Bab 25

20.7K 992 2
                                    

Alif dan Syafiq pergi ke sekolah seperti biasa. Walaupun Syafiq menggunakan tongkat manakala Alif memakai anduh. Alif dan Hairul menghantar Syafiq duduk di tempatnya manakala Ayna lepak di tempat Wani dan Qila. Syafiq melihat Razin yang berada di sebelahnya seperti ingin memberitahu sesuatu. 

"Apasal kau tengok aku macam tu?" tanya Syafiq lalu menepuk bahu Razin.

"Ada orang rampas takhta korang", ujar Razin.

"Sape?" soal Syafiq. Hairul dan Alif baru sampai ke tempat Syafiq selepas meletakkan beg di tempat masing-masing. 

"Asal?" tanya Hairul. 

"Ada orang yang dah rampas kerja kita," terang Syafiq.

"Malaun mana yang rampas kerja kita? Memang  cari maut," kata Alif dengan nada kemarahan.

"Budak baru kelas 5 Progresif. Tiga-tiga muka pecah. Baru first day dah buli budak form 1" terang Razin. 

Syafiq menjarakkan dirinya dari Razin lalu berbisik pada Hairul dan Alif.

"Ayna bagitau aku Nas cerita kat dia yang ada budak form 5 mintak Nas, Afi dan Iyan join group diorang" bisik Syafiq.

"Siapa Iyan dan Afi?" tanya Hairul.

"Kawan adik Ayna" kata Syafiq.

"Diorang setuju ke?" soal Alif pula.

"Memang tak arr nak setuju" kata Syafiq agak kuat.

"Benda apa yang setuju?" soal Razin yang terdengar percakapan Syafiq.

"Tak de pe" kata Syafiq selamba.

"Rul, kau tak tau ke pasal diorang tu?" tanya Alif.

"Manalah aku tau. Aku kan sibuk dengan latihan taekwondo. Dah lah aku kena cover korang berdua" ujar Hairul. 

"Korang nak biar je ke?" soal Razin.

"takpe. Kita tengok dulu sejauh mana diorang punya gengster tu" kata Syafiq dengan wajah agak berlagak.

_________________________

Waktu rehat....

Ayna melepak di tempat Wani dan Qila manakala Hairul dan Alif melepak di tempat  Syafiq. Sudah menjadi rutin mereka tidak keluar rehat. 

Tiba-tiba, tiga orang manusia yang diperkatakan oleh Razin sebentar tadi ternampak Ayna, Qila dan Wani sedang berada di dalam kelas. Akasyah selaku ketua dalam kumpulan mereka berhenti secara tiba-tiba.

"Kau pahal dowh, tiba-tiba je stop ni?" tanya  Firash.

"Asal? Nampak bidadari ke?" ujar Shahmie lalu ketawa.

"Korang tengok 3 orang tu. Bukan ke diorang tu keturunan raja yang selalu keluar dekat magazine tu?" soal Akasyah tanpa mengalihkan pandangannya dari Ayna.

Sudah, Akasyah minat Ayna pula! Berapi la Syafiq lepas ni...

"Engku Dayana"ujar Firash dengan mata membulat.

"Raja Azyra" kata Shahmie . Akasyah memandang dua orang rakannya yang telah angau lalu memetik jari untuk menyedarkan mereka.

"Hoi-hoi. Dah angau ke?" tanya Akasyah lalu mengagkat kening.

"Cantik dowh" kata Shahmie.

"Aku nak Dayana. Full stop" kata Firash tiba-tiba.

"Aku nak Azyra" kata Shahmie.

"Aku nak Alisya" ujar Akasyah.

"Eh, jap. Aku baru teringat . Bukan ke tiga orang lelaki tu rapat denagn diorang ke?" kata Firash lalu menunjuk ke arah Syafiq, Hairul dan Qila.

"Ah, kesah pulak aku. Apa yang aku tahu, Alisya aku punya"
___________________________

Akasyah, Firash dan Shahmie berada di belakang bangunan iaitu tempat melepak Syafiq, Hairul dan Alif. Tangan kiri Akasyah sedang memegang baju budak lelaki form 2, sambil menggengam tangan kanannya.

Dalam masa yang sama, Syafiq, Hairul dan Alif dalam perjalanan ke tempat melepak mereka. Akasyah yang tersenyum sinis terus menumbuk muka budak lelaki itu. Budak lelaki itu terjatuh sambil memegang pipinya. Syafiq bersama Hairul dan Alif baru sampai ke situ, terkejut melihat seorang budak lelaki yang jatuh tersungkur. Firash dan Shahmie ingin menyepak kaki budak lelaki itu tetapi terhenti.

"Hoi!" jerit Syafiq. Akasyah , Firash dan Shahmie memandang ke arah Syafiq, Hairul dan Alif dengan pandangan sinis. Hairul pergi ke budak lelaki itu lalu mengangkatnya.

"Kau pergi" ujar Hairul kepada budak lelaki itu. Budak lelaki itu beredar dari situ. 

"Woi, korang siapa hah?" tengking Syafiq.

"Kau tanya kitorang sape? Kau sape hah? Tunjuk baik dekat sini. Kitorang gengster sekolah ni. Kau memang salah orang" kata Akasyah sinis.

"Gengster sekolah ni? Hahahhahhah, kau buat lawak " balas Syafiq. 

Ayna, Qila dan Wani sampai ke situ agak terkejut melihat 6 orang lelaki seperti ingin bertumbuk.

"Syafiq" panggil Wani. Keenam-enam lelaki itu memandang ke arah mereka bertiga. Sedikit muka terkejut kelihatan di wajah Akasyah, Firash dan Shahmie.

Sebenarnya, Syafiq mengajak Ayna, Qila dan Wani ikut mereka melepak.

"Korang siapa? Asal korang ada dekat sini?" tanya Ayna, lalu berrdiri di sebelah Syafiq, Hairul dan Alif.

"Aku Akasyah" 

"Aku Shahmie"

"Aku Firash" ujar mereka bertiga serentak sambil menghulurkan tangan ingin berjabat tangan dengan Ayna, Qila dan Wani.

Wajah Syafiq, Hairul dan Alif bertukar menjadi bengis. Eh jap, Alif? Alif dah fall in love dengan Qila.. Ayna memandang wajah Syafiq. Sudah datang dah perangai dia. 

"Jom" kata Ayna. Ayna membantu Syafiq beredar dari situ. Begitu juga Hairul, Alif, Qila dan Wani. Akasyah, Firash dan Shahmie memandang pemergian mereka.

Chapter ni pendek..

Jodoh Aku Ke? √Where stories live. Discover now