Bab 56

18.4K 837 6
                                    

Ayna dengan laju melangkah ke arah bilik bawah lalu mengambil first aid kit. Kakinya berjalan ke meja makan di dapur semula. Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan punggung di situ.

Kotak first aid kit itu diletakkan di atas meja lalu diselongkar oleh Ayna untuk mencari ubat dan bandage. Ayna mendesis kesakitan apabila menyapu ubat pada lukanya itu.

Syafiq yang melangkah turun dengan laju lalu berlari ke dapur apabila terdengar desis-an Ayna. Terbuntang matanya apabila melihat luka di tangan kanan Ayna sepanjang lebih kurang 4 inci.

Rasa bersalah Syafiq semakin membuak-buak. Hatinya seperti dicucuk berkali-kali apabila melihat setitis air mata jernih jatuh dari mata hazel milik isterinya.

Syafiq terus melangkah ke arah meja makan itu lalu melabuhkan punggung pada kerusi berhadapan Ayna. Dengan lembut Syafiq mengambil kapas di tangan Ayna yang sudah diletakkan ubat lalu dengan perlahan-lahan Syafiq menyapu ubat pada luka.

"sakittt.."

Ayna merintih kesakitan apabila Syafiq menyapu ubat pada bahagian tengah lukanya. Syafiq mengangkat tangannya daripada kapas terkena luka Ayna.

Syafiq mengangkat kepalanya memandang Ayna yang sedang mengerutkan dahi menahan sakit. Masyaallah, aku buat dosa dekat kau Ayna. Apa aku dah buat ni...

Ayna yang lama menunggu Syafiq menyambung meletakkan ubat di lukanya mula hairan. Dia mengangkat kepala memandang Syafiq. Mata mereka bertentangan. Ayna ternampak kedua-dua belah mata Syafiq seperti berair. Mamat ni pahal? Aku yang sakit, dia yang nak menangis pahal?

"Sorry.."

Syafiq melafaz perkataan maaf untuk menghapuskan dosa terhadap isterinya. Kepalanya ditunduk apabila terasa air matanya ingin jatuh. Dia tidak mahu isterinya melihat air mata lelakinya jatuh depan matanya sendiri.

"sorry sebab saya sakitkan awak"

Syafiq mengujar maaf buat kali yang kedua. Dia mengangkat kepala memandang Ayna. Ayna tersenyum apabila Syafiq memandang wajahnya. Wuish..dramatik gila ni. Bukannya sakit pun. Aku acah2 teruk je, yang dia ni sampai nak menangis apahal?

"takpe..saya tak salahkan awak. Saya yang silap sebab tak pakai bandage" balas Ayna tenang.

Sebenarnya Ayna tak sakit sangat pun. Dengar mungkin teruk, sebab sampai 4 inci..tapi sebenarnya Ayna dah biasa. Standart la luka 4 inci..Ayna pernah kena parang dekat kaki. Luka sampai hampir2 nak kena tulang. Darah tak payah cakap, melimpah ruah..tapi masa sakit tu, sempat lagi Ayna capai pistol lepastu tembak ketua mafia. Dasyat bukan..

Masa kaki hampir2 tak berdaya pun dia boleh teruskan misi, tambah luka yang sikit ni. Lagipun ni bukan bekas jahit. Ni luka biasa je, sebab jahitan Ayna yang lama dulu tak hilang lagi..so doktor kata tak payah jahit. Lagipun bukannya dalam sangat pun luka ni.

Saja je Ayna acah2 sakit teruk. Sebenarnya, Ayna nak tengok Syafiq tu caring ke tak dekat dia masa dia angin monson dia datang. Plus, dia nak Syafiq maafkan dia pasal Sofea tadi.

Syafiq mengerutkan dahi melihat Ayna dari tadi lagi tersenyum. Minah ni..tangan berdarah bagai nak rak pun boleh senyum lagi? Kental betul hati bini aku ni.

"kenapa sayang senyum?"

