Bab 23

21.2K 1K 7
                                    

Syafiq dan Qila memandang Ayna dan Hairul dengan penuh bermakna.

"asal korang tengok aku macam tu?!" marah Ayna.

"bukan kau sorang je, aku pun sekali." ujar Hairul.

"buat2 lupa pulak. Bukan korang ada something ke kena buat? Kan Syafiq?" kata Qila.

"entah. Buat2 lupa pula dua malaun ni." kata Syafiq setuju.

"aku tau la kitorang kalah. Tak payah la nak gelojoh suruh orang belanja." ujar Ayna lalu menjeling.

"disebabkan hari ni kitorang yang menang, ada 3 syarat. Yang pertama, korang kena belanja kitorang berempat KFC, yang kedua, makanan atas RM 10 setiap sorang, yang ketiga, Kau Hairul, kena duduk dengan Wani, Qila, kau pergi duduk dengan Alif, and awak Ayna, duduk dengan saya." ujar Syafiq selamba.

"woi. Asal aku terlibat sekali! Aku menang kot siot." marah Qila. Asal kena duduk dengan si Alif tu. Suka2 hati kau je kan Syafiq letak syarat.

Syafiq memandang Qila yang marah lalu menggelengkan kepala. Mulutnya didekatkan ke telinga Qila.

"kalau kau tak duduk dengan Alif, macam mana nak bagi Hairul dating dengan Wani." bisik Syafiq perlahan.

"bagi la aku duduk dengan Ayna. Kau duduk la dengan Alif." protes Qila.

"sah2 la Wani marah. Bukannya selalu. Bagi la aku duduk dengan Ayna kali ni." kata Syafiq.

"ok" akhirnya, Qila beralah.

"apa yang korang bisik tu?" soal Hairul.

"takde apa. Dah jom. Makan." ujar Qila.

Mereka berenam berjalan 'berjemaah' ke motosikal masing2"

__________________________

Apabila sampai di KFC, mereka telah mengambil 'snack plate' setiap seorang. Pada hari pertama, Ayna seorang sahaja yang mengeluarkan duit. Kesian tengok si Hairul tu. Senyap je dari tadi.

Mereka duduk mengikut apa yamg disuruh oleh Syafiq, termasuk Ayna. Dari tadi lagi Ayna memuncungkan mulutnya akibat terpaksa duduk dengan Syafiq. Apalah nasib.. Syafiq memandang Ayna yang tak habis-habis memuncungkan mulut.

"tak payah la buat mulut macam tu. Cium kang!" ujar Syafiq. Ayna hanya menjeling lalu sambung makan.

"awakk...jangan la marah saya..awak tak suka ke dating dengan saya? Saya kan boyfriend halal awak.." kata Syafiq memujuk. Ayna hanya buat pekak.

Syafiq memandang Ayna. Macam mana aku nak pujuk eh?
Tiba2, idea datang menjelma.

"Aynaa..." panggil Syafiq meleret. Buat suara comel pulak.

"pe" balas Ayna pendek.

"saya tahu awak marah dengan saya. Jangan la marahh. Nanti saya belanja awak aiskrim." kata Syafiq.

"awak ingat, saya ni budak2 ? Asal awak suruh saya duduk dengan awak? Saya nak duduk dengan Qila dan Wani. Awak ni menyebuk la." marah Ayna

"niat saya ni baik-baik belaka tau. First, saya nak bagi Hairul dating dengan Wani. Second, saya nak bagi Qila rapat dengan Alif. Third, yang paling penting..saya nak dating dengan awak." ujar Syafiq lalu tersengih.

Ayna hanya mendengar, lalu memandang ke arah Qila, Alif, Hairul dan Wani. Sweet gila diorang. Bertepuk tampar bagai. Jeles pula aku.

¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥

Syafiq dan Hairul akan berlawan bola keranjang peringkat negeri di Negeri Sembilan. Mereka bersama-sama rakan yang lain serta guru berada di sekolah untuk ke Negeri Sembilan. Pelajar yang lain juga turut berada di sekolah kerana mereka pergi pada hari persekolahan. Tiba2, telefon Qila berbunyi sewaktu dia, Qila dan Wani sedang berjalan menuju ke kelas.

"hello. Asal Rul? Tanya Qila kepada Khairul melalui corong telefonnya.

Khairul ialah kawan unit spy mereka. Dia juga antara orang terpenting dalam unit spy itu.

"Qila, Ayna dengan Wani ada dengan kau?" tanya Khairul.

