Special Chapter 1 😊

20.8K 843 15
                                    

Syafiq menguak pintu bilik permainan lalu kakinya melangkah masuk. Apabila matanya terpandang ke hadapan, terus tangannya memeluk tubuh sambil menggelengkan kepala.

"Tengku Malique Mikael" panggil Syafiq sedikit lantang. Seorang kanak-kanak yang dipenuhi dengan contengan merah di muka sedang menggenggam erat lipstik merah milik Ayna itu terkejut mendengar suara papanya.

Dengan tangannya sedikit tergetar, dia meletakkan lipstik itu perlahan-lahan ke atas lantai lalu menundukkan muka. Syafiq berjalan lalu membuka pintu pagar yang memisahkan antara ruang mainan dan bahagian-bahagian bilik yang dipenuhi dengan buku itu. Syafiq melabuhkan punggung di atas lantai-berhadapan dengan puteranya itu.

"Kenapa Mika main lipstik mama?" Soal Syafiq sedikit tegas. Syafiq berubah menjadi sedikit tegas apabila puteranya itu lahir ke bumi nyata. Dia bertekad dan berjanji untuk menjaga keluarga sebaik mungkin. Dia juga mahu mendidik anaknya untuk menjadi seorang manusia yang berguna dan soleh serta patuh ajaran agama Islam.

Mikael masih lagi menunduk. Dia tidak berani untuk bertentangan mata dengan papanya. Walaupun Syafiq adalah hero bagi Mikael, tetapi dia tetap takut untuk menatap wajah lelaki itu apabila kemarahan datang. Syafiq memandang anaknya yang sedang tunduk itu.

"Mikael, papa tanya..bukannya suruh Mika tunduk" ujar Syafiq lagi. Dengan perlahan-lahan Mikael mengangkat kepala. Mata hazel gelap milik papanya itu ditatap sedikit ketakutan dengan matanya sedikit bergenang air mata. Syafiq mengerutkan dahi melihat anaknya itu seperti ingin menjatuhkan air mata. Dengan serentak Syafiq meletakkan kedua-dua belah tangannya ke bahu milik Mikael.

"Hei Mika. Kata nak jadi hero. Hero mana menangis la" kata Syafiq sedikit lembut. Mikael terus mengelap air matanya yang hampir menitis ke pipi.

"Papa angan (jangan) la marah Mika. Mika ocan (bosan) la, mama tak layan Mika" balas Mikael pelat sambil sedikit tersendu. Syafiq tersenyum lalu mengusap kepala Mikael.

"Mika tahu kan mama sibuk. Mama dah la kena tangkap orang jahat, lepastu mama buat kek pula. Kesian mama penat" ujar Syafiq. Mikael mencebik.

"Papa pun came (sama). Papa tak ayan (layan) Mika pun. Papa asyik main attop (laptop) jer" kata Mikael lagi. Syafiq tergelak kecil mendengar perkataan 'attop'. Haih la Mika. Mana la budak kecik ni dapat perkataan attop? Tak pernah dalam sejarah lagi orang sebut laptop dengan nama attop.

"papa bukan main la Mika, papa buat kerja. Takpe, jap lagi papa cakap dengan mama. Jangan lipstik tu, nanti kalau Mika termakan, sakit pulak. Mika nak sakit ke?" ujar Syafiq cuba phyco Mika. Mika terus menggeleng. Tangan Syafiq mencapai lipstik yang berada di lantai.

"dah, Mika kemas mainan-mainan tu. Jangan biar bilik ni bersepah" kata Syafiq lalu bangun dari duduk.

"ok papa" balas Mikael lalu tangan kecilnya mencapai kereta api mainannya lalu diletakkan di dalam kotak permainannya. Syafiq meletakkan lipstik milik Ayna itu di atas almari lalu menutup pintu pagar itu.

Syafiq melangkah ke arah dapur. Dia menggelengkan kepala melihat Ayna sedang sibuk dengan keknya. Ayna baru sahaja meletakkan beberapa kek cawan ke dalam kotak.

"sayang" panggil Syafiq lalu bergerak mendekati isterinya. Ayna memalingkan wajah memandang Syafiq.

"yes, kenapa?" soal Ayna lalu meletakkan kek itu di atas meja. Syafiq berhenti pada meja dapur lalu menarik kerusi. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi. Syafiq menggapai tangan Ayna lalu menariknya supaya berada dekat dengannya. Ayna menarik kerusi lalu duduk di atas kerusi berhadapan dengan suaminya itu.

"sayang sibuk sangat ke? Sampai takde masa nak layan Mika. Sayang tahu tak, Mika mengadu dekat abang yang sayang tak layan dia." kata Syafiq memandang tepat wajah Ayna. Ayna sedikit terkejut mendengar kata-kata Syafiq.

Jodoh Aku Ke? √Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt