Bab 55

18.1K 823 18
                                    

Kaki Syafiq melangkah ke arah pintu apabila kedengaran ketukan dari luar. Tangannya membuka kunci lalu pintu itu dibuka. Wajahnya terus berkerut apabila ternampak wajah Sofea terpampang di hadapan pintu. Kemarahan Syafiq terus datang mendadak.

"Apa kau buat dekat sini?!"

Persoalan Syafiq kasar. Pala bana kau sial! Berani kau jejak kaki kau dekat sini. Wajah Syafiq menjadi merah dengan rahangnya yang sedang bergerak menandakan dia sedang menahan kemarahan yang sangat membuak-buak.

"Aku.."

Belum sempat Sofea membalas, Syafiq dengan sepantas kilatnya memotong.

"Kau blah..BLAH!"

Kedengaran suara Syafiq menengking sambil tangannya menunjuk ke arah pintu pagar luar. Tiba2, kedengaran seseorang memanggil nama Syafiq dari dalam rumah.

"Syafiq!"

Ayna yang sedang berjalan pantas ke arah pintu memanggil nama Syafiq. Syafiq memandang Ayna yang telah sampai di hadapannya dengan wajah bengis. Mula2 tu Ayna takut jugak la tengok muka Syafiq merah sampai macam tu. Wuish..asal merah sangat muka dia ni?

Ayna memegang tangan Syafiq lalu menariknya ke dapur. Sempat juga dia menyuruh Sofea masuk dan duduk di ruang tamu dahulu. Makin membuak-buak  kemarahan Syafiq bila Ayna mengajak Sofea masuk rumah.

Syafiq merentap perlahan tangan Ayna daripada tangannya. Ayna sedikit tersentak. Ok..dia memang tengah mengamuk sekarang ni.

"Asal awak suruh betina tu masuk?!"

Syafiq menyoal geram. Lepas dia buat macam2 dekat kau, boleh kau panggil dia masuk

"Sebab dia kawan saya. Dah la Syafiq..saya penat la dengan kepala angin awak ni. Kalau awak taknak tengok muka dia, awak duduk atas. Kejap lagi saya naik"

Ayna membalas dengan nada kepenatan. Kenapa lah kau ni cepat mengamuk. Tak boleh ke kau tahan baran kau tu Syafiq.

Syafiq tersenyum sinis. Kepalanya sedikit menggeleng. Wow..dia halau aku. Berani kau Ayna.

"So sekarang ni awak lagi pentingkan betina tu dari saya"

Ujar Syafiq sambil jarinya menunjuk ke arah ruang tamu-tempat Sofea berada.

"Ok..takpe"

Sambung Syafiq lalu terus dia berlari ke arah tangga. Kakinya laju melangkah naik ke tingkat atas dengan kemarahan.

Ayna memandang Syafiq yang menaiki anak tangga itu. Dia menghembuskan nafas. Kakinya berjalan ke arah ruang tamu. Kelihatan Sofea sedang memandang ke arah tangga. Ayna melabuhkan punggungnya di hadapan sofa yang diduduki oleh Sofea.

"Kau gaduh dengan Syafiq ke?"

Sofea diserang rasa serba salah. Ya Allah, aku ke yang buat diorang bergaduh?

"Taklah. Syafiq tengah badmood, sebab tu perangai macam tu"

Ujar Ayna. Sofea hanya mengangguk.

"So, kau buat apa datang sini?"

"Aku nak pindah UK"

Percakapan dari Sofea membuatkan Ayna terkejut. Pindah?

"Kau nak pindah? Wei..lagi sebulan je kot nak SPM, bagi la habis SPM dulu kalau nak pindah"

Ayna seakan-akan menghalang. Tetiba je ni. Sofea tersenyum. Prihatin kau Ayna.

"Takpe, lagipun family aku ada bisnes dekat sana, so kalau aku takde SPM sekali pun, aku boleh kerja dengan family aku. Kau tak payah la risau."

"Asal tetiba je kau nak pindah?"

"Sebab aku taknak media tahu yang aku pernah kena tahan polis. Aku taknak nama mummy dengan daddy aku buruk"

"So bila kau nak pindah?"