Syafiq menyoal dengan kehairanan. Dahinya terkerut melihat Ayna dari tadi lagi tersenyum. Minah ni..tangan berdarah bagai nak rak pun boleh senyum lagi? Kental betul hati bini aku ni.

Ayna tergelak kecil. Kalau aku bagitau yang aku ni tak sakit sangat, habis dia lepuk kepala aku. Sorry lah Syafiq. Aku tak boleh cakap yang aku tak sakit.

Soalan Syafiq hanya dibalas dengan gelengan. Syafiq menyambung semua proses peletakkan ubat di luka Ayna yang terhenti sebentar tadi.

_____________________

Ayna meletakkan kepala di atas paha Syafiq. Badannya cantik terbaring diatas sofa dengan kepala beralaskan paha Syafiq. Syafiq pula hanya membiarkan sambil tangannya naik bermain-main dengan rambut Ayna.

Jap, jangan muntah dengan perangai Ayna. Ni sebenarnya taktik nak minta maaf dekat Syafiq. Sejak dari dapur lagi, Ayna tak minta maaf lagi dekat Syafiq, nama Sofea pun tak sebut lagi. Macam tak kenal Syafiq ni, pantang dengar nama Sofea..mula la perangai baran dia datang. So kita pujuk dulu awal2 sebelum dia menyinga.

"abang"

Ayna cuba menarik perhatian Syafiq yang sedang menonton television itu. Apabila mendengar namanya dipanggil oleh Ayna, matanya terus beralih kepada Ayna.

"kenapa?"

Syafiq menyoal dengan matanya terus memandang Ayna. Tangannya naik mengusap lembut rambut Ayna.

"emmmm, saya nak cakap something boleh tak?"

Ayna cuba bercakap lembut-lembut. Kalau cakap kasar2 kang, lain pulak jadi.

"sejak bila pula Tengku Ayna ni pandai mintak izin. Selalunya main hambur je cakap"

Syafiq ketawa senang. Pelik bini aku ni. Ni mesti nak cakap pasal Sofea. Tengok muka pun dah tahu. Haih..Ayna2. Mesti kau ingat aku marah lagi kan pasal Sofea tu.

"kalau saya cakap..abang jangan marah tau. Saya nak cakap pasal.."

Belum sempat Ayna menyambung, ayatnya dipotong.

"sayang nak cakap pasal Sofea kan? Before sayang cakap ayat panjang berjela, abang nak minta maaf sebab marah sayang pagi tadi. Abang tahu yang selama ni abang salah pasal Sofea. Abang tak sepatutnya masih fikir buruk dekat dia. I'm sorry sayang. Abang tak sepatutnya marah sayang masa dia ada, and abang pasti sangat yang dia dengar every word that I say. I'm sorry."

Syafiq dengan pantas memotong ayat Ayna. Ayna mengerutkan dahi. Eh jap, tetiba je mamat ni. Mana dia tahu yang aku nak cakap pasal Sofea, and very weird now..kenapa tiba2 dia yakin yang Sofea dah berubah?

"macam mana abang boleh pasti pasal Sofea?"

"sebenarnya...."

Flashback..

From: 019-999XXXX

Assalamualaikum Syafiq..aku Sofea. Aku nak minta maaf dengan kau selama ni aku terlampau taksub dengan kau, sedangkan dah terang lagi bersuluh kau milik Ayna. Tapi kau jangan risau, aku takkan kacau hidup kau dah lepas ni..sebab aku dah takkan ada dekat bumi Malaysia. Kirim salam aku dekat Ayna. Assalamualaikum.

Syafiq menutup iphonenya. Matanya terpanah ke arah pintu toilet-tempat Ayna sedang mandi. Dia memejamkan mata sebentar. Terasa peritnya apabila dia telah silap sangka kepada Sofea, ditambah dengan dia telah marah Ayna di depan Sofea. Ya Allah..ampunkan dosa hambamu ini.

End flashback..

"Sofea mesej abang?"

Syafiq hanya mengangguk. Tangannya naik mengusap kepala Ayna.

Jodoh Aku Ke? √Where stories live. Discover now