Bab 4

1.4K 93 12
                                    

"Bos dah nak pergi." Kata Shaila pekerja yang bekerja di kedai jenama sukan miliknya.

"Ya," kata Darin singkat sambil membelek jam tangannya yang menunjukkan pukul 11 pagi. " awak buat tau apa yang saya pesan, stock stock yang baru dapat tu, awak keluarkan. Minta staff staff susun barang tu dekat almari yang baru saya pesan. Gambar dekat depan ni saya dah tukar, saya beli baru nanti esok atau lusa mereka sampai untuk hantar." Kata Darin lagi. Shaila hanya mengangguk dengan Arahan majikannya.

"Mana Khai?." Soal Darin kepada Shaila.

"Tu" kata Shaila saat melihat langkah kaki khai mendekati Darin dan Shaila.

"Panjang umur kau. Boss panggil." Kata Shaila saat melihat khai memegang bungkusan kemudian bungkusan di tangan khai bertukar tangan kepada Darin.

"Wow apa tu boss?" tanya Sheila ingin tahu.

"Ini,.. ini kek untuk suami saya." kata Darin ceria. Selepas itu Darin terus keluar daripada kedai jenama sukan miliknya sambil memberi salam pemergiannya kepada pekerja pekerjanya.

"Sweet kan diorang. Engkau je tak nak buat dekat aku." Kata Khai menyakat shaila. Shaila hanya membuat muka menyampah dengan sikap lelaki muda itu.

Langkah Darin terus menuju kearah tempat parking Mall. Kereta mewah miliknya dipandu keluar daripada tempat parkir kereta tersebut.

Selang beberapa minit keretanya kini berhenti di lampu isyarat merah.

"Mesti dia terkejut." Kata Darin tersengih lalu bungkusan kek di sebelah dibelek.

"Masih sejuk." Kata Darin saat memegang plastik bungkusan keknya yang berwarna putih.

Malam tadi Darin bangun seawal pukul 4 pagi semata mata ingin membakar kek untuk suami tercintanya. Kek perisi coklat kegemaran Rafael dan aising vanilla.

Tiba tiba bunyi hon dari kereta belakang menyentakkan lamunannya. Tanpa berlengah Darin terus memandu ke hotel Gonandez.

※※※

Langkah kakinya diatur perlahan seperti seorang remaja yang ingin berjumpa kekasih hati. Senyuman Darin tidak lekang dibibir merah darahnya.

"Darin." Suara seseorang yang sangat dikenali menatapnya dengan senyuman.

"Kak Mawar." Panggil Darin saat melihat Mawar memandangnya.

"Nak jumpa kekasih hati ke?" Soal Mawar mengusik Darin. Darin hanya tersengih.

"Mestilah nak jumpa sayang saya" kata Darin tergelak.

"Mr Gonnadez ada dekat atas. Rasanya Mr Gonandez tak ada apa apa hal hari ini melainkan membuat kerja di office dia." Kata Mawar memberi maklumat.

"Pergilah naik atas." Kata Mawar lagi.

"Saya naik atas lah ye" kata Darin tidak mahu berlengah lalu kakinya terus diatur pergi kearah lift. Darin terus memasuki perut lift kemudian matanya memandang bungkusan kek di tangan kanannya. Handbag Versace miliknya disarungkan ke lengannya

"Mrs Gonandez. Saya tahu Mrs nak pergi mana. Tak payah bagi tahu, office Mr Gonandez kan." Kata penjaga lift tersebut. Darin hanya tersenyum lalu mengangguk.

"Okey let's go." Kata penjaga lift.

Di dalam lift hati Darin tidak henti henti berdebar. Aduh Darin suami kau je pun. Bukan sesiapa kenapa berdebar sangat ni. Darin cuba menenangkan dirinya yang tidak henti henti berdebar.

DUS2: memoriWhere stories live. Discover now