Bab 19

1K 76 1
                                    

Dari jauh Darin melihat Quds yang sedang duduk di atas kerusi sambil berkerut kerut wajah. Quds bersama seorang guru yang mengajarnya membaca. Kerutan di wajah Quds cukup melucukan dan sangat comel. Anak kecil itu berusaha sebaik mungkin untuk membaca.

Dan sekarang barulah Darin tahu rutin harian mereka tetapi hanya pada waktu pagi sahaja, memandangkan ini kali pertamanya Darin melihat rutin yang kebiasaan mereka lakukan. Harith akan pergi sekolah pada waktu pagi dan balik entah pukul berapa manakala Quds dari pukul 9 sampailah sekarang pukul 12 dia masih disitu. Duduk disitu untuk belajar.

Abid dengan Rora pula bertapa di bilik nursery yang ditemani dan diuruskan oleh pembantu rumah. Dia dilarang sekeras kerasnya oleh pembantu rumah untuk mendekati Abid. Kata pembantu rumah nanti Tuan marah habislah kami. Darin hanya akur sahaja.

Baru dia tahu salah seorang pembantu rumah disini digajikan untuk melayan Abid dan pembantu rumah itu juga harus mengajar Abid untuk mengajar pembelajaran kanak kanak yang berumur tiga tahun.

Dan Rora bersama susu dan tangisan bayinya. Ahhh, kesiannya tetapi Darin boleh mendekati Rora tapi malangnya Rora sedang tidur. Dan disinilah Darin berdiri sambil melihat Quds yang masih berkerut wajah.

Kemudian Kaki Darin terus beredar pergi. Kesana kesini tanpa tujuan. Apa yang boleh dia lakukan. Dia pun kurang pasti.

Rumah ini cukup besar dan kakinya juga telah jelajah setiap penjuru rumah lalu Darin terus duduk sofa yang berwarna hitam.

Darin duduk dan cuba mencari keselesaan yang mungkin. Setelah terasa selesa dia mengeluarkan keluhan dari mulutnya.

"Bosan ke?" Soal Rafael tiba tiba. Darin terus menoleh melihat Rafael. 'Aduhhh, lelaki itu memang suka datang mengejut ke?.' Kata Darin dalam hati.

"Jom"

"Mana?." Soal Darin. Okey kali ini Darin cuba berbaik dengan Rafael walaupun peristiwa hitam itu masih segar diigatannya. Dia perlu.

"Jom jelah."

"Anak anak." Soal Darin.

"Mereka akan okey. Mereka dah biasa." Kata Rafael dengan senyumannya.

"Jom, nak saya dukung." Kata Rafael mengangkat keningnya. Darin terus menggelengkan kepala laju kemudian Darin mengikut langkah Rafael entah kemana.

※※※

"Mereka dah biasa kita tinggalkan mereka."

"Tapi mereka masih kecil." Kata Darin melihat Rafael yang sedang memandu kereta sedan mewahnya.

"Sebab mereka kecil lah kita kena ajar dari awal."

"Tapi..."

"Awak masih Darin yang sama." Kata Rafael memintas kata kata Darin. Darin terdiam.

"Dulu kita akan membahaskan benda ini panjang lebar. Dan juga boleh berlarutan." Kata Rafael memandang sekilas kearah Darin.

"Saya sokong Darin yang itu." Kata Darin tidak gentar. Rafael tergelak dengan tingkah Darin.

"Tapi malangnya awak dah setuju." Kata Rafael lagi. Darin terus menarik muka tidak suka. Anak anak mereka masih kecil masih memerlukan Darin dan Rafael. Adakah kerana Rafael mempunyai wang dia boleh mengajikan sesiapa sahaja untuk menjaga anak anak mereka. Darin terasa yang dia seperti ibu yang tidak berguna.

"Awak membuatkan saya seperti seorang ibu yang tak guna." Kata Darin protes, badannya disandar ke kerusi. Rafael terus gelak lepas.

DUS2: memoriWhere stories live. Discover now