Bab 18

1K 78 0
                                    

Darin melihat pemandangan luas di halaman rumah agam milik Rafael, matanya tidak lepas lepas melihat langit dan bumi yang terlukis indah oleh sang pencipta. Sungguh nyaman. Dan sangat cantik.

Kemudian tangannya digenggam erat dan matanya terus jatuh melihat tangannya.

Harith, si sulung.

Pagi tadi Harith langsung tidak menghiraukan Darin. Dia buntu, sangat buntu. Budak itu sangat sukar untuk Darin dekati. Mungkin Harith masih merajuk kerana Darin tidak ingat siapa Harith.

Salah dia ke?. Dia tidak mahu menjadi seperti ini. Tidak mengenali dirinya, tidak tahu hidupnya bagaimana, tidak tahu apa yang telah berlaku. Dia benci apabila dia jadi begini.siapa yang suka.

Tapi dia faham, Harith masih kecil dan Harith seorang yang sangat pendiam dan penuh misteri. Kadang dia tertanya betulkah apa yang Daria kata. Harith manja dengannya tetapi apa yang Darin lihat sekarang, Harith langsung tidak bermanja dengannya. Jangan kata manja mendekatinya juga tidak sudi. Jika Harith mendekati Darin itu kerana budak itu terpaksa, Darin melihat muka Harith yang sangat jelas tidak suka.

Apa yang harus dia lakukan agar Harith melayaninya seperti biasa?.

Otaknya kini pemikiran 21 tahun. Apakah yang ada dalam otak seorang ibu yang memiliki umur 21 tahun. 21 tahun anak 7 tahun. Dia mengandung pada umur 14 tahunkah. Ahhh ini sangat memeningkan, jangan bergurau Darin. Otak Darin tidak boleh berfikiran matang.

Dan semestinya masalah yang paling bermasalah adalah Darin sendiri tidak tahu untuk memulakan langkah. Takkan dia harus memarahi Harith keranan berkelakuan begitu. Itu tindakan yang bodoh dan mungkin itu juga akan membuatkan Harith akan lebih merajuk pada Darin.

Ahhhh!!!, sangat penat memikirkan semuanya. Jika dia berfikir teruk teruk dia juga yang akan sakit.

Darin merintih kesesalan dalam hatinya. Apa ni? Dia seperti ingin menangis sahaja.

"Jauh menung?" satu suara garau menyentakkan lamunan Darin. Darin terus melihat Rafael yang memandangnya.

Darin terpegun seketika. Mata Rafael sangat cantik apabila terkena sinaran cahaya. Mata lelaki itu bersinar, anak matanya mengecil seperti ingin menyorokkan diri dari sinaran cahaya yang memancar.

"Darin" Darin terus membetulkan pandangannya. Dia sangat leka melihat warna mata Rafael sehingga tidak perasan yang kini lelaki itu melihatnya.

"Are you okey?." Tanya Rafael Darin terus mengangguk laju.

"Awak tak kerja hari ni?" Tanya Darin spontan. Rafael terus tersenyum dengan pertanyaan Darin. Rafael terus menggeleng lembut.

"Kenapa? tak suka ke bila saya ada." Kata Rafael, Darin terus menggelengkan kepalanya laju.

"Mama" panggil satu saudara yang tidak asing lagi di pendengaran Darin.

"Hey, dia dah bangun." Kata Darin saat melihat kanak kanak yang agak berisi yang berusia tiga tahun berlari mendapatkan kaki Darin lalu diperlukannya erat. Darin terus menunduk bagi menyaingi ketinggian kanak kanak itu. Rambut yang berwarna blonde itu di usap Darin lembut.

"Awalnya Abid bangun." Tanya Rafael. Menunduk memandang Abid kemudian Abid terus memeluk kaki Rafael.

Abid terus didukung oleh Rafael. "Abid busuklah. Anak ayah ni busuklah." Kata Rafael bergurau dengan Abid. Abid pula membuat muka tidak suka. Setelah melihat reaksi Abid Rafael terus menggeletek Abid. Terkekeh-kekeh Abid ketawa sambil itu tangan Abid tergapai-gapai kearah Darin.

"Nak mandi?."soal Rafael. Abid mengangguk lalu pipi tembam Abid dicuit Rafael. Abid hanya gelak sahaja. Kanak-kanak itu memang suka gelak.

"Jom." Kata Rafael lalu beredar. Darin hanya melihat sahaja.

Kemudian Rafael berhenti bergerak lalu menoleh kearah Darin "Tanya mama, mama tak nak ikut sekali ke?" kata Rafael kepada Abid tetapi dapat didengarkan oleh Darin.

"Ya, mama ikut." Kata Darin tersenyum kemudian Rafael kembali berjalan diikuti Darin dari belakang.

※※※

"Abid cepat." Laung Rafael dari luar bilik air.

"Cakap kejap." Kata Darin yang sedang mengambil tuala untuk Abid.

"Kejap ayah." Kata Abid comel. Darin kembali mendekati Abid. lalu mereka keluar dari bilik mandi abid berlari terkedek kedek mendekati ayahnya yang sudah siap dengan baju Abid.

Darin hanya memandang gelagat Rafael yang kelihatan sudah biasa menguruskan anak mereka. Kaki Darin terus mendekati Rafael dan abid.

"Abid pandang tingkap." Kata Darin yang berada di sebelah Rafael. Abid terus memandang tingkap yang terpancar sinaran matahari. Kini Darin melihat pula warna mata Abid yang berwarna seakan sama seperti Rafael. Ini bukan mata sahaja yang bersinar, rambut blonde Abid juga turut bersinar. Anak mat sallehnya. Darin tersenyum dengan apa yang dilihatnya.

"Awak mesti rasa pelik dengan anak blonde kita ni." Kata Rafael bersahaja.  Darin cuma tersengih tanpa menjawab soalan Rafael.

"Walaupun dia macam ni dia tetap anak awak" kata Rafael lembut. "Keluarga saya ramai yang blonde, nenek saya memang blonde habislah. Anak-anak brie blonde juga."

"Brie?" Soal Darin.

"Nanti awak jumpa dia. So  secara semula jadi dia dapat dari sana. Lagipun masa awak mengandungkan di awak mengidam sangat rambut blonde semua cerita mesti nak tengok lelaki rambut blonde.  Awak mengandungkan dia dan awak lahirkan dia dekat Sepanyol. Dia Senor." Kata Rafael terdengar nada gurau.

"Okey dah siap." Kata Rafael

"Terima kasih ayah terima kasih mama." Kata Abid dan terus berlari keluar bilik.

"Lajunya." Kata Darin memandang Abid.

"Dia cari Quds rasanya, selaju laju dia laju lagi Quds." Kata Rafael 'sekurang kurangnya abid dengan Quds okay dengan' kata hatinya tersenyum pahit.

"Darin" panggil Rafael. dia terus memandang Rafael, matanya berkedip kedip memandang Rafael yang sedang memandangnya. Anak mata lelaki itu seperti menikam dirinya. Mereka membisu.

"Dah?" Kata Darin canggung saat tersedar. Darin juga terus keluar dari bilik kerana tidak betah duduk lama lama dengan Rafael berdua.

"Dah?"soal Rafael pula malah mata lelaki itu hanya melihat Darim yang beredar.

Sambil dia berjalan dia memegang dadanya yang berdebar tiba-tiba. "Tenang Darin."
.
.
.

Segala kesalahan dipohon ampun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Segala kesalahan dipohon ampun.
😄🍰🌼

DUS2: memoriWhere stories live. Discover now