Special Chapter 2

16.4K 754 18
                                    

"kau asal Ayna? Aku tengok macam ada masalah je?" soal Qila lalu isi ayam yang dilitupi dengan kuah black dimasukkan ke dalam mulut. Matanya dari tadi tidak lepas memandang Ayna yang duduk bertentangan dengannya. Tangan Ayna memegang garfu tetapi makannya sikit pun tidak dimakan. Tangannya hanya menggerakkan garfu-menguis-nguis spagetti itu.

"entah kau ni? Dari tadi senyap je. Kau gaduh dengan Syafiq ke?" tanya Wani pula. Ayna masih diam. Secara tiba-tiba, air matanya jatuh membasahi pipi. Serentak itu, Qila dan Wani terus menjadi sedikit panik.

"Ayna, kau kenapa?" Soal Wani cemas. Tiba-tiba je nangis ni.

"Aku rasa..aku dah tak penting dalam hidup dia" ujar Ayna. Qila dan Wani masing-masing mengerutkan dahi.

"Maksud kau?" Soal Qila dan Wani serentak. Mata mereka terus tertumpu kepada Ayna yang berada di hadapan mereka. Wani dan Qila nampak akan riak wajah kesedihan di muka Ayna.

Flashback...

Ayna menguak pintu bilik kerja Syafiq lalu kakinya melangkah laju ke arah si suami yang sedang menaip laju pada keyboard laptop. Dia dapat melihat suaminya sedang sibuk membuat kerja sehinggakan rambutnya kelihatan agak kusut dengan meja kerjanya penuh dengan fail-fail yang berterabur. Kaki Ayna berhenti melangkah apabila berdiri di sebelah Syafiq.

"Abang..saya nak keluar dengan Qila dan Wani kejap" kata Ayna sambil memandang Syafiq.

"Ok..abang izinkan" balas Syafiq sambil matanya sedikit pun tidak memandang wajah Ayna tetapi sebaliknya terancap pada skrin laptop sambil tangannya tidak berhenti menaip. Ayna terdiam. Dia mula terasa dengan perbuatan Syafiq yang mengendahkannya. Ayna..kau sabar dulu. Dia tengah sibuk tu.

"Mika saya hantar dekat rumah papa eh" kata Ayna lagi. Sengaja dia ingin menghantar Mika ke rumah Tengku Azrul. Takut nanti Mika menganggu Syafiq buat kerja.

Lagipun dia dah mati kata nak jawab soalan Mika yang selalu bertanya kenapa Syafiq dah lama tak main dengan dia. Kalau hantar Mika dekat rumah Tengku Azrul, sekurang-kurangnya Mika boleh main dengan Asya, memandangkan gadis itu baru sahaja tamatkan pelajaran di luar negara.

"Take care" balas Syafiq pendek lalu menghulurkan tangan. Tangan Syafiq disambut elok oleh Ayna lalu tangan itu disalam. Syafiq memandang Ayna seketika lalu tangannya mengusap perlahan perlahan pipi Ayna sebelum tangannya kembali menuju ke arah keyboard.

Ayna melangkah ke arah pintu lalu meloloskan diri keluar dari bilik kemudian pintu kayu itu ditutup. Dia bersandar seketika pada daun pintu tersebut. Dia memandang lantai seketika sebelum matanya bergenang air mata. Apabila mata penuh menakung air, akhirnya air mata Ayna jatuh membasahi pipi.

Tiba-tiba, dia ternampak seorang kanak-kanak kecil berjalan ke arahnya. Dengan pantas tangannya mengelap kasar air mata yang jatuh ke pipinya.

"ma..mama nangis ke?" soal Mikael apabila dia tiba dihadapan Ayna. Ayna tersenyum sebelum dia menggelengkan kepala.

"taklah sayang, mama tak nangis pun." ujar Ayna. Sorry sayang, mama terpaksa tipu Mika. Mikael hanya mengangguk.

"mama macuk (masuk) bilik papa ke tadi?" tanya Mikael lagi.

"ha'ah. Mama minta izin dekat papa." kata Ayna. Mikael mengangguk. Ni mesti papa yang buat mama.

End Flashback...

Qila dan Wani terdiam. Mereka tidak menyangka Syafiq lebih pentingkan kerja daripada Ayna. Air mata Ayna membasahi pipi dengan sangat galak sekali. Qila terus bangun daripada duduk lalu bergerak ke arah Ayna sebelum dia melabuhkan punggung di sebelah Ayna. Tangannya menepuk perlahan belakang Ayna.

Jodoh Aku Ke? √Where stories live. Discover now