Bab 23

857 63 10
                                    

Matanya dibuka perlahan, Darin Cuba mencari sinaran tetapi suasana agak suram. Kepalanya sedikit pening. Darin cuba dudukkan dirinya di atas katil

"Hey..." satu suara menegurnya dengan lembut. Darin mencari punca suara itu kemudian dia memberi senyuman kepada Rafael.

"Ada rasa apa apa?. Pening?, nak muntah?, sakit?" Soal Rafael risau kepada Darin.

Darin tersenyum dengan kata kata Rafael. "Saya okey. Apa dah jadi?." Kata Darin lemah.

"Awak pengsan"

"Oh,.. ya" kata Darin mengingati apa yang sedang berlaku pada dia tadi. "Awak tolong saya?."soal Darin lagi.

"Kimi tolong." Kata Rafael laju, Darin mengangguk dengan kata kata Rafael.

"Rora?."

"Dia okey." Kata Rafael dengan soalan Darin kemudian dia mendekati meja kecil yang berisi makanan yang tidak jauh daripada katil. "Awak makan ya." Kata Rafael kemudian memberikan makanan kepada Darin.

"Hmmm, saya lapar."

"Saya suapkan okey." Darin tersenyum dan hanya mengikut sahaja kata kata Rafael.

※※※

air masak yang ada di dalam gelas diteguk Darin sampai habis, kemudian dia menyandarkan dirinya di penghadang katil manakala Rafael sedang membetulkan selimut pada tubuh Darin.

Selepas itu Rafael meletakkan pinggan serta cawan di atas meja itu.

"Boleh saya tanya satu soalan?." Soal Darin teragak agak. Rafael terus menoleh kearah Darin.

"Soalan apa" tanya Rafael pula dan tubuh lelaki itu mula mendekati Darin.

Darin hanya melihat pergerakkan Rafael yang mendekatinya kemudian dia menarik nafas, agar dirinya tidak gentar. Dia tak tahu kenapa dia gementar untuk bertanyakan soalan.

"Darin" panggil Rafael saat tiada suara yang keluar daripada mulut isterinya itu.

Darin hanya melihat Rafael kemudian dia mula bersuara. "Siapa Ara Afrina?" Tanya Darin sekali lafaz.

Darin dapat melihat perubahan drastik pada wajah Rafael. Lelaki itu terlihat terkejut dengan soalannya.

"Siapa dia?." Soal Darin lagi.

"Mana awak dapat nama tu?." Soal Rafael pula tanpa jawapan buat Darin.

Darin mengerutkan dahinya dengan pertanyaan Rafael.

"Tadi saya tengok tv, Rora tertekan remote. Saya tak tahu dia tekan apa, lepas tu ada muncul satu video." Rafael hanya mendengarkan sahaja kata kata Darin.

"Budak tu macam dekat luar negara, masa tu musim salji, dia pakai kot merah. Dia cakap nama dia Ara Afrika. Lepas tu dia cakap mama, ibu." Kata Darin terangkan pada Rafael.

Rafael hanya memandang Darin sahaja. " dia bukan sesiapa, dia budak yang awak jumpa masa kita pergi new york. Tu je."

"Tapiii... saya macam dah biasa dengan dia." Kata Darin lagi penuh kesungguhan.

"Saya tengok budak tu, saya rasa sedih kecewa, sakit, rindu." Kata Darin termenung memandang selimut di kakinya. "Lagi lagi bila dia cakap.." Darin mula memandang kembali kearah Rafael " Ara sayang sangat mama, saya rasa lagi..

DUS2: memoriWhere stories live. Discover now