagi satu papa bagi. Kereta Audi i8" kata Ayna. Wahaha, nampak tak penipuan di situ.

"asal abang tak pernah nampak pun kereta Audi kat rumah sayang." tanya Syafiq.

"ada je kereta tu. Dalam garaj. Saya jarang guna kereta tu. Nas yang selalu guna. Almaklumla, papa tak bagi beli kereta lagi. So dia kebaslah kereta saya." terang Ayna. Syafiq hanya mengangguk.

Selesai lah sudah = )

Jodoh Aku Ke? √Where stories live. Discover now