Bab 14

1K 79 1
                                    

kaki Darin kini berdiri betul betul di hadapan pintu rumah ibu bapanya. Dia hanya menatap pintu rumah itu tanpa sebarang pergerakkan.

"Masuklah, diorang tunggu tu. Lagipun dah nak dekat magrib." Kata Daria yang berada di belakang tubuh Darin.

Darin mula menggerakkan tangannya mengetuk pintu. "Assalamualaikum" laung Daria sebaik Darin mengetuk pintu. Selang beberapa minit kemudian pintu terbuka.

Darin hanya menatap orang yang sedang membuka pintu. kanak-kanak yang berusia lima tahun terus tersenyum kearah Darin.

"Mamaaaa" jerit kanak-kanak itu ceria dengan lajunya kanak-kanak itu memeluk kakinya seperti tidak mahu dilepaskan kemudian terdengar pula tapak kaki yang berlari mendekati Darin. Dan rambut budak itu berwarna perang keemasan dan tubuhnya agak berisi berbanding budak lelaki yang sedang memeluk kakinya kini.

"Mamaaa." Jeritan budak itu sungguh nyaring diperdengarkan Darin. "Mama mama mama..." sebut budak itu tidak putus putus memanggil Darin sebagai 'mama'.

Daria yang baru masuk hanya melihat anak-anak buahnya ceria dengan kedatangan ibu mereka kemudian tangan Daria menutup pintu masuk rumah ibu bapanya.

Kini kaki kiri dan kanan Darin dipeluk erat oleh kedua budak lelaki yang memanggilnya mama. Darin terus melutut sambil menghadap kedua budak itu.

"Mama Quds janji Quds takkan nakal, takkan lari lari. Takkan buat Abid." Kata Quds memandang Darin dengan bersungguh sungguh.

"Mama rindu Abid? Abid rindu mama. Haaaaa" kata Abid gaya budak kecil yang baru jumpa gula gula.

"Quds rindu mama." Quds terus memeluk tubuh Darin dan diikuti dengan Abid. Sangat erat seperti tidak mahu lepaskan Darin lagi untuk pergi jauh daripada mereka.

Perasaan Darin mula bercampur baur. Dia rasa kesian, sedih, simpati, janggal dan bermacam lagi. Semua itu menyerangnya kini.

"Mama pun rindu sangat anak-anak mama." Adakah itu ikhlas atau dia hanya ingin menenangkan hati kanak kanak itu. Dia tiada jawapan yang kuat.

"Ayah...mama dah balik." Kini Quds berlari kearah Rafael yang baru sahaja muncul didepan mereka.

"Ayah tahu. Mama akan balik." Kata Rafael memandang tepat kearah Darin. "Harith." Panggil Rafael memandang ke arah yang tidak dapat Darin lihat. Seorang budak lelaki mula muncul didepan Darin.

Budak itu. Budak lelaki yang dia jumpa tempoh hari. Tempoh hari di mana dia baru sahaja sedarkan diri. Budak itu yang berlari menjauhinya dengan linangan air mata kesedihan. Darin mula rasa bersalah kepada budak itu. Tapi apa yang mampu dia lakukan.

Harith mula mendekati Darin. Wajah Harith terpancar sinar rindu tetapi seperti ada satu garis yang memecahkan sinaran tersebut. Kini reaksi pada wajah Harith terlihat datar dan tanpa perasaan. Harith mula mendekati Darin perlahan.

"Mama." Kata Harith sepatah lalu Harith menghulurkan tangannya dan terus menyelami Darin selepas itu Harith menjauhi Darin.

Darin hanya melihat belakang tubuh Harith yang sedang menjauhi tubuhnya. Matanya kembali menatap Rafael yang sedang memerhatikan tingkah laku anak sulung lelakinya. Mata Darin beralih pula kepada Daria yang memandang Darin dengan senyuman.

※※※

"Malam ni Quds dan Abid tidur dengan mama." Kata Quds terus kepada Rafael yang sedang duduk di sofa yang berada di ruang tamu.

"Mana boleh, mama ayah punya." Kata Rafael menyakat Quds. Mulut Quds terus muncung.

"Tak boleh ayah dah besar. Ayah kena tidur sorang sorang." Kata Abid yang sudah berhenti mewarna di meja ruang tamu.

"Biar Abid, abang Quds dan Rora je tidur dengan mama." Kata Quds lagi sambil menunjuk Rora yang berdiri sambil berpegang pada meja kopi rumah tamu.

"Roraaaaa." Marah Abid saat adik bongsunya menjatuhkan pensil warna Abid satu persatu. Rora tidak peduli dia jatuhkan semua dengan buku bukunya sekali.

"Ayahhhhh." Renget Abid tidak puas hati kepada adiknya sendiri. Rafael hanya menatap sahaja anak lelaki bongsunya dan puteri tunggalnya itu.

"Mama.." Panggil Quds saat Darin melintasi belakang Rafael. Darin terus berhenti.

"Ya." Kata Darin.

"Malam ni Quds, Abid dan Rora tidur dengan mama boleh?." Kata Quds manja dan cuba memujuk.

"Mana abang Harith?."

"Dia tidur dengan abang Aizat dan abang Alif." Kata Quds.

Darin hanya mengangguk dengan jawapan Quds tanpa berlengah Darin terus berkata. " boleh, mama suka. Jom kita tidur mama dah ngantuk." Kata Darin kepada Quds suka. Di dalam hati Darin menarik nafas lega memang itu yang dia fikirkan sejak tadi di dapur. Kakak dan makya bersembang tetapi fikirannya terawang ke tempat lain.

"Jom cepatlah." Kata Darin lagi, berlari Quds dan Abid masuk biliknya manakala Rora hanya dipandang Darin. Darin sedang memikir macam mana nak ambil si bayi itu. Ambil sahaja lah apa susah tapi dia tidak mahu mendekati Rafael memandangkan Rora ada di kaki Rafael sambil berdiri memegang lutut lelaki itu.

"Awak bawak masuk Rora, yaaa" kata Darin lalu dia terus memasuki bilik tidurnya. Rafael hanya tersenyum seperti jangkaan dia Darin memang tak akan mendekatinya walaupun Rora ada di situ

Rafael terus mendukung Rora. "Malam ni ayah tak dapat tidur dengan mama. Rora nak tidur dengan ayah. Kita tidur dua ya. Ayah tak ada teman. Kita tidur kat lantai beralaskan tilam. Boleh?" Kata Rafael kepada Rora sambil tergelak dengan muka Rafael yang pasrah.
.
.
.

 Boleh?" Kata Rafael kepada Rora sambil tergelak dengan muka Rafael yang pasrah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Segala kesalahan
harap diampun.
😘😆💛

DUS2: memoriWhere stories live. Discover now