Special Chapter 5 😊

17.7K 788 14
                                    

Syafiq membuka pintu rumahnya lalu menutup semula apabila badan Ayna melepasi pintu itu. Sebelah tangan Syafiq mengenggam erat beg yang berisi baju Ayna dan sebelah lagi tangannya memimpin istetinya untuk berjalan. Wajah Ayna yang pucat menyebabkan Syafiq berasa risau untuk membenarkan Ayna berjalan sendiri.

"Sayang duduk dulu dekat sofa. Abang bawa naik beg ni dulu. Jap lagi abang turun, kita makan eh" ujar Syafiq dan Ayna hanya mengangguk. Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa yang berwarna kelabu itu.

Syafiq menguntumkan senyuman kecil sebelum kakinya melangkah ke arah tangga.

Flashback...

"Buat masa sekarang ni, emosi Tengku Ayna masih belum stabil. Jadi saya harap, Tengku dapat jaga dia dan jaga emosi dia. Jangan sampai dia tertekan. Ini amat merbahaya." Pesan Doktor Azyla. Syafiq mengangguk mengerti.

End flashback...

"Kau kena jaga dia Syafiq. Kau kena pulihkan semangat dia." Ujar Syafiq perlahan sambil kakinya satu persatu melangkah tangga namun cukup kuat untuk sampai ke telinga Ayna.

Ayna menyandarkan badannya pada sofa. Dia menghela nafas perlahan. Tangan kanannya diletakkan pada perutnya yang telah tidak berisi.

"Maafkan mama sayang. Mama gagal jaga sayang. Kalau mama tak jauhkan diri dari papa, mama takkan...kehilangan sayang" ujar Ayna dan air mata mula turun membasahi pipi. Dia sangat kecewa dengan dirinya. Ayna tidak dapat mengawal kesedihannya sehingga matanya menjadi merah dan pipinya dibasahi oleh air mata yang bergelinang.

Syafiq melangkah laju menuruni tangga. Kakinya terhenti secara tiba-tiba apabila mendengar tangisan.

"Sapa yang nangis tu?" Soal Syafiq sendiri sebelum matanya membulat.

"Jangan-jangan.." Kaki Syafiq terus berlari laju menuruni tangga dan terus mendapatkan Ayna. Tepat sekali tekaannya, tangisan itu datang daripada Ayna. Syafiq terus memeluk isterinya itu sambil tangannya perlaha-lahan menggosok perlahan belakang badan Ayna.

"Sayang..jangan nangis macam ni. Sayang kan tak sihat" kata Syafiq dengan nada risau. Ayna terus menyembamkan wajahnya pada dada Syafiq.

"Saya minta maaf abang. Kalau saya tak jauhkan diri dari abang, semua ni takkan jadi. Kita takkan kehilangan anak kita." ujar Ayna dengan nada yang teramat sedih. Syafiq menjadi buntu. Semakin lama tangisan Ayna semakin kuat. Kalau dibiarkan begini, kesihatan Ayna akan terjejas.

"Sayang..kenapa cakap macam tu, tak baik lah. ni semua kan ketentuan Allah. Allah lebih sayangkan anak kita. Kita tak boleh nak halang. Ni semua bukan salah sayang." pujuk Syafiq. Dia menggosok perlahan kepala Ayna supaya tangisan gadis itu reda.

"Salah saya abang, kalau saya tak larikan diri dari abang, semua ni takkan berlaku. Saya minta maaf sangat-sangat" kata Ayna. Syafiq meleraikan pelukan lalu memegang bahu Ayna. Wajah isterinya yang sembam itu dipandang. Sempat juga dia mengelap yang mata yang berada di pipi Ayna.

"Sayang. Sayang tak boleh macam ni. Sayang kena kuat. Anak tu dah tunggu kita dekat syurga. Kan sayang pernah cakap dekat Mika dulu, seorang manusia yang kuat, tak boleh cepat menangis. Nanti apa pula Mika cakap kalau mama dia yang cantik ni nangis" pujuk Syafiq. Mendengar pujukan Syafiq membuatkan Ayna mengangguk lalu mengelap air matanya.

"dah lama abang tak tengok sayang senyum. Smile!" kata Syafiq dengan nada teruja membuatkan Ayna ketawa kecil. 

