Bab 3

1.4K 79 3
                                    

Rafael yang sedang memasang butang kemeja yang berwarna kelabu dipandang Darin. Lelaki itu langsung tidak melayani dirinya. Kini blazer hitamnya pula disarungkan pada tubuh tegap lelaki itu.

Rafael berpusing menghadap Darin lalu dicium dahi Darin dan berkata. "Saya nak pergi. Sekarang ni banyak masalah dekat hotel pasal booking bilik, sistem down banyak kali" kata Rafael lalu mencium dahi Darin. Darin hanya tersenyum sahaja kepada Rafael tetapi dalam hati ini. Tuhan sahaja yang tahu betapa membaranya dia apabila Rafael tidak berkata apa apa mengenai ulang tahun perkahwinan mereka.

"Okey, tapi saya nak pergi kedai" kata Darin.

"Boleh sahaja." Jawab Rafael kemudian Rafael dan Darin melangkah keluar bilik dan mereka bersama sama pergi ke aras bawah rumah agam mereka.

"tak sarapan?" Rafael menggeleng.

"Saya dah lambat, sebab awak la" Darin memandang Rafael menyampah sambil tersenyum lalu Darin menyalami Rafael. Tubuh Rafael kini telah masuk ke pintu penumpang belakang kereta mewahnya.

Selang beberapa minit kereta yang dinaiki Rafael sudah hilang di pandangannya. Darin mengeluh seketika dan kakinya terus melangkah kearah meja makan. Terlihat Harith sedang asyik menjamu selera ditemani bodyguard yang bernama Hakimi yang berusia 23 tahun.

"Kimi hari ini saya hantar Harith ye." Kata Darin kepada kimi yang memiliki badan yang tegap juga.

Harith terus berhenti makan lalu memandang Darin yang sedang mengusap rambutnya. "Mama hantar Harith pergi sekolah. Yayy, mama hantar." Kata Harith teruja.

"Hmm," Darin mengangguk "dah cepat makan." Kata Darin sambil membetulkan tudung hitamnya sambil berjalan mendekati Kimi.

Dia pada waktu siang memang kena pakai tudung tetapi tidak pada waktu malam. Waktu siang ramai yang bukan mahram akan datang kerumahnya iaitu bodyguard bodyguard yang diupah Rafael.

Kadang Darin merungut. Kenapa perlu ramai sangat bodyguard dan Rafael akan jawab itu semua demi keselamatan mereka. Darin akur sahajalah.

Kimi memandang Darin seketika. "Tuan tak benarkan puan memandu." Kata Kimi sopan. Darin terus tersenyum kearah kimi.

"Ya, saya tahu." Kata Darin "Tapi hari ini saya hantar Harith sebab saya nak terus ke kedai lepastu nak pergi ke office tuan. Hari ni saya nak pergi office dia, nak bagi kejutan." Kata Darin memandang Kimi. Kimi hanya tersenyum sahaja memandang majikannya itu.

Membara pula hati Darin saat Rafael tidak mengingati hari istimewa mereka semalam, biar dia buat kejutan dekat lelaki tu. Lepastu dia akan mula menyerang Rafael dengan bebelan tiada hentinya. kalau benda lain laju ja si Rafael tu. Marah hatinya.

"Kalau macam tu baiklah. Tapi balik saya ambil dia. Itu tugas saya untuk menjaga tuan Harith." Kata Kimi, Darin mengangguk kemudian Darin terus memandang Harith yang sedang makan.

"Saya pergi keluarkan kereta ya puan" Darin terus mengangguk lagi dengan kata kata Kimi.

"kak Su."panggil Darin saat pembantu rumahnya berjalan ke arahnya.

"Rora tu dia tak bangun lagi. Abid pun sama. Lagi satu macam biasa kejut Quds sebelum pukul 9 sebab cikgu dia datang pukul 9, jangan lewat." Kata Darin pada pembantu rumah mereka Kak Su.

"Baik puan"kata Kak Su patuh .

"Hari ini saya ke kedai, boleh tolong semua tu?." Kata Darin meminta pertolongan.

"Boleh sangat puan. Saya akan buat" kata Kak Su tersenyum.

"Minta tolong orang lain jugak tau. Siti ke ketty ke atau sesiapalah ya." Pesan Darin lagi sambil memanggil nama pembantu pembantu rumah yang lain Kak Su mengangguk lagi. Dan pada saat itu juga ada seorang pembantu rumahnya lagi memberikan Darin bekas.

"Terima kasih."

"Dah" kata Harith saat makanan yang berada di pinggan habis dimakan.

※※※

"Dah sampai," kata Darin setelah menarik handbrake. Darin terus menghulurkan tangannya untuk Harith salam tangan dia.

Harith terus salam tangan Darin selepas itu pintu penumpang hadapan dibuka tetapi ditahan Lengannya oleh Darin. Mata Harith terus memandang mamanya.

"Kenapa?" Soal Harith.

"Harith tak cium mama pun."Kata Darin separuh merajuk. Harith memandang Darin sambil garu kepala

Darin terus menyuakan pipinya kepada Harith dan menunggu Harith untuk cium dia.

"Mama tunggu." Kata Darin mengada ngada. "Where is my handsome boy."

"Harith dah besarlah mama." Kata Harith.

"cium mama je pun." Kata Darin.

Tanpa berlengah Harith terus mencium Darin dan dengan pantas juga Darin terus mencium kedua pipi Harith. "Mama..." Harith mengeluh dan terus tergelak dan cepat cepat keluar.

Darin terus membuka tingkap kereta melihat anak lelakinya itu berlari.

"Hai Rodalfo." Kata cikgu yang menyambut pelajar di ruangan lobi sekolah selepas itu cikgu tersebut tersenyum kearah Darin. Darin mengikut tersenyum sekali.

Tanpa berlengah Darin terus memandu ke sebuah Mall yang terdapat kedai miliknya. Selepas dia melahirkan Harith dia telah membuka sebuah kedai peralatan sukan yang menjual pelbagai jenama barangan sukan.

Kemudian Darin teringat perlakuan Rafael yang tidak melayani tentang tarikh keramat mereka. "Dia ni tak ingat ke pura pura tak ingat." Kata Darin sambil berfikir.

"Ke dia ada perempuan lain." Kata Darin cemas. " kalau dia ada perempuan lain, memang aku lari lagi. Kali ini bawa anak anak sekali." Kata Darin seorang diri sambil tergelak. Mana mungkin Rafael curang. Rafael sangat menyayanginya dan dia juga sangat menyayangi Rafael.

"Ehhh, Darin fikir positif. Mungkin dia nak buat kejutan kot." Kata Darin tersengih seorang diri.

"Okey, okey. Dia nak buat surprise kan. Takpe biar kita surprise kan dia dulu." Kata Darin penuh agenda, bungkusan kek di belakang dipandang sekilas.











" Kata Darin penuh agenda, bungkusan kek di belakang dipandang sekilas

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Maaf sekiranya terdapat kesalahan dan kekurangan.😘😘😘

DUS2: memoriOnde histórias criam vida. Descubra agora