Bab 20

23K 1.1K 10
                                    

Sepanjang hari itu, Syafiq menjadi tidak tentu arah kerana risau akan Ayna. Begitu juga Qila dan Wani, tetapi tak seteruk Syafiq. Disebabkan Ayna, Syafiq tidak ponteng kelas geografi disebabkan risau apa2 terjadi pada Ayna. Begitu juga Hairul dan Alif. Kalau ketua takde, diorang takkan ponteng. Walaupun Syafiq tidak ponteng kelas geografi, tetapi fokusnya tidak pada apa yang diajar. Sepanjang waktu persekolah, focusnya berada pada Ayna.

Selepas tamat waktu persekolahan, Ayna, Wani, Qila, Syafiq, Hairul dan Alif balik sekali. Ayna dipimpin oleh Wani ketika berjalan. Syafiq, Hairl dan Alif berjalan di hadapan, manakala Ayna, Qila dan Wani berjalan di belakang.

Tiba2, seorang perempuan berlari ke arah mereka berenam.
Dia telah menolak Ayna sehingga jatuh ke tanah.

"ops, sorry. Sengaja" jata perempuan itu lalu tersenyum sinis.

Syafiq terkejut lalu pergi kearah perempuan itu.

"kau ni memang.." Syafiq mengangkat tangan ingin menumbuk Sofea, namun Syafiq terhenti apabila Qila menjerit namanya.

"Syafiq! Ayna pengsan. Muka dia pucat giler." ujar Qila lantang. Syafiq terkejut lalu pergi ke arah Ayna.

"Ayna..Ayna.." panggil Syafiq sambil menepuk perlahan pipi Ayna, namun Ayna masih tidak sedar. Tanpa membuang masa, Syafiq terus mengangkat Ayna dan menuju ke arah pintu keluar. Qila, Wani, Hairul dan Alif mengikut Syafiq.

"Lif, kau hantar motor aku dekat rumah, aku nak hantar Ayna pergi hospital." kata Syafiq sambil berjalan dengan laju.

"ok bro." balas Alif.

"bro, apa2 hal call." kata Hairul pula.

"ok" balas Syafiq pendek.

Apabila sampai di pintu pagar, Syafiq meletakkan Ayna di dalam kereta yang dipandu oleh Pak Mail. Pak Mail terkejut melihat Ayna tidak sedarkan diri.

"Tengku! Kenapa ni?" soal Pak Mail risau.

"Ayna pengsan. Kita pergi hospital." ujar Syafiq dengan resah.

"baik tengku" balas Pak Mail lalu bergegas ke Hospital Tengku Amran yang hanya menempatkan kerabat diraja sahaja.

_____________________

Syafiq berjalan kehulur kehilir kerana risaukan Ayna. Pak Mail hanya memerhati Syafiq yang kelihatan sangat resah. Tiba2, Doktor Zarina keluar dari bilik kecemasan.

"siapa keluarga Tengku Ayna?" soal Doktor Zarina.

"saya..abang dia." ujar Syafiq gagap. Abang pun abang lah. Takkan nak cakap suami dia kot..

"Tengku tak apa2, dia cuma demam panas je. Dia pengsan sebab kurang air. Jadi, kami akan pindahkan dia ke wad biasa." terang Doktor Zarina.

"Ooo, ok" kata Syafiq lalu mengangguk. Syafiq ingin pergi ke Pak Mail untuk memberitahu tengtang keadaan Ayna, namun pergerakannya terhenti.

"Tengku, saya nak tanya. Tengku Ayna ni bila tangan kiri dia luka sampai kena jahit eh?" tanya Doktor Zarina.

"tangan kiri dia kena jahit?" soal Syafiq semula dengan dahinya berkerut. Bila masa pula tangan dia kena jahit. Aku tak tau pun..

"tengku tak tau?" soal Doktor Zarina pelik. Abang apa dia ni?

Syafiq hanya menggelengkan kepala.

"kami syak, tangan cik tengku kena jahit dalam 5 ke 6 hari yang lepas, sebab kesan jahit dia masih ada. Kami terpaksa jahit semula tangan dia sebab ada beberapa jahitan yang terbuka dan berdarah." terang Doktor Zarina.

"ok" balas Syafiq pendek. Dahinya masih berkerut kerana memikirkan tentang jahitan itu.

"kalau takde apa2, saya pergi dulu." ujar Doktor Zarina meminta mengundur diri. Syafiq hanya mengangguk.

Jodoh Aku Ke? √Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt