Bab 36

18.3K 943 15
                                    

"uhuk uhuk uhuk uhuk" bunyi batukan kasar didengari oleh Ayna. Ayna terjaga dari tidur apabila mendengar Syafiq sejak dari tadi batuk. Ayna dengan panik bangun dari baring lalu menuju ke arah Syafiq yang berada di hadapan singki toilet.

"Syafiq, awak ok tak?" soal Ayna cemas lalu menepuk perlahan belakang Syafiq. Allah..aku nak buat macam mana ni!

"ok ok" kata Syafiq perlahan. Ayna meletakkan tangannya di dahi Syafiq. Masyaallah, panasnya! Ingat dah kebah demam dia. Rupaya lagi teruk. Ayna membantu Syafiq duduk di atas katil.

"Awak baring dulu." kata Ayna lalu ingin beredar keluar dari bilik..tetapi Syafiq memegang tangannya.

"sayang nak pergi mana?" soal Syafiq perlahan. Ayna memandang Syafiq dengan senyuman. Tangan Syafiq ditepuk perlahan.

"saya nak pergi dapur kejap. Abang rehat dulu." ujar Ayna lalu keluar dari bilik. Semasa Ayna menuju ke tangga, Tengku Azizah menengurnya.

"eh Ayna..kenapa tak siap lagi? Lewat dah ni nak pergi sekolah" tanya Tengku Azizah hairan. Dah lewat tapi tak siap lagi. Kenapa muka cemas semacam je..

"Ayna tak pergi sekolah bonda, Syafiq demam panas. Ayna nak ambil ubat dekat dia." terang Ayna.

"lah..ye ke. Ha'ah ok lah. Sorry lah kalau susahkan Ayna. Syafiq tu kalau demam manja dia lain macam." kata Tengku Azizah lalu tersenyum manis.

"takpe bonda. Syafiq kan suami Ayna. Lagipun Ayna dah biasa jaga Nas masa dia demam. Ayna turun dulu eh.." kata Ayna. Tengku Azizah mengangguk. Ayna turun dengan pantas. Tengku Azizah tersenyum manis. Tak salah pilihan bonda dulu. Bagus Ayna ni.

________________________

Ayna membawa ubat dan air masuk ke dalam bilik..tak lupa juga besen serta kain.

"Abang..abang bangun mandi dulu. Bagi sejuk sikit badan. Lepas abang mandi, abang makan..lepastu makan ubat." ujar Ayna lembut sambil mengusap tangan Syafiq.

"tak larat la sayang. Kalau tak mandi tak boleh ke?" soal Syafiq beserta batuk. Ayna mula risau. Tak mandi macam mana nak sejuk sikit badan.

"abang mandi la. Bagi sejuk sikit badan. Ayna nak turun buat bubur. Eh.." ujar Ayna. Syafiq menggangguk. Ayna membantu Syafiq bangun lalu menuju ke toilet. Belum sempat Ayna keluar dari toilet, Syafiq menarik tangannya.

"sayang teman abang mandi" kata Syafiq dengan senyuman gatal. Ayna menggelengkan kepala. Haih mamat ni, tak padan dengan demam.

"jangan nak mengada. Mandi. Saya nak bubur." balas Ayna lalu keluar dari toilet. Syafiq tersenyum. Melepas peluang aku.

**********************

Syafiq mengelap rambutnya menggunakan tuala. Ayna masuk ke dalam bilik sambil membawa semangkuk bubur. Tak penuh pun. Kalau penuh mesti tak habis punya. Ayna meletakkan bubur itu di meja kecil sebelah katil.

"sayang, ambil sikat jap" minta Syafiq. Ayna pergi ke meja cermin untuk mengambil sikit milik Syafiq. Ayna menyikat rambut Syafiq perlahan-lahan. Dia tergelak kecil apabila menyikat rambut Syafiq seperti budak tadika.

"apa ni sayang" kata Syafiq lalu mencebik. Aku handsome2, dia buat macam ni.

"takpelah. Bukannya abang nak pergi mana2 pun." kata Ayna lalu meletakkan sikat di meja kecil. Mangkuk berisi bubur diangkat lalu disuakan kepada Syafiq.

"nah" kata Ayna sambil memberikan mangkuk itu kepada Syafiq.

"suap" kata Syafiq manja. Ayna membuat muka. Mengadanya...
menyampah pula. Perangai sebijik macam Nas masa demam dulu.

Ayna menyuap Syafiq dengan penuh berhati-hati. Karang tumpah pula. Syafiq tersenyum manis melihat Ayna sangat lembut dengannya.

"sayang ni caring kan" kata Syafiq lalu membuka mulut untuk makan. Ayna meletakkan sudu di dalam mangkuk lalu membuat muka bangga.

"of course. Masa Nas demam, saya yang jaga." kata Ayna lalu menyuap Syafiq. Syafiq menelan bubur itu sambil mengangguk. Caring rupanya.

Mangkuk kosong diletakkan di sebelah katil. Ayna mengambil ubat beserta air.

"nah" kata Ayna sambil memberi ubat kepada Syafiq. Syafiq mengambil ubat itu lalu ditelan. Segelas air habis diteguknya. Ayna mengambil cawan berserta ubat lalu diletakkan di meja.

"dah, awak rehat dulu." kata Ayna lalu menutupi kaki Syafiq dengan comforter. Syafiq memandang Ayna. Ayna juga turut memandang Syafiq. Dah kenapa pula.

"kenapa awak pula.. Tadi bukan abang ke?" soal Syafiq dengan nada sedih. Ayna mengeluh kecil. Tak habis2 dengan abang dia.

"ye lah ye lah. Abang rest dulu. Saya nak letak mangkuk dekat dapur." pesan Ayna lalu mengambil mangkuk dan gelas ke dapur. Syafiq tidak lepas memandang Ayna yang kelihatan lain baginya hari ni. Haih..asal la sweet sangat bini aku ni. Sabar Syafiq..sabar. Kau tengah demam ni.

………………………………………

Ayna masuk semula ke dalam bilik selepas membasuh mangkuk dan gelas di dapur. Dia tersenyum manis melihat Syafiq yang telah tidur dengan comforter menutupi seluruh badannya.

Ayna mengambil Iphonennya yang berada di meja kecil itu. Ayna duduk perlahan-lahan di katil supaya tidak menggangu Syafiq yang sedang tidur. Dia membuka aplikasi Whatsapp. Group whatsappnya bersama Qila dan Wani dibuka.

Hantu

Anda
Wei, aku tak datang
sekolah hari ni. Syafiq
ni demam pula.

Beberapa saat kemudian, iphonenya bergetar menandakan ada whatsapp yang masuk.

Qila
Ok. Wei, tadi Dany datang.
Dia cakap yang ada kereta
saga follow kereta pak
mertua kau.

Wani
Masa aku datang tadi, ada
satu kereta saga lama hitam
baru berambus dari sekolah.
Kereta tu la kot.

Anda
Sudahhh..aku ingat dah
stop. Korang tolong jaga
Asya. Aku rasa, diorang
nak culik Asya lepas
sekolah.

Wani
Beres bos

Qila
Kau jangan risau. Kitorang
protect adik ipar kau. Jaga
husband kau tu elok2.

Anda
Aku tau la

Ayna meletakkan iphonenya di meja kecil. Dia bangun lalu mengambil besen yang berada di atas meja solek itu. Ayna masuk ke dalam toilet lalu mengisi besen itu separuh penuh air.

Sehelai kain direndam lalu diperah sehingga separuh basah. Ayna mengelap tangan, leher dan seluruh wajah Syafiq perlahan-lahan. Minta2 la demam dia ni kebah sikit. Panas sangat ni.

Sorry..chapter ni paling
bosan yang author pernah buat. Idea dah takde.
Sesiapa yang ada idea tu, bolehlah pm author. Kalau idea tu bernas lagi best,
Insyaallah, akan digunakan.

Jodoh Aku Ke? √Where stories live. Discover now