Bab 16

22.7K 1K 35
                                    

Suasana kelas yang tadinya bising, telah bertukar kepada senyap sunyi apabila Cikgu Azhar a.k.a guru kelas mula menampakkan dirinya.

"bangun, assalamualaikum cikgu." kata Zaki selaku ketua kelas. Kesemua pelajar di dalam kelas 5 Alpha berdiri dan turut memberi salam.

"waalaikumussalam. Duduk semua." ujar Cikgu Azhar lalu mereka semua duduk.

"ok, sebenarnya cikgu ada benda nak bagitau kamu semua. Cikgu baru balik dari mesyuarat bersama pengetua. Pengetua nak, setiap kelas ubah kedudukan meja kamu dari 2-2 ke 4-4." ujar Cikgu Azhar. Setelah cikgu bercakap, kedengaran suara2 membantah.

"alaa cikgu. Tak payah tukaq la cikgu. Biaq ja la macam ni." kata Luqman a.k.a anak jati Kedah.

"laa, awat nak biaq pula. Pengetua suquh duduk macam tu, nak buat macam mana." kata Cikgu Azhar lebih kepada memerli.

Cikgu Azhar ni sporting. Walaupun usianya agak lanjut, tapi amat mesra dengan pelajar terutamanya, pelajar kelas 5 Alpha. Sebab tu la Syafiq, Hairul dan Alif tak pernah ponteng kelas Cikgu Azhar. Mereka selalunya akan ponteng kelas math, sejarah dan geografi a.k.a matapelajaran paling bosan abad ini..

Luqman yang mendengar kata2 Cikgu Azhar, terus menjeling cikgu sambil membuat muka marah.

"jangan la jeling cikgu macam tu. Takut kitew" kata Cikgu Azhar sambil memegang dadanya seperti ketakutan.

"ok dah2. Cikgu nak ubah kedudukan kamu."

....................................................

"Cikgu, takde manusia lain ke dalam kelas ni, sampai saya kena duduk satu meja dengan diorang?" Soal Sofea lebih kepada membangkang. Ayna menjeling Sofea yang berada di hadapannya. Damia dan Asyifa yang juga berada di dalam group itu hanya berdiam diri.

"Dah kenapa pula?" Tanya cikgu Azhar lalu menggelengkan kepalanya.

"Tak nak lah cikgu. Tukar!" Ujar Sofea sedikit menengking.

"Ye lah2. Syafiq, Razin, kamu berdua tukar tempat dengan Sofea and Asyifa." Arah Cikgu Azhar. Mata Ayna terus membulat. Ish, memang jodoh diorang ni kuat. Dekat mana2 mesti sekali. Ayna baru sahaja ingin bersuara, tetapi dipotong oleh cikgu.

"Tiada bantahan."ujar Cikgu Azhar bila nampak wajah terkejut Ayna. Syafiq dan Razin mengemas beg mereka lalu berpindah ke meja yang juga diduduki oleh Damia dan Ayna.

"Zin, kau duduk depan Damia." Ujar Syafiq kepada Razin. Mereka berdua agak rapat kerana Razin ni boleh tahan mereng otak dia..

"Orait bro" kata Razin lalu duduk dia hadapan Damia. Senyuman diberikan kepada Ayna dan Damia. Manakala Syafiq duduk dihadapan Ayna dengan muka seposen.

________________________________

"Eh, bila kita nak pergi Rumah Kebajikan Harmoni tu? Tinggal 2 minggu je ni." Kata Wani apabila ahli kumpulannya berada di hadapannya.

"Kita pergi hujung ni. Muktamad." kata Ayna tiba2 dengan tegas.

"Amboi kau. Ikut teradap kau je kan nak set tarikh bagai. Fikir la orang lain sama." Kata Syafiq dengan tegas. Kau ingat si Ayna tu takut dengan kau?

"Asal? Hujung minggu ni kau nak pergi dating dengan si sotong tu ke apa?" Kata Ayna lebih kepada memerli. Saja nak naikkan angin Syafiq.

"Eh kau apahal!" Tengking Syafiq. Ayna senyum sinis.

"Woi dah la. Bila nak settle benda ni. Cepat pergi, cepat settle kerja kita." Marah Qila.

"Entah korang. Kalau nak ikut korang punya gaduh tu, sampai bila2 pun tak habis. " sambung Alif.

"Balik ni korang sambung." Ujar Hairul pula.

"Sejak bila pula korang tukar pihak ni?" Tanya Syafiq sambil menjeling dua orang rakan baiknya itu.

"Dah kau asyik nak gaduh je. Aku dengan Alif rasa terpinggir kau tau tak." Kata Hairul. Alif dengan pantasnya menjatuhkan kepalanya tanda setuju.

"Kesian korang. Dipinggirkan." Kata Wani seperti bersimpati.

"Dah tu, bila kita decide tarikh pergi rumah kebajikan tu?" Soal Harith yang agak ketakutan bertanya. Dania dengan cepat mengangguk.

"Alaah, setuju je la. Bukannya korang buat apa2 pun hujung minggu ni. Terutamanya kau." Kata Ayna lalu menunjuk jarinya ke arah Syafiq.

"Aku ok je."

"Boleh je.

"Aku tak buat apa2 hujung minggu ni."

"Ok."

"Aku sentiasa free."

"Aku pun"

Kedengaran suara2 rakan mereka setuju. Cuma satu suara sahaja yang belum Ayna dengari tanda setuju. Syafiq!

"Kau apahal diam? Dah bisu ke apa?" Kata Ayna lalu menjeling Syafiq.

"Fine. Aku pergi" Balas Syafiq pendek. Mereka agak terkejut mendengar perkataan yang keluar dari mulut Syafiq. Terutamanya, Hafiz dan Damia. Mana taknya, jika perkataan yang keluar dari mulut Syafiq no, it means no. Jangan sesiapa berani membantah. Tapi kalini, Syafiq hanya akur. Pelik..

Wani merapatkan tubuhnya kepada tubuh kecik Ayna.

"Kita takde misi ke hujung minggu ni? Dato Firman tu, kita tak tangkap sumbat dalam lokap lagi." Bisik Wani kepada Ayna namun masih boleh didengari oleh Qila yang berada di sebelah Ayna.

"Takde kot. Hujung minggu ni budak2 bawahan tu ada latihan menembak. Papa asyik bising je bila diorang tembak tak tepat sasaran minggu lepas."terang Ayna. Qila dan Wani menjatuhkan kepala mereka.

"tapi kalau on call aku tak tahu la." kata Ayna kuat. Dengan pantas Ayna menutup mulutnya. Aduhh, terkuat la pulak..

"apa benda yang on call?" soal Alif.

"takde apa. Dia ni kena sawan apa entah, lain aku tanya, lain dia jawab." bohong Wani.

"otak dia memang senget sikit." ujar Syafiq sinis. Wani tersenyum kerana perbohongannya dipercayai. Senang2 ja diorang kena tipu..

SECOND STORY:
HELLO MISS NOVELIST

Jodoh Aku Ke? √Where stories live. Discover now