Bab 51

18.1K 818 11
                                    

Suasana di dalam kelas aman damai. Semuanya duduk di tempat masing2 apabila Cikgu Armin masuk ke dalam kelas 5 Alpha kecuali Syafiq dan Ayna yang sedang focus bertengkar di meja mereka tanpa memikirkan orang lain. Kalau Syafiq dengan Ayna berperang mulut, diorang tak kisah pasal orang lain.

"awak kata awak nak berubah..berubah ke macam ni?" kata Ayna tidak puas hati. Nasib Asya bagitau yang Syafiq hampir2 menumbuk seorang budak lelaki form 1. Syafiq merengus kasar. Geram dengan Ayna yang dari tadi menyalahkan dirinya.

"tau tak budak tu biadap, langsung tak hormat senior." balas Syafiq. Asyik nak salahkan aku. Sikit2 aku. Sikit aku. Hairul dengan Alif pun ada sekali. Takde pulak minah pendek ni nak marah diorang. (kenyataannya Ayna cuma pendek sikit je dari Syafiq, paras mata) Ayna tergelak sinis.

"macam mana dia nak hormat awak, kalau awak kerja nak cari pasal dengan orang. Saya kenal sangat dengan awak ni Syafiq." ujar Ayna.

"wei, dah la tu. Pasal ni pun korang nak gaduh ke? Cikgu ada dekat depan tu" Razin cuba menenangkan keadaan. Ayna memandang Razin dengan wajah begis. Damia dari awal lagi dah sengap. Dia kenal sangat perangai Ayma, kalau dia tengah marah, jangan sesekali menyibuk hal dia kalau taknak muka kau lebam kena tumbuk dengan dia.pp

"kau diam eh. Kau takde kena mengena dalam hal ni" marah Ayna. Razin terdiam. Aku pulak yang kena. Diorang tak tahu ke apa yang Cikgu Armin tu tengah cakap pasal diorang?

Belum sempat Syafiq dan Ayna ingin sambung berperang mulut, Cikgu Armin datang ke meja mereka berdua. Cikgu Armin tanpa berkata apa2 terus memegang tangan Syafiq dan memegang lengan baju Ayna lalu meletakkan tangan Ayna diatas meja manakala tangan Syafiq diatas tangan Ayna.

Syafiq dan Ayna serentak memandang wajah Cikgu Armin dengan muka kehairanan.

Flashback..

Selepas salam diberi oleh kesemua pelajar kelas 5 Alpha, semua pelajar dibenarkan duduk. Cikgu Armin berjalan ke arah meja guru yang terletak cantik di hadapan kelas. Tiba2, dia terdengar suara2 seperti orang 'berperang'

Cikgu Armin memusingkan mukanya lalu memandang tepat ke arah meja belakang, iaitu meja Razin, Damia, Syafiq dan Ayna. Dia menggelengkan kepala melihat Ayna dan Syafiq sedang bergaduh di belakang.

Tiba2, dia mendapat idea yang bernas. Amboi laki bini ni, tak nampak aku ke dekat depan ni? Siap korang eh. Dah la kahwin dulu dari aku, aku ni pun dah 27, bila laa nak kahwin-ok dah melalut..

"Kelas" Panggil Cikgu Armin. Kesemua pelajar memandang Cikgu Armin kecuali Ayna dan Syafiq.

"Korang nak tahu satu rahsia tak?" Soal Cikgu Armin lalu mengangkat keningnya berkali-kali. Para pelajar memandang Cikgu Armin dengan pandangan kehairanan.

"Apa cikgu?" Soal Hafiq.

"Ada sesuatu yang korang semua tak tahu" balas Cikgu Armin. Semua pelajar mengerutkan dahi. Qila, Wani, Hairul dan Alif sudah dapat mengangak. Wait..jangan cakap yang cikgu nak kantoikan hubungan Ayna dengan Syafiq.

Cikgu Armin tersenyum penuh makna lalu bergerak ke meja belakang, atau lebih tepat meja Ayna dan Syafiq.

End flashback..

Mata beberapa orang pelajar kelas 5 Alpha terbeliak, kebanyakkannya lelaki. Ada yang ternganga mulut. Ada yang membuat suara terkejut. Woo, apa ni?

"jap2, apa semua ni?" soal Aiman. Pelajar yang lain berasa hairan.

"asal korang ni?" soal Asyifa.

"Entah. Yang action sangat dah apahal?" Tanya Fasya pula.

"korang tahu tak, Ayna takkan benarkan mana2 lelaki pegang tangan dia..tapi sekarang korang tengok la, Ayna selamba je pegang tangan Ayna. Ayna pula tak marah, macam Syafiq dah biasa pegang tangan dia" terang Aiman laju. Semua memandang ke arah Ayna.

Jodoh Aku Ke? √Where stories live. Discover now