"kan cantik isteri abang senyum. Dah, abang taknak tengok sayang nangis lagi lepasni ok. Kalau sayang nak baby, anytime kita boleh buat. Abang on jer" ujar Syafiq dengan selamba membuatkan Ayna terus menghadiahkan penampar pada lengan Syafiq.

"aduihhh" adu Syafiq sambil menggosok lengan. 

"gatal la abang ni." marah Ayna. Syafiq terus ketawa lalu dia menarik tubuh Ayna masuk ke dalam pelukannya.

"Abang" panggil Ayna.

"Yes. Sayang nak apa?" soal Syafiq dengan nada teruja dan tersenyum riang.

"Saya nak jumpa Mika. Dah lama tak jumpa hero abang yang sorang tu." ujar Ayna. Syafiq terus membuat muka.

"Abang ingat sayang nak baby tadi" balas Syafiq selamba.

"Abang!"

___________________

"Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan Tengku Mikael.. Allah selamatkan kamu" nyanyian itu diakhiri dengan tepukan yang gemuruh dari ahli keluarga. 

"Now, you can blow the candle! " ujar Ayna dengan teruja. Mikael dengan bersemangat terus meniup lilin yang berbentuk nombor 6 itu sehingga terpadam. Apabila api pada lilin itu terpadam, semua menepuk tangan dan ada juga yang menangkap gambar.

Ayna mengambil pisau untuk memotong kek itu. Kek yang berbentuk kereta itu dipotong lalu diletakkan ke atas pinggan. Ayna mencapai sudu lalu kek itu dicedokkan sedikit.

"Mika, buka mulut" Kata Ayna lalu Ayna menyuapkan kek perita coklat itu ke dalam mulut Mikael.

"Mika nak suap mama dengan papa." ujar Mikael dengan riang lalu pinggan itu diletakkan ke atas meja. Sudu bertukar tangan lalu Mikael mencedok sedikit ke itu lalu disuapkan ke dalam mulu Ayna lalu kepada Syafiq mula. 

"Thank you sayang." ujar Ayna dan Syafiq serentak lalu kedua-dua mereka mencium pipi Mikael. Bunyi kamera tidak henti- henti mengambil gambar mereka bertiga. Ahli keluarga Syafiq dan Ayna tidak lepas menghadirkan diri begitu juga dengan sahabat spy Ayna. Tidak lupa juga dengan keluarga Hairul dan Wani serta Alif dan Qila. Mereka masing-masing telah berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi. Ayna juga tidak lama lagi akan melahirkan seorang puteri di dalam keluarganya.

"Terima kasih Ya Allah. Kau berikan aku peluang untuk hidup bahagia bersama keluarga aku. Kau anugerahkan aku seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab dan sangat menyayangi diri. Aku bersyukur Ya Allah"-Tengku Ayna Alisya

"Aku bersyukur ke hadrat mu Ya Allah. Kau jadikan aku seorang imam dan seorang ketua yang mampu memimpim dan menyayangi keluargaku. Kau berikanlah aku pentunjuk dan kekuatan untuk mendidik isteri dan anak-anak ku untuk taat kepadamu. Kurniakanlah kepada kami syurgamu yang luas dan indah. Aku bermohon agar keluargaku akan bahagia hingga ke syurgamu Ya Allah"-Tengku Syafiq Ezzry

The End...

  Saya nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada kesemua reader saya yang sanggup tunggu story saya tamat. Saya minta maaf kerana saya lambat update disebabkan saya terlalu sebuk dengan hal sekolah. Saya minta maaf juga kerana selama saya menulis, banyak kesalahan tatabahasa dan typo yang pelik-pelik. Saya bermohon maaf kerana yang masih lagi bersekolah dan masih lagi baru dalam bidang penulisan. Saya sangat-sangat menghargai dan menyayangi kesemua reader saya yang sanggup tunggu dan support saya. 

Promote:

Mr. Doctor untuk Miss Practical and Cinta 3 Sis by riff_iffa

Tulus Kasih Safa by ssyqienn

Your Eyes by lilmapple


Jodoh Aku Ke? √Where stories live. Discover now