Bab 52

17.4K 792 26
                                    

"Kau sepatutnya dah mati kena tikam dekat hospital. Sepatutnya kau dah mati! Kau tak layak hidup!" Jerit Sofea lagi. Kalini dia seperti sudah gila. Tiba2 terdengar ada tangan yang memberi tepukan..

Ayna, Qila dan Wani bangun dari duduk lalu menepuk tangan. Bukan hanya Syafiq, Hairul dan Alif sahaja yang memandang mereka dengan pelik, malah seluruh manusia di dalam kelas itu termasuk Cikgu Armin.

"wow..mana kau tahu yang aku hampir2 mati sebab kena tikam? Sampai tempat kejadian pun kau tahu. Setahu aku, Qila, Wani, Syafiq, Hairul ataupun Alif tak bagitau sapa2 pun pasal hal ni. Kalau media pula, aku yakin 100% yang diorang tak tahu. So, macam mana kau tahu?" soal Ayna yang memandang tepat ke wajah Sofea.

Sofea tersentak. Dia baru peraaan yang dia terlepas cakap. Sofea!! Asal kau pergi cakap! Sekarang di diserang perasaan takut yang sangat membuak.

"asal kau diam? Terkejut? Tersentak? Mati kata?" tanya Qila pula. Sofea2. Kau jangan ingat, apa yang kau buat selama ni, kitorang tak tahu.

"ataupun..kau tahu semua benda ni sebab..kau dalang semua ni?" duga Wani. Bila keluar nama Sofea dari mulut betina tu, aku yakin sangat memang dia yang rancang semua ni.

"ka..kau jangan nak tuduh aku. Aku..aku tak buat apa2 dekat kau" ujar Sofea tergagap-gagap.
Ayna, Qila dan Wani tersenyum sinis lalu bergerak ke hadapan meja Sofea. Setiap gerak geri dan percakapan mereka diperhati dan didengari jelas oleh semua orang di dalam kelas itu.

"serious kau tak buat apa?" duga Ayna pula. Sofea menggelengkan kepala. Qila dan Wani memeluk tubuh. Nak tengok sejauh mana betina ni nak menipu.

"kau jangan nak tuduh Sofea bukan2" kata Alya mem-back up- Sofea. Ayna, Qila dan Wani tergelak sinis.

"kau tak tahu apa2, diam" balas Wani. Alya terdiam. Aku tak tahu? Takkan Sofea buat semua ni?

"so..maknanya suspek yang polis dapat ni, menipu la kan?" ujar Ayna lalu mengeluarkan sekeping gambar lalu diletakkan di atas meja Sofea.

"kau kenal pompuan ni?" soal Ayna lalu tersenyum sinis. Sofea terkejut apabila melihat perempuan yang berada di dalam gambar itu ialah orang yang diupahnya.

"t..tak" balas Sofea gagap. Bodoh! Kau sebut nama aku betina! Ayna, Qila dan Wani tersenyum sinis.

"kalau kau tak kenal dia, asal dia cakap kau yang upah dia?" kata Qila lalu bergerak ke tepi Ayna.

"aku..aku tak tahu" ujar Sofea sambil cuba menutup gagapnya. Orang salah kan, sah2 la gagap.

"orang takkan sebut nama kau kalau kau tak salah" kata Wani pula lalu berdiri di sebelah Qila. Sofea terdiam. Dia tak dapat nak cari alasan dalam keadaan macam ni. Sofea terus bangun dari tempat duduknya lalu berlari keluar.

"Sofea!" panggil Cikgu Armin apabila Sofea tiba2 keluar dari kelas.

"takpa cikgu, biar kitorang yang cari dia" kata Qila lalu Ayna, Qila dan Wani terus keluar dari kelas.

Keadaan kelas terus hingar bingar. Semua tertanya-tanya apa yang berlaku.

"apa semua ni?"

"Ayna dengan Syafiq dah kahwin?"

"Ayna kena tikam?"

"apa ni woi?! Aku tak faham konflik negara sekarang ni!" 

Hairul dan Alif memanggil Syafiq untuk duduk di meja Wani atau Qila. Syafiq terus bangun lalu pergi ke arah mereka.

"apa benda ni bro? Aku tak faham ni?" soal Hairul tertanya-tanya. Apa semua ni? First time aku tengok perangai Ayna, Qila dengan Wani macam tu. Yang paling serius, Sofea yang tikam Ayna? What the hell?!

