Bab 7

1.1K 78 4
                                    


Tubuh Rafael terus menyandar di kerusi restoran mewah yang baru didudukinya. Zarul yang berdiri di belakang Rafael sentiasa setia dengan tuannya. Mata lelaki itu seperti helang menatap kelilingnya. Sangat berwaspada dan cekap.

Rafael terus menghela nafas saat tab yang dipegangnya menunjukkan Beberapa maklumat hotel Gonandez yang berada di seluruh dunia. Mata Amber milik lelaki itu tetap menatap tanya tanpa sebarang ganggu kemudian beberapa minit pesanan makanannya sudah sampai.

Zarul dibelakang Rafael mengambil makanan dari pelayan tersebut dan memberi kepada Rafael. Kemudian pelayan itu beredar.

"Ada terima apa apa tentang  Iskandar group dari Encik Syarif" soal Rafael melihat Zarul. Syarif merupakan orang kanannya.

Zarul terdiam seketika melihat mata tegas tuannya. "Masih belum" kata Zarul lancar" tapi semuanya akan baik." Kata Zarul ringkas pula.

"Semuanya?" Soal Rafael seperti tidak mempercayai lelaki itu. Mata Rafael seperti menguji tentang apa yang diperkatakan Zarul.

"Saya akan pastikan balik pada Encik Syarif " kata Zarul yakin.

Rafael kemudian melepaskan tawa saat wajah Zarul terlihat lebih serius.

"Saya sudah tahu semuanya okay daripada Encik Syarif. Jika berlaku apa apa masalah dekat Iskandar group mungkin mama akan cekik saya dan sentiasa akan ingatkan saya tentang susah payahnya ayah menaikkan Iskandar group" kata Rafael tersenyum. Zarul tetap begitu muka tanpa reaksi apa-apa.

"Orang zaman sekarang boleh buat apa dengan segunung duit yang dijanji " kata Rafael bersahaja.

Dan tiba tiba ada suara kerusi yang ditarik didepan Rafael.

"Rafael" kata lawan bicaranya yang sedang duduk bertentangan dengannya. Muka Rafael langsung tidak menunjukkan riak wajah terkejut tetapi sebaliknya iaitu takjub melihat lelaki di depannya itu.

"una sorpresa" kata Rafael pekat dialek Sepanyol miliknya. Lelaki itu tergelak dengan percakapan Rafael yang mula berkata bahasa ibundanya.

"Jauh kau pusing Javier ?" Soal Rafael sinis kepada sepupu.

"Gonandez" kata Javier sepatah.

"Kau tak ada hak langsung nak sebut nama tu." Kata Rafael menatap Javier yang rupawan, lelaki itu memiliki rambut perang cerah dan mata berwarna Amber sama dengannya. "Selepas pengkhianat yang dibuat kau lupa kau dan ayah kau bukan lagi Gonandez." Kata Rafael tegas.

"Come on Rafael duit segalanya."

"Disebabkan duitlah kau dan ayah kau menjadi hina di Gonandez." Kata Rafael menghina Javier. Wajah Javier mula menunjukkan kemarahan tangan yang berada di bawah meja dikepal Javier.

"Kenapa dalam kesemua Gonandez kau yang paling liat dan payah, sepupu kesayanganku." Kata Javier mengawal sikap marahnya tetapi langsung tidak membuatkan Rafael terusik langsung.

Rafael menunjukk jari telunjuknya pada Javier lalu tersenyum. "Jangan berdrama katakan apa yang kau mahu dan pergilah dari sini."

"Aku akan ambik balik hak aku dan kau akan bertemu dengan banyk kejutan." Kata Javier lalu bangun dan santai meninggalkan Rafael.

Mata Amber Rafael masih menatap Javier pergi dan mulutnya terus berkata kepada Zarul yang tidak terusik langsung saat Javier ada di depan matanya." kau check semua perjalanan dia, kemana dia pergi dan urusan dia juga. Dia mengugut Harith Rafael Gonandez." Kata Rafael tersenyum dengan kebodohan Javier yang ingin mengambil balik haknya yang disia siakan di tahun yang tidak akan pernah kembali.

※※※

Mama...mama...mama..." suara sayup sayup kedengaran di sepasang telinga.
Darin membuka mata.

DUS2: memoriWhere stories live. Discover now