Bab 26

864 63 4
                                    

Darin seperti ingin melempar sahaja telefon pintarnya. Sudah berhari hari dia cuba menelefon Hajar tetapi tetap begitu. Bukannya nombor itu tiada, nombor itu ada kerana tiap kali dia menelefon bunyi deringan dari arah sana masih kedengaran. Mana mungkin nombor itu mati ataupun nombor itu tidak berguna lagi.

Dia marah, dia mula naik angin dengan nama Ara Afrina.

"Siapa kau haaa!!!." Tengking Darin kemudian dia terus keluar daripada ruangan ruang tamu yang berada ditingkat atas. Kakinya laju menuju kearah dapur

Api kemarahannya membara bara saat dia tidak dapat jawapan langsung. Dia pelik dengan dirinya, dia rasa perkara itu tidak perlu memeningkan pemikirannya. Tapi dia seperti sangat rakus mencari maklumat

"Puan." Tegur kak Su saat melihat Darin melintasinya. Darin terus memandang kasar kearah Kak Su. Kak Su terus mendiamkan diri saat Darin memandagnya begitu.

"Kenapa kak Su?." Soal Darin saat merasakan dia salah tingkah.

"Puan tak apa apa, puan nampak marah." Kata Kak Su takut takut.

"Saya tak apa apa. Saya nak ambil air dekat dapur."

"Biar saya ambilkan."

"Eh tak apa," kak Su terus memandang Darin yang terus berlalu pergi. "Kak Su Rora masih tidur di nurseri kan?" Tanya Darin tiba tiba berhenti berjalan lalu memandang kak su.

"Ya puan dia masih tidur."

"Quds, Abid?."

"Ada di sana juga puan." Kata Kak su sekali lagi kemudian Darin terus pergi ke arah dapur.

Setelah meneguk segelas air Darin terus keluar daripada dapur. Darin terus melihat kelibat Harith yang duduk di atas meja makan, dia mula mendekati Harith.

"Harith." Harith terus memandang Darin tetapi tidak dihiraukan kemudian oleh Harith.

"Baru balik?." Soal Darin cuba berbual dengan Harith.

Harith hanya mengangguk dengan kata kata Darin kemudian dia bangun ingin berlalu pergi.

Darin merasakan tindakan Harith kurang ajar.

"Harith." Panggil Darin cuba melembut. Harith tidak menghiraukan panggilan Darin.

"Harithh!!" Jerit Darin, api kemarahannya muncul tiba tiba. Harith terus berhenti untuk bergerak. "Berhenti situ, pandang mama." Darin bangun dan mendekati Harith.

"Am I your mama?" Darin memandang Harith dengan perasaan marah. Harith menunduk.

"Look at me!!" Marah Darin lagi. Harith mendongak perlahan memandang Darin.

"Mama bukan tunggul tau, mama bukan benda yang kena tunggu sesuatu. Awak merajuk dengan mama, nak merajuk berapa lama. Harith layan mama macam mama ni bukan mama Harith."

"Mama minta maaf kalau Harith rasa yang mama ni tak berguna langsung. Harith tak suka mama dekat sini."

"Cakaplah!!!" Marah Darin lagi.

"Harith memang tak suka mama pun, right. Harith tak sayang mama kan."

"Okey... buat lah sesuka hati Harith, mama tak kesah dan mama tak nak ambil tahu!!!!!" Tengking Darin kepada Harith yang memandangnya mata kanak kanak itu terus berair saat Darin menengkingnya kembali.

Darin tidak mahu kalah melihat air mata Harith, pandangannya terus berubah melihat tempat lain dan matanya terus terpaku melihat Hakimi yang sedang berdiri tegak melihat dia dan Harith.

Darin terus berlari keluar dari ruangan meja makan. Dia berlari dan terus berlari. Dia mula rasa bersalah kepada Harith. Air mata Darin terus keluar saat di masuk ke dalam biliknya. Kakinya terus menjadi lumpuh, dia terjatuh di belakang pintu bilik tidurnya.

DUS2: memoriWhere stories live. Discover now