Bab 28

20.9K 991 28
                                    

Setelah lama berlatih taekwondo, akhirnya pertandingan sudah hampir. Pertandingan tersebut diadakan di sekolah rendah yang terletak di Arau, Perlis. Sekolah itu bernama Sekolah Tengku Budriah.

Ayna, Qila, Wani dan Hairul telah sampai di sana bersama jurulatih mereka, iaitu Cikgu Armin dan guru mereka, iaitu Cikgu Amran. Bukan mereka berenam sahaja, malah Syafiq dan Alif juga turut mengikuti ke Perlis.

Diorang tu menyibuk je. Doktor tak benarkan diorang sertai, bukan setakan doktor, mak bapak, cikgu2, kawan2 diorang pun tak bagi masuk. Diorang ikut pun sebab tergedik-gedik sangat nak ikut. Siap sanggup bayar lagi. Cikgu2 nak larang, kesian pula. So terpaksa benarkan.

Mereka berada di Kafe Hotel Putra Palace tanpa keberadaan cikgu2 mereka.

"korang ni menyibuk la. Duduk la rumah diam2." ujar Wani. Alif dan Syafiq mencebik.

"biar lah. Lagipun bini aku ada dekat sini. Aku ikut sebab Ayna, bukan sebab korang." balas Syafiq.

"hek eleh mamat ni. Kalau kau tak ikut sekali pun, bini kau ni takkan apa2 la." kata Qila. Syafiq membuat muka.

"suka hati aku la. Yang korang sibuk apahal?!" marah Syafiq. Wani memandang Ayna. Badan kecil Ayna ditolak perlahan.

"Ayna, asal kau diam je ni?" soal Wani tiba2. Selalunya dia yang bising. Kalini senyap pula. Dah apahal..

"Aku tak sedap hati la." ujar Ayna perlahan. Ya Allah, asala aku tak sedap hati ni. Benda apa yang akan jadi ni..desis Ayna dalam hati.

"asal pulak kau ni? Tiba2 je." tanya Qila. Ayna menggelengkan kepala tanda tak tahu. Tiba2, iphone Ayna berbunyi.. Ayna sudah tak sedap hati.

Papa is calling..

Ayna mengangkat panggilan itu dengan hati yang tak tenang.

"assalamualaikum pa." sapa Ayna sopan.

"waalaikumussalam. Akak, ni papa nak bagitau. Sufian eksiden dekat Jalan Tunku Abdul Rahman. Sekarang dia ada dekat hospital." terang Tengku Azrul.

"astagfirullah halazim." ujar Ayna risau. Bukan dia risaukan kereta dia, tapi dia risaukan Sufian. Alah, kereta je pun. Rosak beli baru..wah2 ter-riak pula.

"Sufi ok ke pa?" soal Ayna risau. Qila, Wani, Alif, Syafiq dan Hairul mendengar perbualan Ayna dan papanya.

"dia ok. Tak serious sangat. Patah tangan je." kata Tengku Azrul.

"nanti akak balik, aku lawat dia." ujar Ayna.

"ye lah. Bye..assalamualaikum." kata Tengku Azrul.

"waalaikumussalam." balas Ayna. Panggilan diletakkan. 5 pasang mata sedang tertumpu kepada Ayna.

"asal dengan Sufi wei?" tanya Qila.

"dia eksiden." jawab Ayna. Wani dan Qila sedikit terkejut.

"dia ok ke?" soal Wani pula. Hairul dan Alif mengerut dahi. Ada perasaan cemburu dalam hati

"dia ok. Tangan dia je patah." jawab Ayna.

"sapa Sufi?" tanya Hairul dengan nada cemburu. Syafiq menepuk bahu Hairul dan Alif.

"jangan nak jeles sangat. Sufi tu kawan diorang." kata Syafiq. Hairul dan Alif mengerut dahi.

"macam mana kau tahu? Kau kenal ke?" tanya Alif. Syafiq mati kata. Aku nak jawab apa ni.. Takkan nak cakap Sufi tu kawan spy diorang...eh tak boleh. Aku bagitau karang, mati aku dengan Ayna.. Ayna terdengar soalan Alif, lalu memandang Syafiq yang sedang berfikir itu.

