Bab 10

1.1K 77 2
                                    

Mata Darin mencari sesuatu dan akhirnya dia menjumpai apa yang dicarinya. Tudung sarung yang berwarna hitam diambil lalu dipakaikannya ke kepalanya.

Dengan perlahan kakinya turun daripada katil. Langkah yang diatur seperti seorang pencuri yang sedang menghendap. Perlahan dan perlahan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi sehinggalah dia dapat keluar daripada bilik. Dia menarik nafas lega saat pintu bilik tidak berkunci.

Kaki Darin terus berjalan tanpa hala tuju. Dan pemikirannya hanya satu ingin lari daripada rumah besar ini, dia ibarat burung yang terperangkap di sangkar emas.

Kakinya terus terpaku pada balkoni yang sangat besar Darin mula mendekati balkoni itu untuk melihat suasana luar rumah. Sekelilingnya terbentang dengan pemandangan pandang yang luas dan tidak jauh dari situ dapat dilihat pokok hutan yang tumbuh meliar.

Mata Darin terus melihat kearah bawah. Dia mengeluh saat melihat ramai lelaki yang memakai suit berwarna hitam sedang menjaga rumah.

"Macam mana nak lari.." kesal Darin dalam hati.

Kemudian Kakinya terus beredar dari balkoni tersebut. Matanya terus ternampak sebuah tangga. Darin tersenyum, tanpa berlengah dia terus berlari kecil kearah tangga. Satu persatu tangga dituruninya dengan perlahan.

Selapas tiba di tingkat bawah Darin terus mencari arah hujung rumah yang boleh dia temui dapur. Langkah kakinya tetap perlahan dan berhati hati.

"Quds jangan nakal, jangan buat tok, mak long, pak long susah. Ayah tak suka." Suara Rafael yang sedang menelefon sambil menghadap tingkap besar mengejutkan Darin. Terus dia berputar lari daripada Rafael.

"Ayah?...Mr Gonandez ayah?" Soal Darin dengan kerutan didahinya kemudian Darin terus berlalu melintasi Rafael tanpa membuatkan lelaki itu menyedari dirinya. Darin terus berjalan mencari arah dapur. Dia perlu ada senjata untuk melindungi dirinya. Dia perlukan pisau atau sesuatu barang yang boleh mencederakan lawannya. Memang kerja gila tetapi ini sahajalah cara untuk Darin melepaskan dirinya.

Langkahnya terus diatur. Dalam beberapa minit Darin berhenti melangkah, dia mula sesat. "Okey Darin bertenang" pujuk Darin sambil menarik nafas lalu dihembusnya perlahan. Darin cuba menenangkan dirinya dan dia cuba untuk tidak takut.

Langkah kakinya terus diatur. Darin mula melalui satu lorong yang boleh dikira akan sampai ke dapur dan setelah di hujung lorong Darin menarik nafas lega kerana tekaannya benar belaka. Sebuah kabinet dapur dari sisi dipandang Darin dengan senyuman. Dia terus berlari laju kearah kabinet mewah itu.

Dan pada saat itu juga Darin terdengar satu suara yang sedang bercakap. Dia menggelabah saat suara itu mula mendekatinya.

"Pintu." Kata Darin yang terlihat sebuah bilik yang pintu  tidak tertutup rapat lalu dengan pantas dia memasuki ruangan itu.

Darin menutup perlahan pintu itu tanpa menguncinya. Darin bersandar di balik pintu, matanya ditutup menahan ketakutan. "Kenapalah susah sangat nak lari." Darin terduduk sambil menutup mata mengenang nasibnya.

Kemudian dengan perlahan dia membuka matanya dia melihat sekeliling bilik yang baru sahaja dia masuk.

Di dinding terdapat banyak gambar kartun yang ditampal, lantai bilik yang terdapat pagar berwarna warni yang dipenuhi dengan mainan kanak kanak dan di tengah bilik terdapat pokok palsu yang diubahsuai menjadi gelongsor dan akar akar pokok diubahsuai menjadi tempat memanjat. Bilik itu sangat besar. Mata Darin melihat satu barisan titi yang merapat ke dinding.

"Ni taman permainan ke apa?." Soal Darin sendiri sambil melihat lagi sekelilingnya kemudian matanya berakhir di sebuah baby cot yang berwarna krim.

Seperti ada graviti yang menariknya untuk ke sana. Tanpa berlengah Darin terus menuju ke arah baby cot tersebut dan matanya terpaku saat melihat ada seorang bayi montel yang sedang tertidur pulas dengan botol susu yang terdapat di kedua genggaman tangannya.

Darin tidak memberi sebarang reaksi apa-apa melainkan hanya melihat bayi tersebut. Dan seperti ada graviti juga membuatkan Darin mengangkat bayi itu dalam dukungannya.

Dia melihat wajah bayi yang tidak berdosa itu dengan wajah sayunya. Tiba-tiba kelopak matanya terasa panas. Tangan kanan Darin memegang matanya manakala tangan kirinya tetap mendukung bayi tersebut.

Terdapat sebutir air mata di tangan kanannya. Mata Darin terus menatap bayi tersebut. "Ini perasaan apa." Dia seperti terharu, rindu dan takut. Semuanya bercampur menjadi pelbagai rasa.

Perasaan Darin seperti pernah dia rasakan sebelum ini tetapi perasaan ini seperti pada tahun yang sangat lama. Sungguh lama.

Bunyi pintu memusnahkan lamunan Darin dari pemikirannya. Mata Darin terus melihat seorang perempuan yang berumur pertengahan tahun menatapnya dengan terkejut.

"Puan..." kata perempuan itu gembira. Darin hanya melihat perempuan itu.

"Bila puan balik" kata perempuan itu. Darin memandang perempuan itu dengan kerutan didahi. "Puan dah sihat, puan ini saya. Cik Su." Kata cik Su sebaik teringat bahawa Darin baru sahaja lepas kemalangan jalan raya.

"Takpelah puan, puan tak ingat sayapun takpe tapi saya sangat bersyukur sebab puan ada dekat sini." Kata cik Su bahagia.

"Puan, Rora perlukan puan. Dia asyik menangis sebab dia nak susu. Saya dah bagi susu formula sebelum ini yang dia minum, tapi tak tahu akhir akhir ini dia tak nak. Penat tuan Rafael tukar tukar susu untuk Rora." Kata cik Su bercerita.

Tiba tiba bayi yang dalam dukungan Darin mengeliat lasak. Darin terus memeluk bayi tersebut. Dengan perlahan mata bayi itu terbuka melihat Darin. Darin terpaku melihat senyuman bayi tersebut lalu mula teresak menangis kecil.

"Rora.." kata cik su mendekati Darin lalu disuap muka Rora. "Puan susukan Rora ya dia lapar ni." Kata cik su. Darin terus memandang cik Su dengan pandangan terkejut.

"Saya?."
.
.
.

Segala kesalahan dan kekurangan dipohon ampun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Segala kesalahan dan kekurangan dipohon ampun. 😊🌟😘

DUS2: memoriWhere stories live. Discover now