Bab 27

967 66 5
                                    

Darin menaiki tangga dengan keluhan berat. Biarlah Rafael melayan kedua anaknya itu, dia penat seharian suntuk kerana marah.

Nak terasa hati buat apa, dia hanyalah seorang ibu yang tak tahu apa apa. Sangat menyedihkan. Dia kadang amat benci dengan situasi dirinya sekarang. Tidak tahu apa apa, semuanya penuh teka teki.

Kadang dia rasa sangat kosong, terlampau kosong. Semenjak Rafael meninggalkannya bersama anak-anak. Padahal mereka ada juga yang menjaga.

Sofa yang ada di ruang legar tingkat atas aras biliknya diduduki Darin.
Baru kali pertama dia marah Harith dan baru kali pertama juga dia menghadapi perangai Quds dan Abid yang meragam. Sebelum ini dia sabar sahaja dan dia melayankan sahaja kerenah anak-anak itu.

"Macam mana dengan hari depan kalau sekarang dah huru hara." Kata Darin sedih memandang bingkai gambar yang terdapat gambar sejambak bunga yang berada di dalam pasu bunga tersebut.

Darin mula menunduk. Lalu dia memandang ke arah kanan yang menuju ke bilik Harith. Dia sebenarnya masih berasa bersalah kepada Harith kerana telah menengking anaknya itu sehingga menangis.

Muka Harith saat itu membuatkan Darin seperti ingin membunuh diri sahaja, dia tidak tahu kenapa kali ini dia tidak boleh kawal emosi adakah ini semua kerana nama seorang Ara Afrina.

Dia buntu. Serabut,  pemikirannya seperti sudah berselirat dengan pelbagai perkara.

"Aku perlu minta maaf dengan dia" kata Darin sedih, dia tidak mahu Harith makin menjauhinya. Ya, dia bersalah.

Memang Harith anak sulung tapi dia masih kecil bukan, masih tidak mengenali lagi apa itu realiti dunia sebenar, realiti perasaan sebenar, realiti pemikiran sebenar.

Kalau dia menjadi Harith juga, pasti dia kecewa jika orang yang disayanginya tidak mengingat siapa dirinya. Dia ingat lagi wajah kecewa, sedih Harith ketika Darin bertanya siapakah Harith

Wajah sinar bahagia Harith tatkala itu cukup bersinar saat melihat Darin memanggil Darin sebagai mama, tapi semuanya hampa kerana satu pertanyaan adik ni siapa?

Air mata Darin mula menitis mengingatkan peristiwa lepas. Dia memegang dadanya sakit menahan perit. Darin terus bangun lalu air matanya dilap kasar.

"Kau tak boleh menangis, kau kuat. Jumpa Harith dan minta maaf dekat dia. Ya." Kata Darin pada dirinya sendiri.

Darin terus menuju ke bilik Harith. Langkahnya semakin dekat pada pintu bilik Harith. Timbul pintu dipegang Darin dengan lafaz bismillah Darin terus memulas timbul tersebut dan kakinya terus melangkah masuk ke dalam.

Suasana bilik sunyi dan agak malap. Darin cuba mengfokuskan matanya untuk melihat sekeliling bilik. Katil yang berada di tengah bilik didekati Darin.

Dengan perlahan Darin duduk di sisi katil lalu lampu tidur yang berada di depannya dibuka Darin.

Mata Darin dapat melihat rambut yang kelihatan di kepala katil manakala badan ditutupi dengan selimut. Harith yang sedang berselubung dalam selimut membuatkan Darin tersenyum melihat kanak kanak itu yang langsung tidak berpaling kepadanya untuk melihat siapa yang datang.

"Harith.." panggil Darin perlahan nama anaknya itu.

"Mama minta maaf.... sebab marah Harith." Kata Darin tanpa basa basi.

"Harith boleh maafkan mama?." Tanya Darin, matanya tidak lepas lepas melihat kepala Harith.

"Harith tak nak cakap dengan mama langsung ke?."soal Darin lagi.

"Janganlah buat mama macam ni" kata Darin sambil tangannya menarik selimut tidur Harith kebawah.

Darin hanya melihat badan Harith yang memakai pinjaman. Darin terus pegang pipi Harith untuk memberikan sentuhan kasih tetapi pegangan Darin berhenti.

"Panas." Kata Darin terkejut.

"Harith..." panggil Darin sambil menarik badan Harith menghadapnya. Darin melihat muka Harith yang ketika itu sangat lemah, dipeluk badan Harith.

Rasa panas pada badan Harith sangat kuat. "Harithhh..." panggil lagi Darin.

"Ma....ma.." panggil Harith lemah kepada Darin.

"Harith demam" air mata Darin mula jatuh. " tunggu sini mama panggil ayah." Kata Darin cemas lalu terus keluar mencari Rafael.

Darin terus berlari keluar mencari Rafael. "Rafael!!.

"Rafael.!!"

"Rafael.!!" Jerit Darin memanggil suaminya itu saat melihat Rafael tidak ada lagi di ruangan makan.

"Rafael.!" Panggil Darin dengan tangisan.

"Darin..." panggil Rafael pula Darin terus memandang suara Rafael.

Darin terus berlari kearah Rafael. "Harithhh, harithhh demam badan dia panas." Kata Darin cemas.

"Haaaa.... mana dia"

"Bilik dia." Kemudian Darin dan Rafael terus berlari kearah bilik Harith.

"Harith." Panggil Rafael terus memanjat katil Harith.

"Rodalfo Harith." Panggil Rafael lagi sambil memegang badan Harith yang panas. Darin hanya terpaku melihat tingkah Rafael. Dia tidak tahu harus berbuat apa.

"Saya call doktor, dia susah nak demam. Macam mana boleh demam mengejut pulak ni" Kata Rafael kemudian keluar untuk menghubungi doktor.

Darin mendekati tubuh Harith lalu dipeluk badan Harith.

"Ma... ma" panggil Harith lemah. "Harith minta maaf." Kata Harith lagi.

"Shuittt, Harith sakit tunggu doktor ya." Kata Darin cuba untuk membuatkan Harith tidak terasa terbeban. Darin mula diselubungi dengan rasa bersalah.

"Harith demam sebab mama marah. Mama minta maaf." Kata Darin kemudian Darin memeluk tubuh kecil Harith.
.
.
.

" Kata Darin kemudian Darin memeluk tubuh kecil Harith

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

Maaf sekiranya terdapat kesalahan.
.
.
😄😘😀

DUS2: memoriOù les histoires vivent. Découvrez maintenant