Bab 20

1.1K 79 1
                                    

"Kedai tu guna duit awak tak?." Soal Darin saat kereta yang dipandu Rafael mula keluar daripada tempat parking mall.

Rafael mengangkat kening lalu dipandang Darin sekilas. "Masa nak mulakan memang perlukan duit."

"Duit awak?." Soal Darin kembali.

"Ya." Kata Rafael, Darin terus terdiam.

"Tapi saya tak campur pasal apa apa tentang business awak cause you don't allow me"

"Ohh." Jawab Darin singkat.

"Tapi awak bayar balik duit tu. Hutang masih ada jangan lupa." Kata Rafael sambil tergelak. Darin juga terikut tergelak padahal dia tak tahu apa yang lawaknya.

"Jadi lepas ni nak pergi mana?." Tanya Darin semangat.

"Adalah."

Suasana dalam kereta mula sunyi. Dia tak tahu nak sembang apa lagi dengan Rafael. Dia rasa janggal pula. Rafael pula tak ada apa-apa ke nak tanya. Masih sakit kepala ke?, Masih pening ke?, ingat apa apa ke?, Selera makan okay ke? Atau apa apa. Bisik Darin dalam hati.

"Lepas Quds habis belajar dia buat apa?." Soal Darin spontan untuk memecahkan kesunyian mereka.

"Kerjalah." Kata Rafael selamba. Darin terus berkerut dengan jawapan Rafael.

"Haaa!!, itu lambat lagi....maksud saya lepas dia habis belajar kat rumah apa aktiviti dia?." Tanya Darin lagi dengan membetulkan ayatnya.

Haih lelaki ni main main kan dia ke?.

"Baru saya faham dengan soalan awak." Kata Rafael. Darin memandang Rafael dengan kerutan. Cerewet sungguh.

"Dia main dengan Abid, lepas tu dia buat apa sahajalah yang dia suka macam lari, lompat sana lompat sini ataupun sakat Abid sampai nangis." Darin tercengang dengan kata kata Rafael.

"Abid..." seru Darin nama anak mat sallehnya. Badan tembam Abid terus melintas pada pemikirannya.

"Dia akan okey. Dia dah biasa, kalau diorang penat diorang akan tidur. " Kata Rafael lagi.

Rafael sangat selamba, seperti tidak kisah sangat tentang anak anak mereka. Darin kembali terdiam.

"Kalau, kalauu... takpelah" Darin tidak jadi untuk berkata.

"Harith." Kata Rafael nama anak sulung lelakinya.

"Dia akan balik dalam pukul 2 petang. Lepas tu dia akan buat kerja dia. Kalau dia ada kerja sekolah dia akan buat kalau dia tak ada kerja sekolah dia akan baca buku. Itu hobi dia. Dia suka membaca, suka suasana yang sepi, suka bersendirian. Dia anak kita yang paling misteri." Kata Rafael panjang lebar menceritakan anak sulung mereka.

"Dia tak seaktif Quds dan tak semanja Abid dan tak sebising Rora." Kata Rafael sambil memandang Darin sekilas "Saya faham dia macam mana tapi awak sentiasa menang dalam hal yang berkaitan dengan dia." Kata Rafael lagi.

"Dia masih ingat yang saya tak ingat dia." Kata Darin menunduk. Tiba tiba tangan kiri Rafael yang memegang stereng kereta beralih menggenggam tangan Darin. Darin terus memandang Rafael.

"Saya yakin awak boleh." Kata Rafael, Darin membisu.

"Betulkan hubungan kita dulu. Tunjuk dekat mereka yang kita okey." Kata Rafael memberi cadangan.

"boleh....Tapi mula dengan menjadi kawan?" Soal Darin takut takut.

"Boleh. Dengan syarat jangan jauhkan diri daripada saya." Kata Rafael mata cantik lelaki itu menatap Darin dengan penuh harapan.

※※※


Pintu penumpang hadapan terus dibukakan oleh pekerja bagi membolehkan Darin keluar daripada kereta. " hotel Gonandez." Kata Darin. Bangunan yang tinggi dihadapannya ditatap Darin kagum. Tanpa berlengah Darin terus memasuki ruangan lobi hotel tanpa menghiraukan Rafael.

DUS2: memoriTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang