Bab 47

16.9K 830 15
                                    

"serious pergi mall? Bukan pergi hospital check cctv ke? Please sayang, jangan nak kelentong abang" kata Syafiq dengan senyuman sinis. Ayna sedikit terkejut. Dahinya berkerut.

"what the…." ujar Ayna tergantung. Jap2, setan mana yang bagi kantoi aku ni. Syafiq tersenyum sinis lalu menggelengkan kepala. Ayna2, tak sangka kau tipu aku.

"Ma..mana abang tahu?" Soal Ayna sedikit gagap. Haram jadah betul la. Siapa yang jadi tali barut si Syafiq ni.

"Tu semua tak penting. Kenapa eh sayang tak boleh dengar cakap abang? Susah sangat ke apa yang abang minta? Abang minta sayang jangan cari siapa yang buat sayang tu. Susah sangat ke nak ikut?!" marah Syafiq. Sorry Ayna. Aku terpaksa marah kau. Kau ni terlampau keras kepala.

Ayna tergamam sebentar. What..seriously?! Sebab ni je kot. Tu pun nak marah ke.

"Saya bukan sengaja nak langgar cakap abang..tapi abang tahu tak, sekarang ni kita dalam bahaya. Bukan setakat saya, termasuk abang sekali tahu tak?! Saya tak nak hilang abang. Tolong la jangan halang apa yang saya tengah buat sekarang ni" balas Ayna. Aku bukan sengaja nak langgar cakap kau Syafiq. Aku terpaksa.

Syafiq merengus kasar. Rambutnya dikuak kasar ke belakang. Dia tidak menghiraukan mata2 yang sedang memerhati dirinya yang sedang marah itu.

"Sayang ingat, abang nak ke hilang sayang? Sayang tahu tak, abang tak boleh tengok sayang terlantar atas katil. Walaupun sayang selalu cakap dekat abang yang sayang ok, tapi tak bagi abang. Cukup la abang rasa takut masa sayang dalam bilik OR dulu. Tolong la jangan buat abang risau lagi. Please stop all of this. Stop make me worry about you!" Ujar Syafiq tegas. Ayna meraup wajahnya kasar. Nafas berat dilepaskan.

"Saya bukan sengaja langgar cakap abang. Kalau saya tak buat semua benda ni, silap2 family kita yang jadi mangsa. Lagipun, saya dah tahu siapa dalang semua ni. Tolong la abang.. jangan halang saya" pujuk Ayna keras. Muka Syafiq bertukar merah ditambah dengan dahinya yang berkerut. Rahangnya bergerak-gerak.

"No, abang tak izinkan..abang tak benarkan. I'm your husband. You have to follow what I say. Jangan bantah cakap abang" kata Syafiq marah. Ayna memejamkan matanya seketika. Dalam hatinya penuh rasa bersalah. Bukannya dia sengaja langgar cakap Syafiq. Dia terpaksa..

"Sorry abang. Bukannya saya nak jadi isteri derhaka. Saya terpaksa. I'm so sorry. Bye..Assalamualaikum" ujar Ayna panggilan diletakkan.

Ayna meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya. Dia rasa seperti ingin menangis sekarang ini. Aku terpaksa Syafiq..terpaksa. aku tak nak hilang kau. Aku sayang kau. Aku cinta kau. Aku tak sanggup hilang kau. Tu pun susah ke kau nak faham?!

Syafiq bengang apabila panggilan diletak. Iphone miliknya itu dilempar ke tepi dan akhirnya menyembah tanah. Hancur berkecai. Syafiq menguak rambutnya kasar lalu menarik rambutnya sendiri. Rasa seperti bertan-tan beban jatuh ke dirinya sekarang ini.

"Ahhhhhhhhhhh!" Jerit Syafiq lantang. Nasib baik waktu itu tiada sesiapa di pool itu kecuali beberapa orang cleaner.

Alif dan Razin yang semasa dalam perjalanan ke pool dengan niat ingin mencari Syafiq, tersentak mendengar jeritan Syafiq. Mereka berdua terus berlari ke arah Syafiq. Mata mereka membulat apabila melihat iphone milik Syafiq hancur berkecai di atas lantai. Ditambah pula dengan wajah Syafiq yang tersangat-sangat merah.

"Asal ni bro?" Soal Alif lalu memegang bahu Syafiq. Syafiq terus menepis tangan Alif dahi bahunya lalu terus beredar dari situ.

Jodoh Aku Ke? √Where stories live. Discover now