Bab 29

934 67 5
                                    

"Mama... mama" suara halus kedengaran tidak henti henti memanggil Darin 'mama'.

Mata Darin terus terbuka saat satu tangan kecil menggoncang bahunya perlahan.

"Iya" kata Darin spontan matanya melihat Harith lalu senyuman terus diberikan kepada anak itu.

"Kenapa sayang?." Tanya Darin sambil tangannya memegang dahi Harith.

"Harith lapar." Kata Harith lancar.

"Lapar?." Soal Darin kemudian matanya menoleh kearah jam yang menunjukkan pukul 4.25 pagi.

"Pagi lagi, Harith dah lapar?."

Harith mengangguk laju dan terus berkata "Harith tak makan dari semalam."

"Haaa...." Darin terkejut. "Okey jom kita turun bawah cari ada apa yang boleh di makan." Kata Darin terus bangun saat teringat yang semalam Harith merajuk dengannya.

※※※

Darin membuka penutup ricecooker "ada sikit nasi, ambil cepat senduk. Mama lupa nak ambil." Kata Darin berkata kepada Harith, Harith terus berlari mencari apa yang mamanya minta.

"Nah..." kata Harith sambil menyuakan sesuatu. Darin terus memandang Harith dan dia terus terkejut.

"Harith ini sudu, kecik."

"Ohhh salah lah ni." Kata Harith sambil tersengih kemudian dia kembali berkata "Takpelah mama sudu dengan senduk sama je cuma saiz kepala dia je beza. Tapi sama je kan." Kata Harith selamba. Sangat selamba.

"Okey..." kata Darin mengambil sudu itu lalu disendukkan nasi buat Harith.

Tangan Darin tengah sibuk menyenduk nasi untuk Harith saat itu jugak suara Harith kedengaran memanggilnya.

"Mama kat fridge ni ada sosej yang tak freeze."

"Bawak keluar semua tu." Kata Darin terus tanpa memandang Harith. "dah siap." Darin tersenyum saat merasakan nasi yang disenduk menggunakan sudu sudah cukup di atas pinggan.

Kaki Darin terus melangkah kearah meja yang berada di tengah tengah tengah dapur rumah.

"Mana sosej tu?."

"Ni" Harith menolak sebekas sosej rapat ke arah pinggan nasi. Terdapat pelbagai jenis sosej.

"Kita goreng nasi je masak kicap, lepas tu kita campur campur. Okey"

"Okey." Kata Harith tergelak. Darin terus mengusap rambut Harith lembut.

Barulah kali ini dia rasa berada dekat  dengan Harith, sangat dekat. Betul kata Rafael lepas Harith dimarahinya, Harith akan menjadi baik dan kembali normal mungkin. Tak dingin terhadapnya ianya seperti tiada apa apa yang telah berlaku. Dan Harith sangat manja pada Darin, sangat terserlah kenyataan itu.


※※※

"Makan pelan pelan." Kata Darin melihat Harith yang melahap nasi goreng kicap sosej seperti tiada hari esok. Cawan plastik yang berisi air disuakan kepada Harith saat kanak kanak itu tersedak selepas ditegur.

"Harith." Darin memberi amaran dengan nama Harith dan Harith seperti biasa tersenyum dan tersengih seperti kerang busuk.

"Mama dah kuruslah." Kata Harith tiba tiba.

DUS2: memoriWhere stories live. Discover now