"Family aku setuju nak pindah lusa. Lagipun memang family aku ada rumah dekat sana. So senang la" balas Sofea.

★★★★★★★★★

Ayna perlahan-lahan membuka pintu bilik. Kelihatan Syafiq duduk di atas katil sedang bermain dengan telefonnya. Ayna menghela nafas. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik lalu pintu ditutup. Kakinya mengatur langkah ke arah katil lalu dia melabuhkan punggung di atas katil-bersebelahan dengan Syafiq.

"Abang"

Panggil Ayna. Syafiq hanya buat pekak. Masih ada sisa kemarahan dalam dirinya.

"Abang!"

Panggil Ayna sedikit kuat lalu merampas iphone di tangan Syafiq. Syafiq menghela nafas geram.

"Apa?!"

"Boleh tak awak jangan nak baran sangat. Penat la saya macam ni"

Ayna menghela nafas. Boleh tak kalini kau buang kepala angin kau tu?

"So sekarang ni awak nak cakap saya baran? Saya takkan jadi baran kalau awak ikut cakap saya"

Syafiq terus bangun dari duduk. Baru sahaja kakinya ingin melangkah ke arah balkoni bilik, tangannya dipegang. Ayna yang memegang tangan Syafiq turut bangun dari duduk. Dia berdiri betul2 di hadapan Syafiq sekarang ini.

"Salah ke saya nak anggap Sofea tu kawan saya?"

Persoalan Ayna kedengaran seperti sudah penat. Penat melayan perangai Syafiq yang asyik nak mengamuk tak tentu pasal.

"Lepas dia buat macam2 dekat awak, boleh awak anggap dia kawan. Macam mana kalau dia ada niat jahat dekat awak?"

"Saya yakin sangat dia dah berubah"

"Boleh tak kalini awak dengar cakap saya. Jangan kawan dengan Sofea, jangan dekat dengan dia"

Syafiq berkata tegas. Matanya menangkap mata Ayna. Kelihatan wajah tidak puas hati di muka Ayna.

"Tapi saya ada hak nak pilih kawan"

Kata2 Ayna membuatkan Syafiq tersenyum sinis. Wow..hak?

"So sekarang ni hak awak lagi penting dari kata2 saya? Ok..teruskan hak awak."

Kaki Syafiq berjalan laju ke arah balkoni sehingga terlanggar bahu Ayna dengan kuat. Badan Ayna tertolak ke tepi lalu tangan kanannya terkena bucu meja cermin solek..tepat pada lukanya yang baru sahaja ingin sembuh.

Kedengaran Ayna mendesis kuat. Terus dia menyelak lengan bajunya lalu ternampak darah sedang galak mengalir keluar. Syafiq yang mendengar Ayna mendesis terus memandang ke arah isterinya itu. Seperti ingin tercabut jantungnya melihat tangan kanan Ayna yang dipenuhi dengan darah itu.

Tanpa membuang masa, Ayna terus berlari keluar dari bilik. Kakinya melangkah laju turun ke dapur lalu singki menjadi habuannya sekarang. Tangan kirinya membuka pili air lalu perlahan-lahan Ayna membasuh darah itu. Ayna mendesis kesakitan apabila tangan kirinya terpegang kasar pada lukanya.

Syafiq yang berada di bilik diserang rasa bersalah yang teramat sangat. Dia telah melukakan isterinya buat kali ke dua. Pada pertama kalinya di sekolah sewaktu tangan dia kuat mencengkam tangan Ayna, dan sekarang dia menolak Ayna sehingga tangannya terkena bucu. Dia terus mengatur langkah keluar dari bilik.

Sorry bab ni macam tunggang langgang. Sebenarnya author takde mood nak taip, tapi disebabkan dah lama story ni tak diupdate, so terpaksa juga author taip.

Ok tak perubahan penulisan? Kadang2 author teringin nak menaip macam real novel, tapi macam tak best sebab real novel semua ayat2 BM kaw2. So, author cuma ambil part dialog je. Kalau tak faham, mohon bagitau. Sebab kalau tak faham, author boleh tukar jadi macam penulisan asal.

Jodoh Aku Ke? √Where stories live. Discover now