bab 25

819 57 7
                                    

Rafael menghempaskan tubuh badannya dengan kasar di atas kerusi kerja di ruangan bilik kerja rumah agamnya.

Rafael menutup mata lalu mendegus marah. Dia cuba menenangkan hatinya yang semakin gundah. Jantungnya bagaikan nak pecah saat melihat Darin memegang rantai rama rama levender itu.

Dia mengutuk sekeras kerasnya dirinya kerana lupa akan rantai itu. Rantai yang sangat bermakna pada Darin. "Macam mana aku boleh lupa rantai itu."

"Macam mana kalau Darin ingat semula" kata Rafael resah. "Tapi aku nak dia sembuh" rintih Rafael.

Rafael terus menyandarkan badannya. Dia takut sangat takut jika Darin ingat semula tapi dia ingin Darin sembuh juga pada masa yang sama. Mana mungkin dia tidak mahu melihat Darin sembuh, Dia juga mahu Darin mengingat semula ingatannya.

Ingatan terakhir Darin adalah saat perempuan itu kecewa, marah dan rasa jijik pada dirinya. Dia tidak mahu Darin rasa begitu pada dia. Memang itu salah faham tapi untuk menenangkan isterinya bukan mudah apatah lagi isterinya sudah berkata bahawa Rafael curang. Dia sangat tidak menyangka ulang tahun perkahwinan mereka yang buat kali ke lapan adalah tragedi ngeri buat Rafael.

Pasal Ara. Dia tidak mahu Darin tahu pasal Ara kerana dia juga tidak mahu Darin lebih merasakan jijik pada dirinya sekiranya Darin mengetahui bahawa dia merogol perempuan itu sehinggalah mengandung. Dia tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku.

Tidak mahu Darin pulih dan tidak mahu Darin mengetahui tentang Ara. Itu perkara yang sangat berbeza. Dia hanya inginkan satu, dia menginginkan Darin tidak meninggalkan dirinya. Hanya itu sahaja. Dia sangat berjaga jaga apabila bertindak dan dia rasa kadang itu tindakan yang dibuat adalah satu kesalahan yang besar dan tak patut.

Rafael runsing memikirkan semuanya. Pening. "Ya allah, apa yang aku kena buat... semuanya tidak kena" kata Rafael sedih memohon petunjuk kepada pencipta.

"Adakah aku kena biarkan sahaja?." Soal Rafael.

※※※

Darin terus mengeluh selepas mematikan panggilan telefon pintarnya.

"Kak Ya pun tak tahu siapa Ara Afrina. Nama budak itu penuh dengan teka teki." Rungut Darin.

"nama tu aku pernah baca dekat kubur yang berdekatan dengan kubur ayah. Takkan Kak Ya tak tahu!!!." Dia menelefon kakaknya saat mengingati nama itu pernah dia jumpa di tanah perkuburan islam di Langkawi.

"Siapa kau Ara Afrina." Darin terus duduk memeluk lutut.

"Ingat balik suara siapa tu. Mama, ibu." Darin cuba mengenal pasti suara orang yang memegang kamera itu.

Darin termenung sambil cuba mengingati. Cuba dan terus mencuba.

"Hajar.... "

"itu suara Hajar!!." Kata Darin gembira kemudian Darin terus membelek telefon pintarnya kembali. Ruangan log panggilan dicari Darin nama Hajar.

"Hajar." Kata Darin saat menemui nombor tersebut, Darin menarik senyuman kemudian dia menelefon nombor tersebut.

Dia tunggu penuh sabar nombor tersebut. Tiada jawapan.

Dia cuba telefon kembali. Cuba dan terus mencuba. Tiada jawapan.

"Mungkin dia busy." Kata Darin cuba menenangkan dirinya saat mengetahui yang Hajar adalah satu satunya kunci teka teki kepada nama Ara Afrina. Rantai rama rama levender di tangannya digenggam kuat penuh harapan. Dia tidak tahu mengapa dirinya begitu ingin tahu siapa itu Ara Afrina.

Tiba-tiba pintu dibuka kasar dari luar. Darin terkejut melihat muka Rafael yang cemas.

"Saya perlu ke Taiwan ada masalah di sana. Awak duduk rumah dan jaga anak" kata Rafael. Darin terus mendekati Rafael.

"Kenapa?... Awak nampak terburu buru." Kata Darin pada Rafael.

"Hotel Gonandez dekat Taiwan terbakar. Sebahagian bangunan telah hangus." Kata Rafael.

Darin terkejut dengan jawaan Rafael. Kemudian dia mengikuti langkah kaki Rafael yang laju kebawah.

Mata Darin melihat Syarif yang sudah bersedia saat melihat kelibat Rafael muncul.

"Macam mana semua?"

"Ada yang terkorban dalam bangunan. Hotel dalam keadaan lumpuh." Jawab Syarif lancar.

"Allah" itu ayat yang keluar dari Rafael. Lelaki itu bercekak pinggang mendengar berita tersebut. Darin yang berdiri tidak jauh dari Rafael ditatap hiba.

Tiba-tiba terdapat dua orang lelaki baru keluar dari pintu utama rumah agam milik Rafael.

"Semua sudah siap?" Kata Syarif kepada pekerja pekerja bawahannya.

"Sudah" jawab mereka serentak.

"Okay." Kata Rafael setelah itu dia menoleh kepada Darin.

"Kenapa masih dekat sini. Nanti saya balik, okay. Kejap ja." Kata Rafael seerti sedang memujuk Darin. Darin hanya mengangguk patuh.

"Hati-hati." Kata Darin lagi kemudian kereta yang terdapat Rafael dipandu keluar perkarangan rumah agam mereka.
.
.
.

" Kata Darin lagi kemudian kereta yang terdapat Rafael dipandu keluar perkarangan rumah agam mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pendek tak.
Segala kekurangan jingga minta maaf. 😂😊😘

DUS2: memoriWhere stories live. Discover now