"dia tak kenal pun. Sufi ni ada angkat papa. Korang tahu kan yang Qila dengan Wani ni rapat dengan family aku. So diorang kenal la. Jangan nak jeles sangat. Geli aku tengok." kata Ayna sambil memerli. Hairul dan Alif menjeling. Syafiq, Wani, Qila dan Ayna ketawa..

************************

Pertandingan taekwondo itu diadakan di Podium Sekolah Tengku Budriah. Semuanya berjalan dengan lancar. Ayna, Qila dan Wani telah memenangi acara yang disertai oleh mereka. Ayna, Qila, Wani, Syafiq dan Alif sedang melihat Hairul yang sedang melawan peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permai, Alor Setar, Kedah.

(pasal pertandingan taekwondo ni mungkin tak betul. Author sendiri tak tahu pasal pertandingan ni. Main teka2 je)

_____________________________

Akhirnya Hairul memenangi pertandingan itu. Hairul pergi ke arah kawan2 nya.

"tahniah bro." ujar Syafiq sambil menepuk bahu Hairul.

"thank you-thank you." balas Hairul. Hairul memandang Wani yang sedang melihat instagram di iphone X miliknya.

Ayna, Qila, Syafiq dan Alif sudah tersenyum. Hairul ada bagitau diorang yang dia nak bagi hadiah dengan Wani. Tu yang diorang tersengih.

"Wani." panggil Hairul. Wani mengangkat kepala. Iphonenya ditutup.

"kenapa?" tanya Wani. Hairul tersenyum. Wani mengangkat keningnya. Sebenarnya tengah cair tu..mana taknya, Hairul, Alif dengan Syafiq ni handsome sebenarnya. Tambah2 bila diorang senyum. Senyuman diorang ni limited edition tau. Dekat sekolah, Ayna, Qila dengan Wani je selalu tengok diorang senyum. Kalau orang lain tengok, gerenti akan suka dekat Hairul, Alif dengan Syafiq ni.

Tapi tu lah, perangai macam hantu. Keluar masuk bilik disiplin, tapi macam takde apa2 yang berlaku. Pagi masuk, tengah hari buat pula.. Tapi lepas rapat dengan Ayna, Qila dengan Wani, diorang dah berubah sikit. Tak buli orang dah. Setiap kali diorang nak buli orang, Ayna, Qila dengan Wani akan bising. Hahahaha, kesian. Cuma homework yang cikgu bagi je tak reti2 nak buat.

"Aku ada hadiah untuk kau." ujar Hairul. Walaupun diorang ni suka sama suka, tapi diorang tak panggil sesama sendiri saya awak. Sama macam Qila dengan Alif. Wani dengan Qila cakap, saya awak tu hanya untuk panggilan suami diorang je. Yang belum tu, jangan nak gatal2 panggil saya awak..

"hadiah?" tanya Wani sambil mengerutkan dahi. Hairul mengeluarkan kotak yang berada di dalam begnya. Kotak itu diserahkan kepada Wani. Wani membuka kotak itu. Seutas gelang berada di dalam kotak itu. Cantik..

"thank you." kata Wani.

"your most welcome" balas Hairul. Ayna, Qila, Alif dan Syafiq membuat muka seperti ingin muntah.

"bro, aku nak muntah la. Geli anak tekak siak." kata Syafiq. Semua di situ ketawa terbahak-bahak kecuali Wani dan Hairul.

"woi! Tau la korang tu tak romantik macam aku. Jangan la jeles sangat." kata Hairul. Alif dan Syafiq membuat muka annoying.

"aku tak tunjuk lagi romantik aku. Tunggu la babak2 sweet aku dengan Ayna nanti." kata Syafiq separuh bangga sambil menepuk dadanya. Semua di situ sudah membuat bunyi muntah. Yang paling teruk ialah Hairul dan Alif.

"kau romantik? Muka macam kau ni romantik? Hahahahaha" kata Alif lalu semua ketawa kecuali Syafiq yang sedang membuat muka seposen.

Chapter yang bosan..

Jodoh Aku Ke? √Where stories live. Discover now