"ada, dekat tepi aku." balas Qila.

"kau bukak loud speaker, aku nak bagitau something ni." ujar Khairul. Tanpa membuang masa, Qila terus menekan speaker di telefonnya.

"dah" ujar Qila. Wani dan Ayna menghampiri Qila.

"korang dengar sini. Tadi, Azri dengan Hazim jumpa Dato' Firman dekat satu restoran. Diorang nampak, Dato Firman upah orang suruh follow Syafiq harini. So, aku nak korang follow Syafiq bila dia keluar sekolah. Jangan terselpas pandang." arah Khairul.

"dia pergi Negeri Sembilan, nak lawan bola keranjang." ujar Ayna.

"korang follow jer. Aku rasa ni tindakan dia nak bagi mati si Syafiq tu, sekali dengan korang. So better korang hati2." kata Khairul.

"ok bro. Nanti kitorang roger kau." kata Qila. Panggilan diletak oleh Khairul.

"Syafiq dalam bahaya." ujar Ayna tiba2.

"jom, bagitau pengetua kita nak blah" kata Wani. Qila dan Ayna mengangguk, lalu pergi ke bilik pengetua.

##################

Geng bola keranjang tidak sedar yang Ayna, Qila dan Wani mengikut mereka dari sekolah lagi. Mereka sempat menukar motosikal biasa mereka kepada superbike.

Semasa 1km dari sekolah, sebiji kereta saga berwarna hitam memotong van yang dinaiki oleh Syafiq dan Alif lalu berhenti. Van itu hilang kawalan lalu eksiden. Kereta saga itu terus beredar. Ayna, Qila dan Wani memberhentikan superbike mereka di tepi jalan. Ayna membuka topi keledarnya, lalu memandang ke arah van yang dinaiki Syafiq. Dia sangat2 terkejut dengan apa yang berlalu. Air matanya bertakung. Wani dengan pantasnya menelefon ambulans.
__________________________

Kesemua mereka selamat. Syafiq terseliuh kaki kiri, Alif patah tangan kanan, Cikgu Shahrol dan Cikgu Nazrin selaku jurulatih bola keranjang mereka patah kaki kiri. Pelajar yang lain hanya cedera ringan.

Syafiq dan Alif dipindahkan ke Hospital Tengku Amran dan ditempatkan didalam satu wad. Ayna, Qila, Wani dan Hairul melawat mereka. Ayna duduk di kerusi sebelah Syafiq.

"awak ok ke?" tanya Ayna prihatin. Belum sempat Syafiq ingin menjawab, Alif telah menyampuk.

"dia ok. Action je lebih" ujar Alif.

"eh kau diam boleh tak?!" marah Syafiq.

"kau ni Lif, dia nak bermanja dengan Ayna tu. Kau jangan la kacau daun." kau Hairul. Hairul, Alif, Qila serta Wani ketawa. Syafiq dan Ayna hanya menjeling.

"Syafiq, awak nak makan tak?" tanya Ayna. Syafiq menganggul. Bubur dikelurkan lalu diletakkan di dalam mangkul. Ayna menyuap Syafiq makan. Aduhh..buat sweet scene pulak..

"ehem, bukan Syafiq sorang je sakit. Aku pun sekali." ujar Alif memerli.

"kau nak aku suap kau ke?" tanya Ayna kepada Alif. Syagiq memandang Ayna.

"jangan nak mengada. Awak tu isteri saya. Tak payah nak suap orang lain." kata Syafiq lantang.

"hek eleh bro, tu pun kedekut ke?" ujar Alif.

"kau jangan mengada. Kalau kau nak orang suap kau, suruh la Qila ke, Wani ke." cadang Syafiq. Mata Alif terus menuju ke arah Qila dan Wani. Hairul nampak Alid memandang Wani, terus matanya membulat.

"Wani aku punya. Kalau kau nak, ambil Qila." marah Hairul.

"woo..bro. Kau dah confess ke?" tanya Syafiq.

"dah..tu yang Wani jadi hak aku tu." balas Hairul.

"elok2 sikit. Aku bukan bini kau eh. So jangan nak menggedik sangat." kata Wani. Syafiq, Alif, Ayna dan Qila ketawa terbahak-bahak melihat Hairul mencebik. Buruk siot..

Suasana di dalam wad itu sangat meriah, seperti ada 20 orang. Padahal ada 6 orang je pun...

Jodoh Aku Ke? √Where stories live. Discover now