Bab 2

1.8K 78 0
                                    

Darin menilik dirinya di depan cermin lalu keluhan kecil keluar dari mulutnya. Pinggangnya dipegang kemudian pinggulnya pula dan beralih arah pula ke perutnya.

Rafael dari jauh hanya melihat Darin yang tidak perasan dirinya sedang diperhatikan oleh sang suami. Mulut lelaki itu tidak putus putus tersenyum melihat gelagat Darin yang sedang asyik merungut.

Dengan perlahan Rafael mula datang mendekati lalu badan Darin dipeluk dari belakang, rambut Darin dihidu lalu dicium sayang pada kepala tersebut. Darin hanya membuat muka.

"Sayang, awak pakai t-shirt dan track pant saya." Kata Rafael. Darin terus terdiam seketika.

"Kenapa?" Soal Rafael menggoda dengan suara dalamnya sambil melihat pantulan cermin yang menunjukkan tubuh isterinya. Rambut Darin tidak henti henti dihidunya serta dicium.

"Mi Amado, jangan nak goda saya boleh tak." Kata Darin cuba meleraikan pelukan Rafael. Rafael terus melepaskan pelukan itu dan saat itu juga badan Darin berpusing menghadap suaminya itu yang tinggi serta besar daripadanya.

"Sayang gemuk." Kata Darin kepalanya terus tertunduk di badan Rafael.

"Mana?" Soal Rafael. Darin terus mendongak melihat Rafael.

"Takkan tak nampak." Soal Darin garang.

"Takpelah biarlah berisi lagi mengancam." Kata Rafael menggoda. Darin seperti mahu menelan suaminya itu hidup hidup.

"I'm 79 kg you know." Kata Darin bercekak pinggang.

Dengan pantas Darin menyelak baju suaminya. Rafael terus terkejut dengan tindakan Darin. Kemudian Darin menyelak bajunya pula.

"Perut awak kempis dan hot, 6 pack tapi tak nampak dah, mana ni" Tanya Darin, Rafael hanya menggeleng singkat tidak tahu.

"Tapi awak tetap fit. Saya pulak tetap kembung, one pack ." Rungut Darin. Rafael terus memeluk Darin erat kerana sikap Darin yang kelakar.

"It's okey sayang. Awak kejar Quds tak berubah apa apa ke?." Soal Rafael. Reaksi Darin terus berubah.

"Penatlah kejar dia lebih baik kejar Abid terkedek kedek berlari. Haaaa senang kejar" kata Darin bahagia.

Kemudian dengan pantas Rafael mengangkat tubuh Darin lalu dilambungkan tubuh itu. "Boleh lagi lambung. Okeylah ni." Kata Rafael, Darin cuba melihat kejujuran di wajah suaminya itu lalu tersenyum.

"Tak pergi mini gym?" tanya Rafael, Darin memandang Rafael dengan sengihan lalu menggelengkan kepalanya.

"Pergilah, saya buat semua tu untuk kegunaan kita." Kata Rafael lembut. "Kenapa tak guna?" Tanya Rafael lagi.

"Tak ada masa" jawab Darin singkat.

"Itu jawapan bagi orang yang malas." Kata Rafael selamba. Dengan pantas Darin terus mencubit perut Rafael, Rafael mengaduh sakit dan pura pura ingin menjatuhkan Darin. Darin pegang leher Rafael kuat-kuat. Rafael mengaduh sakit lagi. Dan Darin memberi isyarat jangan jatuhkan saya!

Wajah Darin mendekati pipi rafael lalu dicium pipi itu berulang kali.

Tetapi

Suara tangisan bayi membuatkan Rafael dan Darin menghadap sesama sendiri perlakuan mereka berubah serta merta. Kemudian Rafael meletakkan Darin dan mereka berdua terus menuju kearah bilik bayi perempuan mereka.

※※※


Langkah Darin terus memasuki ruangan mini cinema di rumahnya lalu mendekati hero heronya.

"Mi Amado,...." panggilan Darin manja. "esok hari apa?" Soal Darin kepada Rafael yang sedang duduk menonton movie kartun wreck it Ralph bersama hero heronya.

DUS2: memoriحيث تعيش القصص. اكتشف الآن