Bab 11

1K 79 3
                                    

"Tak nak" kata Darin kepada bayi itu seperti bayi itu dapat memahaminya. cik su yang baru masuk bilik melihat Darin dengan senyuman.

"Rora dah kenyang." Kata cik su mendekati Darin sambil berkata pada bayi itu "Dia dah tidur lama. Nak mainlah tu." Kata cik su kepada Darin. Darin hanya melihat bayi tersebut.

"Dia berapa bulan?."

Cik Su memandang Darin dengan senyuman. "8 bulan, dah boleh merangkak, duduk, kalau berdiri masih lagi mencuba. Kaki dia kuat menendang." Kata cik Su lagi.

"Ohhh.." kini tudung Darin ditarik tarik oleh tangan kecil itu. "Kenapa, nak main?" Soal Darin lembut kepada bayi itu sambil tersenyum.

"Saya pegang dia ya?" tanya Darin takut takut, manalah tahu dia tidak boleh memegang bayi itu.

"Eh, itu anak puan mestilah boleh." Kata cik Su sambil melihatnya dengan pandangan gembira. "Lagipun dia asyik duduk nurseri je. Abang abang dia pun tak ada nak ajak main." Tambah cik su lagi.

"Abang?"soal Darin

" Harith, Quds dan Abid." Kata cik su. "Nanti puan jumpalah diorang." kata cik su lagi. Darin berkerut dahi cuba mengingati kanak-kanak yang diberitahu Cik su, ianya masih sama tetap kosong. Kemudian cik Su berlalu keluar. Kini tinggal Rora dan dirinya sahaja. "Jom kita keluar." Kata Darin sambil berjalan mendukung Rora.

Berjalan dan terus berjalan sampai dia lupa apa yang sepatutnya dia lakukan. Dia begitu asyik melayan Rora ke sana dan kesini.

kaki Darin mula melangkah kearah luar rumah. Di luar rumah tidak jauh dari tempatnya berdiri terdapat kolam renang dan berdekatan kolam renang terdapat satu kawasan untuk membuat BBQ. Darin melihat dengan perasaan  kagum.

Kakinya terus mendekati kolam yang berwarna biru. Sangat nyaman, di hujung kolam terdapat jakuzi yang tenggelam ke dalam kolam. Wajah Darin berkerut melihat apa yang ada di depannya. Tanpa menghiraukan lebih, matanya berlari kearah dalam rumah yang terdapat dinding kaca yang memisahkan luar dan dalam rumah. Kaki Darin terus mendekati dinding kaca itu. "Ada kolam lagi?" Kata Darin takjub sambil melihat Rora yang tersenyum memanjang.

Tiba-tiba dia terkejut saat seorang lelaki yang memakai suit hitam mendekatinya. Banyak kali juga dia terserempak dengan lelaki yang memakai suit hitam tetapi mereka seperti mengabaikannya tetapi yang ini tidak.

"Puan ada nak apa-apa ke?." Soal lelaki itu. Darin terus menggeleng memeluk Rora dalam dukungan Darin.

"Puan jangan takut saya Hakimi. Puan selalu panggil saya Kimi." Kata Hakimi ramah. Darin hanya melihat sahaja lelaki itu. "Saya bodyguard anak puan, Harith." Kata kimi lagi.

"Ohhh... okey." Darin hanya mengiyakan sahaja dan mata dia melihat wajah Hakimi. Boleh tahan handsome. Kata Darin seperti gadis remaja.

"Berapa umur?." Soal Darin. "23 tahun." Kata kimi. Darin pula tersenyum malu.

"puan tak apa apa?." Darin terus memandang Kimi lalu menggeleng. Terus hati Darin muram saat nama puan disebut lelaki itu.

Handsome lelaki di depannya itu, tinggi. Tak cerah tak gelap, hanya biasa biasa sahaja warna kulitnya. Rahang dia mengancam sungguh sempurna. Tulang pipi dia pun terbentuk cantik. Kata Darin menilai, sungguh dia muda belia.