"entah. Aku rasa aku dah tak kenal Qila dengan Wani termasuk bini kau" ujar Alif pula. Dah macam polis soal siasat penjenayah dah aku tengok. Syafiq tergelak.

"aku tak boleh nak cakap banyak, sebab aku pun tak berapa nak faham sekarang ni..tapi satu je yang aku nak cakap. Qila dengan Wani bukan orang biasa macam yang korang sangka" balas Syafiq selamba lalu menyandarkan badannya. Tangannya disilangkan di dada. 

Hairul dan Alif serentak mengerutkan dahi tanda tidak faham. Hahh? Bukan orang biasa? Mereka serentak menumpukan perhatian kepada Syafiq. Segala hingar bingar di dalam kelas diendahkan. Mana tak bisingnya, Cikgu Armin pun dah blah. Cari Sofea la tu.

Syafiq terus memandang kedua-dua rakan baiknya itu. Haih, kalau la korang tahu, aku yakin sangat korang akan terkejut giler.

"korang akan tahu bila dah nikah." balas Syafiq pendek. Hairul dan Alif serentak menjeling Syafiq.

"kau ni, dah cakap tu, cakap je la sampai habis" marah Alif. Cakap sekerat pula. Nazak jugak Syafiq ni aku buat.

"yang cakap tergantung dah apahal. Suruh tunggu pula. Bagitau je lah sekarang" kata Hairul. Tunggu lepas nikah lak mamat ni. Baik tak payah cakap senang.

"aku tak boleh cakap. Ayna awal2 lagi dah warning aku. So, korang tunggu je la Qila dengan Wani bagitau korang." kata Syafiq. Hairul dan Alif hairan. Asal pula Ayna tak bagi Syafiq cakap eh? Serius sangat ke? Siapa diorang ni? Pembunuh? Penjenayah?

Semasa Hairul dan Alif masing2 memikirkan tentang 'pasangan' mereka, Syafiq terus bangun lalu kembali ke tempatnya. Sebenarnya dia juga dilema kehairanan sekarang ni. Takkan Sofea yang buat kot? Asal Ayna tak pernah cakap?

Kepala Syafiq ditambah serabut dengan suasana kelas yang teramat bising sekarang ini.

"woi! Diam ah!" tengking Syafiq. Seluruh kelas terus diam membisu. Terkejut mendengar jeritan singa Syafiq. Syafiq merengus kasar lalu menyilangkan tangannya di dada.

Kakinya diangkat lalu diletakkan cantik di atas meja sambil memandang meja Ayna di hadapan mejanya. Ayna2. Asal kau tak bagitau aku yang Sofea dalang semua ni? Kalau aku tahu, dah lama aku tak tahan kau awal2 dulu. Giler ah Sofea ni..memang nak mati. Tapi nasib baik Ayna dah ok, kalau tak..kau yang aku akan bunuh.

____________________________

Ayna, Qila dan Wani terus berlari ke arah pintu pagar utama sekolah. Kiri dan kanan mereka masing2 dipandang. Mana Sofea ni, satu sekolah dah cari..takde pun. Ayna sempat menjeling ke arah tempat letak kereta pelajar. Kereta Mini Cooper berwarna merah dicari. Jap, mana kereta Sofea?

"weh, kereta Sofea takde la." kata Ayna kepada Qila dan Wani. Mereka berdua serentak memandang ke arah tempat letak kereta pelajar.

"ha'ah la. Takkan dia keluar sekolah kot" ujar Qila. Selalunya ada je kereta pendek merah dia tu dekat hujung tu. 

"giler siak. Dah salah, belah macam tu je. Ingat kita tak boleh cari dia ke apa?" kata Wani. Kau tak pergi mana Sofea. Sampai lubang cacing kitorang cari kau.

"hehh..dia takkan dapat lari" balas Ayna. Mereka bertiga terus masuk ke kelas semula.

Ok..first sekali author nak minta maaf sangat2 sebab lambat update. Kali ni bukannya kes malas mood tak datang ataupun takde idea. Hal ini disebabkan oleh homework yang terlampau banyak. So author takde masa nak taip. Ni pun dapat update bila last day sekolah this week.

Second, author tahu mesti ada keluar notification update dari this story. Yang tu pun author nak minta maaf. Ada sorang manusia ni dia tekan publish tanpa sengaja. Disebabkan story ni dah di ambang2 pengakhiran, author akan cuba update dengan cepat. Insyaallah, author tak janji. Sorry..

Jodoh Aku Ke? √Where stories live. Discover now