"Awak dah lama kerja sini." Tanya Darin mula berjalan dan diikuti  Hakimi, mereka mula bersembang.

Tanpa mereka sedari dari jauh Rafael sedang memerhatikan mereka.

※※※

"Penatnya dukung kamu" kata Darin yang kini telah kembali ke bilik yang mula mula dia berada lalu Rora diletakkan keatas katil.

Darin terus baring terlentang kepenatan. Rora mula merangkak pada badan Darin lalu tubuh kecil itu memenjat badan Darin.

"Aduhh" Darin mengaduh sakit saat perutnya dipijak oleh lutut Rora. Tubuh badan Rora sangat tembam dan disebabkan itu juga dia kepenatan mendukung bayi tersebut

Kemudian bayi itu diambilnya lalu didudukkan jauh dari tubuh Darin tetapi Rora tetap merangkak kearah Darin dengan senyuman. Darin terus duduk dan badannya bermain lari lari dengan Rora.

Apabila Rora ke kanan dia akan ke kiri, apabila Rora ke kiri dia akan ke kanan. Tubuh Darin akan sedaya upaya menjauhi daripada bayi itu, dia dan Rora rancak dengan ketawa masing masing. Cadar katil yang berwarna kelabu tersebut menjadi tidak kemas kerana perbuatan Darin dan Rora.

Hatinya terasa bahagia saat dia bermain denagn bayi itu, bunyi ketawa Rora membuatkan hatinya menjadi sejuk dan ketakutan tiada langsung pada dirinya lalu mereka berakhir dengan baring terlentang di tengah tengah katil, bantal di penghadang katil diambil laku diletak di kepalanya. Darin sangat penat manakala Rora baring diatas badannya secara meniarap.

Dengan perlahan Darin meletakkan bayi tersebut baring di sisinya dan badan Darin dibaringkan menghadap bayi tersebut. Kini Rora terbaring di lengan kananya. Bayi itu masih tersenyum seperti sangat gembira apabila dapat bertemu dengannya.

Mata Darin mula layu melihat bayi itu dengan senyuman tersebut. Dia cuba untuk bertahan tetapi akhirnya dia tumpas. Matanya tertutup.

Dalam beberapa minit

Satu pergerakkan yang ada pada lengannya membuatkan Darin terus membuka matanya lebar. Matanya terus melihat lengannya. Rora sudah tiada.

Dia terus terduduk dan matanya terus terpaku melihat Rafael bersama bayi tersebut. Darin menarik nafas lega saat Rora bersama Rafael.

Rora berada didalam dukungan Rafael. Darin terus melihat kedua manusia itu dan tanpa di sedari mata Rafael mula melihatnya.

"Penat jaga dia?." Tanya Rafael, Darin terus terkejut dengan pertanyaan Rafael.

Darin hanya mendiamkan diri sambil duduk diatas katil. Dia tidak tahu harus berbuat apa.

"Lepas awak lahirkan Rora berat badan awak cepat naik dan dia jugalah bayi kita yang paling susah nak keluar. Masa awak dekat hospital, Rora songsang dia tak nak balik tempat sepatutnya dia berada" kata Rafael mula tergelak dengan kata katanya.

" jadi doktor tak boleh buat apa selain bedah awak untuk keluarkan Rora." Kata Rafael lagi Darin terus memegang perutnya. Tidak silap dia, memang dia perasan ada parut di perutnya.

"Banyak darah awak hilang. Awak lemah. Tapi awak berjaya harungi semua tu. Awak kata awak akan tetap bertahan di samping saya bersama anak anak kita." Kata Rafael sambil mencium Rora.

"Awak akan tetap bertahan bukan?" Soal Rafael memandang tepat kearah mata Darin.
.
.
.

"Awak akan tetap bertahan bukan?" Soal Rafael memandang tepat kearah mata Darin

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Segala kesalahan dan kekurangan yang ada jingga pohon ampun .
😊💛🌟

DUS2: memoriTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang